Tuesday, November 09, 2010

Itulah lolipop wahai anakku

Batrisyia: Abi, buka!
Abi: Suruh umi
Batrisyia: Umi, buka.

Hai anakku, boleh tak kalau umi tak buka? Dia pandang aku. Aku pandang dia. Beriya dia cuba buka sendiri plastik yg membaluti lolipop yang dia dapat di kenduri kahwin.

Aku pandang hubby. Hubby pandang aku.

Umi: Kenapa ambil? Liza saja je tak ambil tadi sbb taknak bagi dia.
Abi: Abang tak sempat apa-apa tadi. Budak tu terus bagi dia.

Batrisyia still cuba buka bungkusan lolipop tu. Kami mmg tak ajar dia mkn gula-gula. Selama dia duduk nursery nie, berbungkus-bungkus gula-gula yg dia dapat masa harijadi kwn-kwn dia tapi semuanya selamat diberi pada orang.

Umi: Bak sini umi buka.

Lepas buka, aku hulurkan sambil bagi penjelasan.

Umi: Hari ni je tau. Lepas ni Batrisyia tak boleh mkn lagi. Umi bagi cuba hari nie. Ok?

Matanya terkebil-kebil pandang aku. Dia terus ambil. Dia pandang lolipop tu, mcm tak tau camne nak mkn. Dia masukkan ke mulut. Dia hisap, dia cuba gigit.

Dia bagi balik kat aku sambil ckp, "Umi.. buka" sambil jari dia menguis gula-gula tu, seolah-olah ada lagi balutan yang perlu dibuka.

Aduh, nampaknya dia tak tau yg lolipop mmg keras mcm tu. I can see that hubby was so proud and impressed sbb anak dia tak kenal apa itu gula-gula.

Hari tu, 7 November 2010... kali pertama Batrisyia dpt mkn gula-gula! Dan dia hanya merasa selama lebih kurang 5 minit sebelum diserahkan kembali pada aku. Dia tak biasa mkn benda-benda manis.

Kids will always be kids. Aku tau. Orang kata, budak mmg suka gula-gula. Dah nama pun budak. Lepas dia mkn, gosokkan lah gigi.

Tapi tak salah jika kita ajar dia agar tak terlalu sukakan gula-gula kan? Itu yg kami pilih kerana taknak dia terlalu sukakan gula-gula dari kecil.

Ni pendapat aku je. Yes, I'm protective. For me, kalau dia nak sgt mkn makanan yg manis, biarlah dia cuba mkn puding, madu, tau fu fa, jagung dan kuih muih =)

Apa-apa pun, terimalah gambar Batrisyia kali pertama mkn lolipop. Exclusive sgt la kan? Ahaks.

8 scribble(s):

WanYgBest said...

cam nak cubit je pipi batrisyia nih!! geram!!

Liz Rohaizat said...

wan> hohoh, alamatnya bila dia jumpa ko, dia akan larikan diri. kuikuikui. pipi dia tak tembam. jgn cubit kuat2

PixiePwincess said...

i think tht's really good! nanti qalif pun sy nak train tak suka benda manis2 hehehe

tp hazab ya amat skrg ni, duduk kat sban hari2 nak gaduh ngn wan dia "jgn letak garam dalam buburrrr tp wan dia tu degilll" katanya takde rasa. duhhh berbuih kot mulut ckp, kids what do they know abt sedap tak sedapppsss ye tak?

Liz Rohaizat said...

ayu> yups. baby deria rasa diorg kira suci murni. hehe.. kalau x letak garam, dia pun xtau. maybe boleh slow talk dgn mak ayu. ckp la, kalau rasa tawar, kita bagi rasa yg asli kat bubur tu. nak manis.. letak carrot atau kacang peas/bayam.

batrisyia dulu, akak just blend nasi kosong, campur ayam sikit, campur peas/carrot and letak sikit air rebusan ayam. sedap sampai licin mangkuk dia mkn. xde letak garam pun. hehe..

maybe sbb dah ajar dari kecil, skrg dia x kesah nak mkn tawar2 mcm nasi kosong semata-mata.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

muka nikmat tu...

Liz Rohaizat said...

mama miya> haha. patutnya tangkap muka pelik dia masa mula-mula merasa lolipop. kesian kan, dah besar camni baru dpt mkn.

MarDiah said...

tak suka gula-gula.. ok lagi kot. anak aku tak suka makanan manis. maybe sebab aku jarang bagi makanan manis. dia lebih prefer yg tak manis. kadang-kadang dia buang terus bila rasa manis.

air pun lagi banyak minum air masak. tapi pantang nampak org minum dalam cawan. mesti nak rasa walaupun air tu air masak.

Liz Rohaizat said...

nadia> batrisyia suka yg manis2 asli. and ice cream la kot. mcm cokla ke, x berapa. mkn sikit, pastu buang. air masak mmg fave dia! boleh minum sampai kembung perut

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.