Tuesday, October 05, 2010

This is the reason why you shouldn't hit a blogger on the road

Duduk di KL mmg menguji kesabaran terutamanya ketika jalan raya sesak dengan kenderaan. Kdg-kdg, pagi-pagi dah boleh stress dengan pelbagai ragam pemandu.

Kalau kita tgk, kesesakan tu mmg tidak boleh dielakkan sebab kenderaan banyak dan jalan sempit. Tapi kesesakan boleh dikurangkan jika setiap pemandu berhemah di jalan raya.

Berhemah bukan setakat bermaksud tidak langgar lampu merah dan tidak melanggar kenderaaan lain. Sebaliknya ia bermaksud mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Ingat, peraturan dan undang-undang. Contoh peraturan ialah memberikan signal sebelum menukar lane. Contoh undang-undang pula ialah tidak melanggar lampu merah.

Tak tahu la. Sebelum dpt lesen, kita masuk kelas memandu. Tapi rasanya ramai belajar setakat nak dpt lesen kot. Ilmu yg dpt tu diaplikasikan ketika ujian memandu sahaja. Bila habis tempoh "P", terus lupa semua ilmu.

Mmg la tak semua kita ingat tapi sekurang-kurangnya, cuba buat apa yg kita belajar.

Kalau nak tukar lane, bagi signal 10 saat (kot) sebelum tukar lane. Begitu juga kalau nak masuk simpang.

Ingat peraturan "dahulukan kenderaan di laluan utama". Meaning, kata lah ko kat simpang kecil, nak keluar ke jalan utama. Kenderaan di jalan utama pula nak masuk ke simpang kecil. 2-2 sampai di laluan tu pada masa yg sama. So sape yg kena keluar dulu? Kenderaan di simpang kecil atau kenderaan di jalan utama?

Kan masa ambil ujian, kita akan diberi gambarajah sebegitu. So kita kena beritahu, kenderaan mana yg patut jalan dahulu. Jawapannya, kenderaan di laluan utama.

Now, situasi lain pula. Ada 2 lanes yg penuh dengan kenderaan. Kemudian, 2 lanes tu menjadi 1 lane laluan utama. Bagaimanakah cara yang betul utk memastikan tidak berlaku kesesakan teruk akibat berebut utk memasuki laluan utama?

Jawapannya ialah setiap kenderaan di 2 lanes tersebut haruskan bergilir-gilir masuk ke laluan utama.

Faham?

Tapi pagi tadi, ramai juga yg tak faham. Kot-kot dpt lesen terbang. Patut la tak reti bawak kereta. Dia reti bawak kapal terbang je kot.

Faham tak erti bergilir-gilir? Tak faham jugak. So aku bg sebuah kereta Perdana hitam masuk dulu sbb dia sgt terburu-buru nak masuk. So patutnya aku la pulak yg masuk ke lane tu. Sekali ada sebuah kereta warna biru muncul di kanan kereta aku. Trafik dah la slow mcm siput. Kereta biru ni tak sabar-sabar. 'Dicucuk' sampai ke depan. Bayangkan jarak antara kereta aku dengan kereta biru tu kurang 5 inci.

Aku pandang kereta tu. Seorang perempuan bertudung bawa kereta. Nak tercirit kot sebab tak nyempat-nyempat!

Sebab jarak dah rapat sgt, mmg dia x boleh ke depan. Kalau dia maju, side mirror kami akan berlaga. So aku ke depan. Dia ke depan juga, lagi laju. Seperti yg aku ckp, side mirror aku terkena.

Dia pandang aku. Muka tak bersalah. Sikit lagi aku nak mencarut pagi-pagi nie. Hmm..

Harap kereta je mahal tp tak reti bawa kereta!

This is the reason why you shouldn't hit a blogger.

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar

Jika anda sedang berbaris untuk membayar tol ataupun sedang menunggu giliran untuk bergerak di lampu trafik, adakah anda berasa marah jika ada orang yang memotong ‘Q'?

Jika anda tidak menyukai kelakuan sebegitu, elakkan dari melakukan tabiat buruk itu. Hanya mereka yang biadap akan memotong‘Q'. Tindakan memotong ‘Q' mementingkan diri sendiri.

Pastikan anda mengikut giliran kerana ia mencerminkan pemandu yang prihatin.
- Dipetik dari http://www.panducermat.org.my


Kesesakan jalan raya boleh membuatkan kita stress dan stress itu tidak baik utk kesihatan kerana ia boleh memendekkan umur dan mengedutkan muka. Ahaks.

14 scribble(s):

maisy said...

ha ha..KL ni Liz..sape cepat die dpt...aku suke gak potong Q..dan org pon suke potong Q aku..and selalu aku bagii je...so fairla kan :)

Alah BM lame je tu..50 k pon tk smpai kot..hi hi hi...

Tp kalo dh kene side mirror..mmg hangin kan..elok sgt ah korg berdua,saling tak mengalah..ki ki ki...kalo aku bukak je cermin kete..tunjuk penumbuk sekali ha ha...(aku pernah buat kat men driver)...

Tu cam spontan..pastu cam kecut perut..nak nye diorg hindraf ke..mati gua..he he he..pendek kate drive ni bykkan bersabar..

sape nak kencing nak berak..kta bg je la jln dulu...
kang nanti kita plak sakit perut,ada emergency,kita plak buat gitu :)

Liz Rohaizat said...

aku mmg xnak mengalah sbb dah bg 2 kereta jalan sblm tu. dah lebih dari fair dah tu. kalau nak bg semua kereta belah kanan aku jalan semua, hangin pulak kereta blkg aku nanti.

benda2 nie takkan jadi kalau masing-masing tau apa yg perlu dilakukan. aku kalau dah nmpk kereta depan aku bg laluan kat beberapa kenderaan, aku bg chance pulak kat dia utk masuk lane tu. xde la aku pun nak tumpang sekaki. tu sudah lebih.

i don't mind kalau ada ruang. tp ni xde ruang, still jugak nak himpit.

duduk KL mmg sesak. tu je yg aku x gemar. pening kepala. laki aku kata, baik pindah terengganu. hahaha

misz myza said...

kdg2 bila drive 2, niat kat ati mmg nk bwk sopan2.. bila kte dh drive sopan, ade lak yg kurang sopan.. haish.. geram la ni.,

Liz Rohaizat said...

misz myza> yerp. selagi boleh sabar, kita sabar. bila xleh sabar lagi, kita luahkan. hehehe.

kereta tu, kalau dpt kat hubby saya, dia mesti takkan ngalah. katanya, kalau org tu nak langgar, biar dia langgar. huhu.. x berani nak buat camtu

maisy said...

sungguh setuju ngan laki ko..jom balik trg...aku suke..kul 8 lebih pon sempat agik gi kerja....balik sampai umah awal2...ari jumaat sume boleh pergi solat Jumaat ramai2...

Anak2 lelaki boleh ikut sekali...weekend,bertandang umah sedare mare...sebab tk brp bz..leh wat open house byk kali..(jika ada xtra money lah)..

Leh beli umah besar..ada laman,anak2 leh main2....

Ohh..nak sgt balik kg lah... :))

Liz Rohaizat said...

maisya> laki aku, kalau dia nak pindah.. mmg la dia pilih terengganu. dia penah keje kat sana. dia kata, 5 minit pun leh sampai tmpt keje sbb jln x jammed. itu je la yg dia selalu ckp everytime kitorang stuck kat jln kat kl nie.

apsal ko x blk kg je? keje la dgn petronas ke.. hehe

Fid said...

mmg kurang hajarrrr

Liz Rohaizat said...

kak fid> mentaliti sesetengah org x sama dgn kita. dia nak cepat sgt kot. kalau dia langgar body tadi, mmg siap ar saya berdrama kat situ

CikLilyPutih said...

kite samelah k liz, gerambetul bila ada orang potong Q.padahal yang potong Q nie semua kete besau2 lah. ishk.. satu tindakan yg bijak.

Liz Rohaizat said...

cikLilyPutih> semalam, honda city yg buat camni kat kami. pun kena side mirror. hubby punya la marah. hehe.. diorg nie agaknya fikir, ala.. side mirror je, bkn kemek pun body. tu yg selamba je kot. tp betul la bab keta besar je suka buat camni.

WanYgBest said...

btw liza, kalau kat UK, ada 'saman stress'...maksudnya, apa2 jua kesalahan org lain yg boleh menyebabkan kita stress (tp stress thp maksima je la, klu lite2 tu x layan...), kita xyah saman pun org tuh, tp council akan tlg samankan, dan kita akan dpt pampasan =P

Liz Rohaizat said...

wan> wah, kalau berduit, skrg jugak aku pindah ke UK. hehehe.

MarDiah said...

liz, kat Ganu mmg jln tak jam.. tapi attitude drivernya blh buat kite sakit kepala ooo...

Liz Rohaizat said...

nadia> ye ke? tp rasanya KL nie lg sakit kepala. hehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.