Thursday, October 28, 2010

Zaman sekarang, budak umur 12 tahun pun dah tau

Terlopong sorang-sorang bila baca newspaper semalam.

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun mati terjatuh dari bangunan setelah cuba melarikan diri dari penduduk condo setelah ditangkap melakukan hubungan seks dengan 3 remaja lelaki di rooftop bangunan.

Budak tu dah biasa bawa lelaki naik ke rooftop sampaikan jiran-jiran syak sesuatu. Tu yg jiran-jiran intip dan mmg sah dia melakukan perbuatan tu. Budak tu takut agaknya. Dia cuba larikan diri. Sudahnya terjatuh dan mati.

12 tahun!

Itu bukan kali pertama.

12 tahun... mana mak bapak dia?

Wah, berani ko nak salahkan mak bapak dia!

Aku tak salahkan pun, aku tanya je sbb terfikir juga la, dari mana budak 12 tahun tu belajar semua tu?

Masa aku 12 tahun, aku sibuk main badminton kat sekolah je. Hmmm...

Anak adalah amanah Allah dan sekiranya berlaku apa-apa, ibu bapa yg perlu dipertanggungjawabkan. Bukan pihak sekolah. Bukan jiran. Bukan atok nenek. Bukan kawan-kawan.

Bkn terus ckp, "Anak aku dah besar. Dia tau baik buruk".

Ckp mmg senang sbb anak aku pun baru 2 tahun. Nanti dia dah 12 tahun, entah apa yg akan jadi. Mungkin perlu fikirkan sesuatu agar dia tak perlu duduk rumah sorang-sorang dan sudahnya aku tak tau dia buat apa.

11 scribble(s):

Myra Jay said...

Btul tu sis, mcm2 dunia skrg, budak2 pun dah pandai bab2 nie.. :(

maisy said...

yee..bahaya kan nowadays..tak kirela anak gal ke boy..tp aku lagi risaukan budak gal la especially...yg pasti internet kat umah kene pantau...buat child lock..Internet--facebook--blog adelah master key yg ajar bebudak ni..yg dah masuk skul,kwn2 die plak ajar...tp still main source die from internet...juz imagine Dina duk layan internet kat youtube..pastu die duk browse related videokan..tertgk video geli plak..and she asked..die buat ape mama?...pic kat sebelah video tu byk yg kissing la...ape jadah ntah internet skarang..tak secure langsung......

Liz Rohaizat said...

Myra Jay> perkembangan teknologi adalah salah satu sebab perkara ni berlaku. kita kena betul2 pantau anak.

maisya> tu la, risau bila ada anak perempuan. kalau ada anak lelaki pun risau sbb takut dia rosakkan anak org. erk, susah tu. aku pun rasanya internet salah satu sumber terbesar.

smalam kat The Star pun ada mention psl nie. Budak 7 tahun dah ada FB. Penulis tu lepak kat library dengan anak-anak dia yg tgh baca buku. Tiba2 sorang budak 7 tahun datang kat dia dan tanya samada dia ada FB atau tak. Then, budak tu ckp la dia ada FB. Siap nak tunjuk profile dia dan nak add penulis tu.

Bagi penulis tu, FB hanya utk org dewasa. Kanak-kanak sepatutnya dikurangkan internet dan dilebihkan benda lain kan? Mcm kes Dina, mmg ok je dia layan youtube tp sbb dia curious, dia browse yg lain2. seb baik dia tanya ko. kalau dia terus layan je.. susah kan? mmg kena pantau betul2

izzahazfar said...

fuh....12 tahun?

zah yg kawin 24 pun dok ketaq...camnelah depa ni 3 sekali gus..

risau2..
anak2 semakin mencabar..

Liz Rohaizat said...

izzah> ye, 12. tu yg akak terlopong sorang2 tu. ingatkan tersalah baca.

jannahrais said...

dunia kan makin maju.semua di ujung jari @ kat internet semua dapat.

tiba2 rase tabik kat negara china.dorang kawal internet dorang.nak masuk fb pun payah.google ape ape words yg bekaitan dengan human body memang tak akan kuar.bagus jugak untuk elak dorang tengok porno video nih.

Liz Rohaizat said...

kak jannah> wah, psl 'human body' pun tak keluar apa langsung ke? ye la. saya ingat masa suhail pegi sana. dia susah nak tulis blog sbb kat sana diharamkan.

teringat karangan SPM. kena buat tentang kebaikan dan keburukan Internet. kalau agaknya cikgu suruh buat karangan tu sekarang, mau byk muka surat saya sbb contoh dah ada depan mata.

LoveZahra@Fazahra said...

astaga..what a waste..mudala sesgt

umo 12thn dak skrg ngan 12thn kita dulu sgtla jauh beza..

xpe..kita jaga&didik anak kita baik2..

Liz Rohaizat said...

LZ> Yerp, UPSR result dah keluar belum?

WanYgBest said...

errkkk...tekedu...sbb budaya di UK nih dah semacam menular di Malaysia...kat sini, mcm logic gak la, sbb bdk2 umo 12 thn kat sini, bodynyer mengalahkan org 20thn...penah 1 kes, sorg lelaki dituduh merogol sbb buat dgn bdk umo 12 thn(wpun suka sama suka)...tp lelaki tu menang kes sbb bdk ppuan tu tipu age dia & bdnnya tersgtlah mcm ppuan dewasa...

china kawal ketat internet tu myb sbb kes teenage prenancy dia pun makin menjadi2..kwn aku cerita, hospital2 kat situ siap buat offer murah/free utk gugurkan bayi..astagfirullah...

Liz Rohaizat said...

wan> budaya luar mmg dah mula bertapak kat sini. lebih2 lagi kat kl nie. mcm2 ada. kalau skrg pun dah mcm nie, 10 tahun akak dtg mcm mana pulak? risau aku dibuatnya.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.