Tuesday, November 16, 2010

Main pondok-pondok semasa cuti

Ingatkan bila nursery tutup, Batrisyia boleh la berehat. Dah tiap-tiap hari asyik main je kat nursery. Bila lepak kat rumah, patutnya boleh la tidur sepanjang hari ke, layan Internet ke...

Tapi tidak ye. Umi paksa tolong dia memasak kat dapur.


Batrisyia tak kesah sbb selama ni nampak mcm senang je. Tapi rupanya susah. Batrisyia tolong kejap je. Pastu diam-diam Batrisyia lari pergi depan.

Baik Batrisyia main pondok-pondok. Batrisyia cuba pegang watak "Cikgu taska yang tak kemaskan mainan anak-anak murid dia tapi sibuk bergayut kat telefon sambil belek katalog Ikea". Menjadi tak Batrisyia bawak watak tu?

Lama lagi nursery tutup ni. Semoga Batrisyia dapat menghabiskan masa terluang dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.

Psst... paksu dah pening kepala. Baru sehari Batrisyia kat sini, paksu dah kena jawab banyak soalan Batrisyia.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.