Wednesday, November 10, 2010

Family trip kembali lagi

I'm so busy!

Busy dengan kerja, busy dengan aktiviti keluarga, busy dengan business.

And tambah satu lagi, busy nak organize our family vacation hujung tahun nie.

Mungkin sbb aku sulung.. mungkin la kan.. atau mungkin aku sgt particular menyebabkan aku akan dilantik sebagai organizer setiap kali my parents nak bawa kami semua pergi bercuti. Terima kasih atas kepercayaaan anda yg tidak berbelah bahagi terhadap kemampuan saya.. hahahaha.

Ok, serious sikit T_T

Kalau kami pergi bertiga, senang sikit la. Terlebih terkurang, sendiri tanggung. Tapi bila nak kena bawa 9 dewasa dan 3 kanak-kanak, kebajikan semua orang mesti dititikberatkan. Apa-apa, kena consult dan tanya pendapat semua orang. Nanti ada yg tak enjoy pulak.

Kami semua boleh dibahagikan kepada 3 kelompok:

The Elders : My parents --> Pentingkan hotel yg selesa, accessible, dekat dengan tempat-tempat yg ingin dilawat, ada breakfast, sesuai dengan bajet yg telah diluluskan, tentatif yg tidak membosankan. Approval dari kelompok ni adalah sgt penting. Hehehe.

The Families : Kami yg dah ada anak --> Ada 3 org kanak-kanak yg aktif. Pentingkan hotel yg selesa, bilik dan katil yg luas dan mesti ada swimming pool.

The Singles : 3 orang lelaki bujang --> Ni la kelompok yg paling senang. Kalau tanya, diorg akan jawab, "Tak kesah la dey. Janji ada swimming pool ".

Kalau tanya aku, aku nakkan hotel yg selesa, bilik yang luas, ada swimming pool, dekat dengan main attractions yg ingin dikunjungi dan tentatif yang tak padat. Kalau padat dengan program pun, letih dibuatnya. Silap-silap, badan boleh letih balik dari bercuti.

So korang, sukacita dimaklumkan yang aku telah berjaya mencari tempat yang sesuai utk kita semua. Diharap berpuas hati dengan tempat yg aku pilih. Sila sediakan wang shopping sendiri kerana ia tidak termasuk dlm bajet yg telah diluluskan oleh Menteri Kewangan 1368.

Aku rasa pergelangan tangan kanan ni sakit 2 hari ni sbb terlalu byk mouse clicks. Sibuk cari hotel, baca review orang, cari harga tiket, cari gambar.

Harapnya percutian kali ni akan berjaya tanpa sebarang masalah besar.

4 scribble(s):

nieda said...

moga holiday yang terbaik...kat manalah agak2nya tu,,hehe

ana ayesha said...

bestnyer jln2 n shopping kat mana tu......?

Liz Rohaizat said...

nieda> harapnya semua org boleh enjoy dan berehat. bercuti ke mana tu tak la penting sgt. yg penting, dlm berkumpul. bercuti dlm malaysia je :)

Liz Rohaizat said...

ana> ahaks, dlm perancangan lg

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.