Wednesday, October 06, 2010

Who are The Dahlias ?

It’s official! The Dahlias akan ‘terbang’ tahun hadapan. Walaupun ada yg tak dpt join kerana akan bersalin dan anak masih kecil, rasa teruja tu tetap ada. Yer la, dah lama sgt x jumpa housemates Tmn Dahlia.

Kalau pasal The Dahlias ni, banyak sgt cerita boleh dikongsi. 9 tahun lepas, ahlinya terdiri daripada 7 orang gadis. Ada 3 bilik di rumah 2 tingkat tu. Kami terbahagi kepada :

Bilik atas = Budak scholar Telekom = Sue dan Maisya
Bilik depan = Budak campur = Zai, Ezue dan Niza
Bilik belakang aka bilik orang gaji (sebab kecik je dan paling dekat dgn dapur) = Budak SMAP = Weed and I

Boleh dikatakan kami bertujuh akan ke mana-mana bersama-sama. Nak pergi MMU pun keluar sama-sama. Nak pergi mkn, mesti la sama-sama. Nak outing pun sama-sama. Paling tak boleh lupa, ramai-ramai habiskan masa melawat Melaka selepas habis exam. Kitorang keluar dari pagi sampai petang. Semangat bergambar kat A Famosa, muzium dan bangunan merah. Balik tu, muka masing-masing dah terbakar.

Sebab semuanya IT student, tu yg senang. Ke mana-mana pun sama je. Kalau time exam, senang nak share notes dan berbincang. Paling tak boleh lupa, kami semua merupakan ahli Silat Cekak Hanafi. Bila sorang lenguh dan lebam badan, maknanya semua org pun lenguh dan lebam badan la tu.

Usually lps balik dari dinner, kami akan singgah Kah Kah dan setiap seorang akan membeli Cornetto atau Chuppa Chup. Sambil berjalan balik, sambil makan.

Pendek kata, selagi boleh.. semuanya kami buat sama-sama.

Maisya dengan obsesinya terhadap badan Britney Spears. Dia sgt ingin punya badan seperti Britney.

Sue dengan ‘alerginya’ terhadap sebutan-sebutan separuh lucah seperti bont*t dan spend*r. Dia akan tutup telinga dan menjerit bila kami usik dia dgn perkataan-perkataan nie.

Niza dengan kegemarannya memakai sport shoes. Pergi mana-mana, mmg sport shoes je yg disarung. Tapi skrg, high heels tau. Terus transform.

Zai dengan bodyguard dia, Encik Yusrul. Pergi berjemput, balik dihantar. Di atas pelamin bertemu jua. Hikhik.

Ezu dengan Backstreet Boys.. alright! Dan seorang lagi yg sambil menyelam, minum air. Sambil study, pergi cari bakal suami. Haip!

Weed dengan bukan cinta biasa. Erk, habis ar aku kena marah dgn minah nie nanti. Ahaks.

Aku dengan mereka semua yg jealous dengan my bantal busuk. Eleh, ckp je la korang jeles sbb korang takde bantal busuk kan? Sila mengaku sekarang.

Bila sampai masa nak pergi bercuti, mesti rasa takde mood nak buat semua benda. Yg ingat, nak kemas beg aje. Hikhik. Walaupun nak perginya tu 4 bulan dari sekarang. Terseksa jiwa nie. Ala, 4 bulan tu sekejap je kan :p

Bila pergi beli baju baru-baru nie, siap fikir samada baju tu sesuai tak nak bawa pergi bercuti tahun depan. Hikhik. Punya la semangat.

Aku dan kawan-kawan sedang merangka percutian pertama kami setelah sekian lama tak berjumpa. Nak pergi tahun hadapan, insya Allah. Now busy la berbalas email. Nasib baik la ada yg kerja dengan government so boleh dpt rates murah sikit.

Seronok sebenarnya bila buat plan utk bercuti. Sebab kami sekepala, taste masing-masing pun sama aje. Senang je dpt kata putus utk flight dan hotel. Lebih-lebih lagi pergi dengan org yg suka bab survey dan buat comparison nie. Cepat je dpt kata putus.

Girls, tak sabar nak jumpa korang!

6 scribble(s):

Faizah said...

wahh, jelesnyaaa. nak p mana tu

Liz Rohaizat said...

faizah> dulu ko duduk mana ah? bukit beruang ke? nak pegi mana? hikhik. adalah. tak boleh beritahu sekarang selagi semuanya tak confirm

Anonymous said...

alamak terbongkar rahsia..

Liz Rohaizat said...

anon> siapakah kamu? mengapa berselindung di sebalik "tanpa nama"

Anonymous said...

maher zain...ahahahaa

Liz Rohaizat said...

anon > owh, cinonet yg beri nama patung "ghost" saya sebagai lola! ahaks.. eh, lola kan nama diberi? skrg lola tersimpan dlm my wardrobe di seremban. masih comel

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.