Wednesday, October 20, 2010

Menyesal ku akui tak terima cintamu

Gila! Tiba-tiba pulak aku humming lagu Menyesal (Sixth Sense) pagi-pagi nie. Ni gara-gara pergi layan Asmara mlm tadi. Dah kata takde cerita kan? Kalau tak layan apa-apa, tertidur pulak. Nanti terlepas Supernatural. So paksa diri layan Asmara walaupun tak minat.

However, aku suka lagu nie. Lagu Sixth Sense mmg banyak yg best tapi tak pernah melekat kat kepala.

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Malam tadi Melati terkenang saat Asmara nak berkenalan dgn dia. Ada la adegan Asmara berlari-lari anak kejar Melati nie, ckp nak kawan la.. kira merayu nak kawan dgn Melati. Melati jual mahal sbb dia rimas Asmara nie mengendeng je.

Tiba-tiba aku meluahkan rasa geli-geli tgk adegan nie. Meluahkan rasa menyampah kat lelaki mcm nie. Lelaki yg sibuk kejar-kejar dan rayu-rayu mcm tu. Hubby pulak ckp aku over.. ok la, dia tak ckp aku over tp dia rasa takda salahnya lelaki kejar mcm tu sebab nak kawan.

Dan tiba-tiba juga (berapa byk tiba-tiba la), keluar ayat dari Asmara, " apelah susah sgt nak mengurat perempuan nie!".

Dush, see.... aku ckp kat hubby. Tujuan utama bkn nak berkawan tapi nak bercinta. Hubby sengih je. Ye la, kalau nak berkawan.. kawan je la. Apa nak minta-minta izin pulak. Minta izin nie kalau nak 'kenal dengan lebih rapat' ke. Haruslah minta izin kalau taknak kena buah kuntau kiri ke kan? :p

Adegan malam tadi buat aku teringat apa yg berlaku masa aku pergi IT Community kat Ipoh dan Taiping. Erk, meluat-meluat pun.. aku akan senyum bila teringat. Tapi sebenarnya rimasssss sgt time tu. kalau setakat kat Perak, takpe la jugak. Tapi terbawa-bawa sampai ke MMU library. Hahaha... bebudak yg join masa tu mesti tau sapekah orang yg aku maksudkan. Apa khabar la dia agaknya.

Kalau korang, korang suka ke kena kejar mcm nie?

Nota: Tajuk tiada kaitan dengan apa-apa penyesalan.. hehe

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.