Thursday, October 14, 2010

Komen panas

Dear Anonymous,

Terima kasih kerana sudi hantar komen. Tapi maaf sgt-sgtlah yer. Saya tak dpt nak approve sebab awak pun tak letak nama awak. Sudah saya jelaskan sebelum nie yg saya menerima semua jenis komen asalkan ada nama penghantar. Kalau malu nak letak nama profile (sbb malu kalau-kalau saya blog-hop), boleh je letak nick name di akhir komen. Saya tak kesah pun.

Kerana awak Anonymous, terpaksa la reject apa komen ni. Tapi utk tidak menghampakan awak kerana telah penat menaip komen, saya print screen aje la. Kira ok juga la kan? Anggap la saya menghargai komen awak.

Izinkan saya utk membalas komen awak. Saya tak tau la tang mana yg saya menunjuk tu. Nak kata saya tunjuk saya pergi bermanja di spa, takde pulak. Hanya mampu bergambar di pintu masuk spa aje. Nak kata saya tunjuk saya pergi main golf, takde jugak. Saya hanya mampu pegang kayu golf kat kedai aje. Nak kata saya mkn kat restoran dlm Berjaya tu, tidak jugak. Saya hanya makan di restoran di luar pagar Berjaya.

Kalau la betul saya nak menunjuk, saya takkan beritahu yg penginapan kami sekeluarga di sponsor oleh boss saya. Boleh je saya tak beritahu dan berlagak saya pergi pakai duit sendiri dan menginap di resort 4 bintang. Kayo makcik weih duduk kat resort 4 bintang :p

Ke awak rasa saya menunjuk sbb saya tayang banyak sgt gambar? Pedih mata nak tgk ye? Ala, saya tayang gambar anak je.. saya tayang gambar resort je. Senang org lain nak tengok. Kot-kot ada orang nak pergi.

Saya ambil gambar-gambar tu pun bkn pakai DSLR mahal-mahal. Pakai kamera cikai je. Saja bagi tau ni, kot-kot awak tak tau pulak.

Ok la, next time jgn lupa letak nick name ye. Boleh saya publish komen awak tu. Thanks for dropping by.

14 scribble(s):

animkechik said...

orang cm2 jgn dilayan.. panas ati x tentu psl.. ape la yg suke sgt dengki n org? ko x dpt bos cmtu, jgn la jeles lak org lain dpt.. ape la, klau ko rs blog nie menunjuk2, jgn la bc or msk lg.. g wt blog sndr, pastu letak la byk2 gmbr ko.. sukati tuan punye blog la die nk ltk ape, tulis ape.. tah ape2 tah.. mcm la ko bgs sgt!!

imee said...

Haha, dem, aku lupa ekceli yang trip ko ni sponsored. aku baru berangan2 nak pegi sana gak, sbb mcm best je tmpt tu kan? ko agak2 aku leh afford tak? sbb aku adalah sgt perlu utk bercuti, kepala sgt stress skrg uhuhu...

p/s wah, ada komen dengki! adakah itu bermaksud ko adalah blogger femes? hahaha

Liz Rohaizat said...

anim> pedulik kan jer la. huhuh.

imee> ceh, ayat ape ntah. of course la ko boleh pergi. affordable la. Superior Room tak sampai RM400 kot. rasanya la. dia ada yg pakej jugak. ramai yg ambil pakej sbb leh dpt 1 hari free kalau x silap. sesuai la sbb bawa anak (ke xnak bwk aafiyah?). tempat pun hijau dan biru.

mungkin sedikit memakan kos kalau pegi melalui udara. tapi tiada yg lebih menyenangkan bila tgk anak tertidur dlm flight selama sejam daripada anak mengamuk dlm kereta selama 5-6 jam. huhuhu...

IHSAN KHAIRIR said...

orang yang jeles kadang2 akan buat benda yang bukan-bukan...

WanYgBest said...

kalau nak menunjuk2...tak yah buat kat blog, sikit sgt org yg tgk, x bebaloi dgn effort menaip entry & mengupload gmbar (tp ko blogger femes ;p)...baik letak kat blog, tag seramai mungkin,then kwn pd kwn pd kwn pd kwn pun leh tgk skali

btw, aku dah analysis entry ko, tiada unsur2 riak lgi takabbur kat situ..tp byk tips beguna utk sapa2 yg nk p tioman..

btw, aku penah p tioman, duit sendiri...RM250 - pakej (3hr 2mlm, mkn 3x sehari, snorkling, ticket p balik ngan speedboat katKg Salang)

p/s: sila baca komen saya dgn nada zuhud ;p

Liz Rohaizat said...

ihsan> xtau la dia ni jeles atau ape. janji jgn kacau kehidupan aku sudah la. haaa, aku blk sban hujung bln. ko ada sana x?

wan> maksud ko, baik letak kat FB kan? hehehe.. entahnya, blog aku bknnya famous sgt mcm org lain pun sampai nak menunjuk2 kat sini. hohoh, agaknya kalau dia tgk my next entry, lagi terbakar kot. hahaha

CIK NANA said...

Ignore jek.
Gilaks!
Huhuh..

Owh, Cik Nana honeymoon kat Tioman..
Yuuuhuuuu..
:)

I really love it!

Liz Rohaizat said...

na> bila awak nak buat entry sabah nie. saya tertunggu-tunggu. hehe

weed said...

aku nak menunjuk gak la..hahhaa...dulu mase kat mmu g tioman duit sendiri ape....muahahahha....

Liz Rohaizat said...

weed> hahaha...

p!nkerton said...

haih mmg menyampah dgn org2 busuk hti & tgn komen2 mcm ni. ntahapahapa kan, ade je bende tak puas hati dgn org kan. takpe liz, abaikan aje. kalo dilayan mmg sakit hati.

Liz Rohaizat said...

fatih> stalker.. sex maniac.. semua aku dpt dari blog.. ni green-eyes pulak. haha.. layankan aje la.

iCaLoVeZiE said...

gila bodoh si anony ni. haha. macam jeles gila. macam dia ni kenal awak la.. baik cek kot-kot jiran sebelah umah.hehehe

Liz Rohaizat said...

ica> rasanya dia x kenal kot. sbb mmg dari awal saya dah bgtau yg penginapan kat situ boss saya yg sponsor. huh, rasanya jiran2 saya x tau akan kewujudan blog nie. hehhee

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.