Thursday, November 18, 2010

Liz at Home

Ahaks, title konon nak mcm Jamie at Home tapi jauh beza sgt la dengan kebun sayur Jamie Oliver yg sgt besar tu kan.

A few weeks ago, aku beli 4 small pots dan beberapa biji benih sayur. Aku beli biji benih daun sup, daun ketumbar dan daun kuchai.

Jadi, aku tanam. Sbb minggu tu byk hari kami balik lambat, ada la missed siram-siram biji benih tu. Patutnya kena siram 2 kali sehari. Sudahnya daun kuchai je nampak naik. Yg lain, mati dah. Hehehe..

Tapi aku tak kesah sbb projek suka-suka. So bila tgk yg 3 pasu ni takde hasil, aku cuba la tanam benda lain. Kali ni, aku guna biji benih terus dari induk. Inilah hasilnya.

Pokok daun bawang selepas 2 hari ditanam.


Daun kuchai yg mcm segan nak hidup. Come on, babies.
Boleh tak dikau meninggi sikit?
Tgk la, kalau seminggu lagi kontot jugak.. aku tanam benda lain je.
Wah, belum apa-apa dah mengugut!

Anak pokok tomato.
Belum tau lagi nak buat apa dengannya.
Pagi tadi aku tgk dah ada 3 anak.


Ni ialah biji capsicum.
Aku tak tau camne nak tanam.
Aku hanya cambahkan dulu.
Pagi tadi aku tgk dah nampak anak pokok.

Sungguh main-main kan sbb tomato dan capsicum tu, mmg tak tau nak tanam kat mana lagi. Tapi takpe, tanah byk kat blkg rumah. Haha, berangan la. Silap-silap mati lagi sbb tak siram.

Lepas ni nak tanam kunyit, daun sup dan daun kesum. Kunyit kat rumah dah 'bermata' tu. Elok sgt ditanam. Lepas tu nak cari biji benih ulam raja. Sesapa yg ada ulam raja kat rumah yg dah berbunga tu, boleh la bagi kat aku sikit. Suka mkn ulam raja tapi kalau nak beli kat pasar tani, hamek ko.. seikat besar ko kena beli. Dah la aku sorang je yg mkn kat rumah tu. Mau terkulat-kulat aku nak abeskan nanti.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.