Monday, November 22, 2010

Menjahanamkan PC aku

My PC kat office kena serangan virus.

Nice!

Aritu kan cuti lama. Lepas tu, tak tau la sape yg 'pandai' IT kan.. dia guna my PC. Ok la, aku tak marah sbb PC tu hak awam, hak office. Tapi kalau dah 'pandai' IT, jgn la pandai-pandai download apa-apa dari Internet. Lebih-lebih lagi kalau source tu tak boleh dipercayai.

Masa cuti pergi Tioman, aku dah sedar benda ni. Tapi time tu byk spywares je. Aku klik benda lain, benda mengarut lain yg keluar. Ko bayangkan, tiba-tiba keluar pop-up perempuan bogel. GILA! Nasib baik bos takde kat belakang aku. Nanti dia ingat aku pulak yg layan porno. Tu aku leh sabar lagi la.

Masa cuti raya nie, masa hari Khamis.. ptg tu sorang staff dah telefon. Ckp PC kena virus. Aku pelik la kan. Aku tanya, dia tak faham. So aku ckp, ok la.. biar aku tgk hari Jumaat nanti.

Berbekalkan ilmu IT yg tak seberapa nie.. ehehe.. aku checked. Sah, ada malaun yg download sesuatu pada hari Khamis. Mesti org ni main klik je. Kalau tak faham, jgn la pandai-pandai. Mentnag-mentang keluar msg yg ckp PC ada virus and dia suruh ko download software, ko main hentam je. Haih, nampaknya kena propose la biar Admin je leh download benda-benda tu.

Until now, PC aku nan satu tak boleh nak connect to Internet. Ni aku guna PC orang. Hohoho.. Dia tak dtg kerja lagi so pinjam sekejap eh, nak update blog. Opps! Aku dah malas nak settle sbb aku ada banyak lagi kerja nak buat. Jadi silakan menjemput technician dari luar utk selesaikan masalah ni. Aku nak buat kerja aku yg tertunggak.

Sorry kwn-kwn, x dpt nak blog walking.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.