Thursday, October 14, 2010

Wasiat pendek

Bila tgk Bersamamu malam tadi, rasa mcm terharunya!

Suami ada brain tumor, isteri pula menderita sakit saraf. 2 anak lelaki paling besar tekad berhenti sekolah agar dapat jaga keluarga mereka terutamanya adik-adik yg masih kecil.

Si bongsu malu-malu apabila menyambut hari lahir buat pertama kali setelah hidup selama 6 tahun.

Batrisyia yg baru 2 tahun nie, dah 3 kali potong kek. Hmm, bertuah ko nak.

Aku rasa lepas ni taknak buat birthday party la utk dia. Kita ganti dengan majlis kesyukuran. Lebih molek, ye tak? Syukur kerana Allah memanjangkan usia.

Pernah tak korang terfikir. Ni utk yg dah berkeluarga la ye. Kalau la nyawa korang ditarik, apa akan jadi pada keluarga? Apa akan jadi pada suami/isteri? Apa akan jadi pada anak/anak-anak? Bagaimana mereka menjalani hidup tanpa kita? Cukupkah apa yg kita bekalkan utk mereka meneruskan hidup?

Aku selalu juga fikir sebab ye la, kita tak tau bila ajal kita sampai. (Fikir-fikir pun, sesetengah akaun belum letak penama.. iskk..). So sometimes, mmg terkeluar dari mulut aku ayat ala-ala wasiat pendek. Hehe.. hubby marah woo kalau aku merepek benda-benda camni. Tapi ok jugak la kalau aku bgtau kan? At least, bila aku takde dan dia perlu selesaikan masalah, dia tau apa yg aku nak.

Korang ada buat mcm ni tak?

6 scribble(s):

fizanur said...

sebenarnya sambut besday ni bukan budaya kita. even maulud nabi pun takde dalam Islam. Nabi saw tak ajar pun. Ianya dah jadi budaya. saya sokong awak nak buat kenduri kesyukuran.:)

Liz Rohaizat said...

fizanur> yerp. kdg2 kita nak bg anak kita merasa apa yg kita x pernah rasa atau apa yg anak org lain rasa.. hinggakan kita tak sedar ada perkara lebih baik yg boleh dibuat.

bila tgk Bersamamu tu, terasa insaf. bertuahnya anak sbb dpt sambut her birthday walaupun hanya di kalangan keluarga terdekat. mmg dah berhajat utk akan datang, buat majlis doa selamat je. lebih baik.

Ely Hasrul said...

lps nikah papi terus ingatkan aku utk letak penama, walaupon xseberapa tapi mmg lega 100% nama aku haha. tapi mmg aku ckp kt papi, jadik ape2 duit tu mmg utk anak dia. part tu mmg aku lega la sket hehe. ekceli kitorg rajin gak buat doa selamat tp selalunye bukan dirumah dan utk yg tidak berkemampuan lah. yg kt umah jenis suka suki potong kek hehe. pasnih insya allah majlis doa selamat kt umah bila masuk umah baru aminnn

Liz Rohaizat said...

ely> bab penama ni mmg ramai kurang ambil pusing kan? terasa mcm x perlu sbb muda lagi. hehe.. aku pun liat sbb nak kena pergi office tu la ni la. xpe, rasanya menjelang hujung tahun, nak setel kan semua nie.

kitorang pun ada doa selamat tp x pernah khas utk sambut hari lahir. bila rumah baru nak siap? jgn lupa jemput.

animkechik said...

kn ari tu dh wt doa slmt.. mase kt rmh aku 2, aku dh bg tau ustd tu doa slmt bkn utk aku sorg tp utk tisya skali sbb ulng thn ke 2.. kire dh prnh wt la 2..

Liz Rohaizat said...

ye ke?
mana la aku tau. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.