Wednesday, November 03, 2010

Defect rumah

Sejak dah tau yg our apartment hampir siap, rajin jugak kami menjenguk ke tapak projek. Asal lalu je, mesti nak singgah. Nak feeling lebih-lebih berangan. Hahaha.. bukan aku ye tapi hubby.

Recently, kami ke sana lagi. Kali nie, hubby pergi panjat bukit semata-mata nak ambil gambar kawasan. Masa tu hubby sedar sesuatu. Bergegas dia kembali ke kereta dan tanya aku. Dia tak puas hati, dia masuk ke tempat projek dan bawa kamera sekali.

Sampai je kat rumah, kami terus keluar Fourth Schedule. Sah, apa yg hubby saksikan tiada dlm Fourth Schedule. Tak perlu la aku reveal ape bendanya.

At first, kitorang mcm tak pasti apa yg perlu dilakukan. But last night, kebetulan hubby pergi mengeteh dengan kawan lama yg pernah bekerja di bahagian perumahan. Dia guide kami satu persatu. Insya Allah, boleh fight.. katanya.

I still remember pesan seseorang. Katanya, bila masuk rumah baru.. kena check defect. Kena tgk apa yg ada, apa yg takde. So aku nak share sikit dengan korang kat sini. Mungkin ada yg tahu, mungkin ada yg tak tahu.

Aku ambil dari sini. Sini ada lagi byk info. Yg seseorang pesan kat aku tu, dia pesan sikit je. Ni ada yg boleh pakai, ada yg tak perlu ikut. Terpulang pada masing-masing.


APA YANG PERLU DIBUAT KETIKA CHECK DEFECT RUMAH?

PERALATAN

1. Masking tape - tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ader retak ke, terus lekat dan tanda.
2. Marker Pen - merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
3. Kertas A4 - tulis kan senarai defect tu dengan nombor dan lokasi sekali. Nanti senang nak cari.

AIR

1. Pastikan semua meter air ada. Semua kepala paip, shower tu dan benda² yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip. Pastikan sambungan betul takder, yang tercabut/longgar.
3. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki. Bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak, paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.

ELEKTRIK

1. On kan main suis. Kemudian on kan suis fius( suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu.
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu.. Guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh.

TILES

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu. Kena ketuk, kalau bunyi kosong, pecahkan saja, minta pemaju tukar.
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak. Minta tukar juga.
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok.

PINTU DAN KUNCI

1. Tukar semua kunci depan dan belakang sebab keselamatan, maybe dah diduplicate.
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya. Guna kunci yang ok skit. Double lock.
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu.
4. Sliding door.. pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang. Letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar.

BUMBUNG / ATAP

1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada. Mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ.
2. Time hujan lebat, atau hujan.. Tunggu dalam rumah atau check kat siling. Selalu time hujan lebat jer bocor atap tu.
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing. Minta depa replace segera.
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air, tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul Bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan.

TANGKI AIR

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

ADAB & DOA

1. Boleh baca doa yang biasa tu...


"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa"
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..

11 scribble(s):

echa said...

bagus sesangat info nie....memang nak kena cerewet sikit dalam bab nie...takut tertipu... :)

Ely Hasrul said...

bagusss aku suka!!! nnti aku nk print page nih! hehe

jannahrais said...

nice info liz....;)

yup...yg penting kenduri doa selamat ye..bukan house warming party yg dah jadi trend orang zaman skang ni... hihihihi

boleh buat...tapi lepas settle kenduri doa selamat... ;)

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

it is best to check for defects while its still under warranty/defect liability period, especially in msia coz rasanye takde law on property yg memudahkan nak claim making good defect from contractor or developer lepas dah serah kunci. kalau nak claim kena go thru tribunal or court. kalau claim sendiri direct, sometimes you wont get what you want. menyampah kan?

Liz Rohaizat said...

echa> yurp. yg seseorang bgtau saya tu, x terperinci mcm ni. mujur saya jumpa link tu. at least, tau juga la nak buat ape.

ely> haaa, sila print. ko lg memerlukan sbb ko beli rumah kan? aku apartment je. x payah check bumbung. hahaha

kak jannah> betul. kenduri doa selamat. tu mmg penting sbb nak masuk rumah baru kan? kenduri tu kira ala2 house warming la tp islamic sikit. hikhik.

ija> opps, ni dia. wanita dari bidang construction dah datang. hehehe.. gurau je ija.

mmg betul la ija. sini apa2 hal kena gi tribunal. Purchaser tak boleh check for defects sblm dpt kunci. Mcm mana nak check kalau keliling kawasan dipagar tinggi.. hari tu pun my hubby selamba panjat pagar.

Bila dpt kunci, akan dpt borang dari Pemaju utk list down defects yg kita nampak. Pastu anta surat kat Pemaju.

Kalau Pemaju x reply, hantar surat lagi sekali. Kalau dah 2 kali x reply, masuk tribunal. Mcm tu la caranya.

Hopefully kami akan bernasib baik.

LoveZahra@Fazahra said...

thanks a lot liz..

very kind effort, can see keikhlasan u share these information..bagus sgt2..will print this page oso..as my checklist ..hehehe

great job!

Liz Rohaizat said...

LZ> welcome. bkn apa, rasa ramai je yg xtau kot. even saya dulu pun, xtau pulak kena check semua benda ni. ingatkan check yg simple2 je. even seseorang yg bgtau saya tu pun, dia hanya cadangkan kami check apa yg ada dlm Fourth Schedule aje.

Bila dpt link ni, agak terlopong la jugak sbb x sangka byk rupanya benda nak kena check. hikhik.

isabelle said...

eheheh...dah terlambat. dah masuk umah dah...
tgu ada duit la renovate segala

Liz Rohaizat said...

isabelle> hehehe. takpe, ni utk yg xtau lagi mcm saya

MarDiah said...

haha.. as a civil engineering student, aku pernah pikir [asal biz untuk help house buyer yang tak tau kat mana nak check defect new house. yer laa.. new house, kite selalu overlook sebab nama pun baru.. bila dah 2-3 month duduk baru perasan dan by that time kadang warranty dah void sebab dah buat banyak make over... tapi hajat tu masih tak tercapai.

aku pernah suggest kat kwn aku yang dah expert tang nie. tapi dia punya ayat. ko buatlah dulu... aku jawab kat dia, boleh, tapi by that time I won't be your partner, I will be your boss.. wth ko nak join bila aku dah selesa...

Liz Rohaizat said...

naid> agak bagus juga cadangan ko utk offer service utk check defect tu. mmg ramai yg clueless. kenapa x teruskan niat?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.