Monday, October 04, 2010

Review tentang Istana Bambu Restaurant

Note: Entry akan penuh dengan gambar :)

Bagi meraikan kejayaan dalam memenuhi misi (dan sebetulnya malas nak memasak), aku mengajak diri sendiri dan keluarga pergi mkn mlm di Istana Bambu. Tak pernah ke sini tapi restoran ni dpt good reviews dari food bloggers. Harga makanan kat situ agak mahal tapi setahun sekali, apa salahnya. Kira reward utk diri sendiri.

Konsep Istana Bambu ni ala-ala Naili's. Wah, berani ko nak samakan Istana Bambu dengan Naili's! Jauh panggang dari api. Maksud aku, deko di restoran nie. Yang menarik di Istana Bambu ni ialah tempat makannya berkonsepkan buluh. Anda boleh pilih samada nak mkn di meja-meja biasa, di pangkin panjang atau di teratak-teratak kecil. Surau yg terletak di bahagian hadapan pula dikelilingi oleh padi.



Istana Bambu menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yg sedap dengan harga yg boleh membuatkan anda terkejut. Ahaks! Tapi sedapppp. Hidangan dikategorikan as "small" dan "big". Kami pilih small je semuanya. Utk small portion, rasanya boleh mkn utk 4 org. Bayangkan kami berdua je mkn. Gemuks!!!

Kelapa pandan yg manis semulajadi. Recommended!

Teratak-teratak kecil. Sambil mkn, instrumental tradisional akan diputarkan.

Pangkin panjang daripada buluh. Makan bersila.

Mmg sedap la makanan kat situ. Tapi tgk harga, alamatnya setahun sekali je la. Hikhik. Hubby kata, pasni cuba cari resipi and masak sendiri. Isk..

Hari Sabtu, kami ke Melaka utk menghadiri kenduri kahwin di Alor Gajah. Sebelum bertolak, berkali-kali ingatkan hubby yg aku nak singgah beli Cucur Udang Alor Gajah.


Tiada gambar cucur udang yg famous itu. Perut kenyang so tapau aje. Malam baru mkn. Dah tak feel sgt nak mkn sebab dah sejuk. Cucurnya pun dah x rangup. Kalau mkn kat sana, lagi la sedap! Apa-apa pun, hilang kempunan. Hehe..

Balik dari Melaka, kami singgah di Nilai utk menghadiri rumah terbuka. Dan tiba-tiba terasa nak potong kek sempena besday Batrisyia. Terus minta diorg pergi belikan kek. Maka, birthday party secara spontan telah diadakan. Walaupun tidak sama dengan apa yg kami rancangkan, kami x kesah. Yang penting, dpt sambut.

Dan paling penting, Batrisyia berjaya tiup kedua-dua batang lilin!










Hingga hari ni, sesekali terdengar dia nyanyi "epi eday uu yuuu"

3 scribble(s):

animkechik said...

besday 2, ape yg x seperti yg diharapkan...

Liz Rohaizat said...

ye la,aku plan nak buat kat rumah dan jemput ramai org. tp kan x jadi. tu je la. bkn benda lain pun. tp bagus gak buat kat rumah ko. senang.

Eyriqazz said...

saya sudah terjahi restoran ini..inilah review saya:

Restoran Istana Bambu|Best Tapi....

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.