Friday, October 29, 2010

Tips bergambar - Getting Horizon Horizontal

Sejujurnya, I'm not a pro in photography. Jadi bila ada orang minta idea dan pendapat, aku rasa korang bertanya pada orang yg salah. Lagi segan bila ada orang tanya aku guna kamera apa.

Ok, ni bukan entry nak ckp aku terer ambil gambar so komen-komen hangit tak perlu ditujukan pada aku. Tapi kalau korang nak aku share sedikit ilmu, dipersilakan terus membaca.

Kamera murah pun boleh ambil gambar cantik jika tau teknik yg betul. Orang lain keluarkan kamera besar-besar, siap ada extra lense kat sebelah. Aku? Dah rasa mcm tak segan langsung bila keluarkan kamera kecil dan sampai terbaring kat jalan sebab nak dptkan hasil yang aku harapkan. Ok, tipu. Kdg-kdg segan tapi tebalkan muka. Hikhik.

Korang boleh kata aku gila, aku tak kesah.

Ok la.. hari ni aku nak ajar sesuatu yg mungkin korang tak berapa sedar selama ni. Elemen ni penting walaupun kdg-kdg kita tak ambil peduli pun.

GETTING HORIZON HORIZONTAL

Maknanya getting the image straight.

Yer, ni salah satu perkara penting yg perlu dilihat kalau ambil gambar. Aku tak berapa reti nak terangkan so aku bagi example je la.

Gambar di bawah diambil oleh orang lain.


Nampak tak apa kesilapan kecil dalam gambar? Aku dah terangkan kat dia. Now, aku terangkan kat korang pulak.

Like I said, getting horizon horizontal. Getting your image straight.

Dlm gambar di atas, cuba tgk garisan laut di belakang sekali. Tak lurus kan? Maybe sbb kamera yg dipegang pun tak tegak. Jadi, gambar ni memberi efek seolah-olah bumi itu menyondong ke kiri.

Benda ni tak la merosakkan gambar pun tapi kalau nak gambar cantik, eloklah ikut. Kot-kot one day nak ambil gambar berlatar belakangkan gunung ganang yg cantik ke, x ke pelik kalau gunung tu senget. Hehehe..

Tapi jgn la risau kalau dah tersenget pun. Ada je software yg boleh membetulkan this mistake.

TADAA!!!

Bumi tidak senget lagi :)

Tapi kdg-kala, bila gambar senget.. jadi cantik juga kan? Sometimes, you have to break the rules in order to get a nice image. But be sure to know the rules first.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.