Thursday, October 07, 2010

How to pack light for vacation

Kami jarang pergi bercuti. Even masa belum kahwin dulu, boleh kira berapa kali kami bercuti satu keluarga. Cuma bila masing-masing dah ada anak, keluarga makin besar, baru la my parents rasa seronok nak pergi bercuti kot.

Kalau nak kira kami bertiga nie.. setakat ni baru pergi bercuti ke Langkawi, Terengganu dan Cherating. Ada juga berjalan jauh ke JB dan Perak.

Usually, we travel by car. Jadi mmg takde masalah bab packing barang sebab semua boleh sumbat dlm boot kereta atau back seats. Tapi bila kena ikut jalan udara seperti masa pergi Langkawi, kena juga pandai-pandai pack baju dan barang-barang yg perlu. Malas nak kena bawa 2-3 bag. Kalau boleh, biar semua muat satu beg.

Hujung minggu ni, kami akan pergi bercuti lagi. 2 hari lagi.. I can't wait! This time, mmg kena pack brg betul-betul kerana kami akan stay sana selama 4 hari. Kalau bab buat list dan pack barang, mmg serahkan padaku je sebab mmg diakui aku agak teliti. Semua kena susun betul-betul agar tidak berlaku sesi memunggah disebabkan tak jumpa barang yg dicari. Tak percaya, tanya my hubby. Mmg pantang kalau kita dah elok susun, tiba-tiba dia datang bawa satu baju/seluar sambil ckp “Lupa lak nak bawa baju nie”. Kehkehkeh. Terpaksa la keluarkan dan susun semula brg. Erk, am I a neat-freak? Tidaklah jugak kot.

After a few trips and experiments, I think I can give you an idea on how to pack light. Ini utk trips di dalam negara sahaja sbb I have no idea tentang luar negara. Maybe boleh minta Cik Wan Devastator atau Mama Miya utk memberi idea dlm hal tu.

HOW TO PACK LIGHT FOR VACATION

1) Pastikan keadaan cuaca di sana - Nampak mcm remeh tapi ia penting sebab bila dah tau keadaan cuaca, kita akan tau nak bawa pakaian apa yg sesuai. Kalau tempat sejuk, tak perlu la bawa pakaian yg nipis. Begitulah sebaliknya. Kalau dah tau tempat tu panas, jgn bawa pakaian tebal. Dah la tebal, berat pastu 'mkn' space dlm beg.

2) Pilih barang/pakaian yg boleh digunakan beberapa kali dan boleh jimat ruang. Ni yg wajib aku bawa:

- Jeans : Boleh pakai 2-3 kali. Usually, terus pakai masa nak berangkat. Jadi, tak perlu masuk dlm bag.

- Cardigan : Sebab tak pakai short sleeves, cardigan mmg kena bawa. Kalau nak bawa long sleeves, mcm nak kena mcm 5-6 helai. So nak jimat ruang, I bring one or two sleeveless shirt(s) and cardigan. Bila nak keluar waktu malam, hanya perlu pakai sleeveless shirt dan sarung my cardigan. Easy peasy sbb cardigan kan ringan dan tak perlu byk ruang.

- Shoes : Kalau setakat bersantai, I pakai platform sandal je. Yeah, you can call me kampung girl. Tidaklah aku peduli. Tiada guna membawa high heels jika setakat nak lepak tepi pantai. Atau jika perlu bawa casual shoes & sport shoes (bagi org yg nak pergi gym mcm my hubby), maybe boleh guna idea my hubby. Instead of masukkan sport shoes dlm beg, dia akan pakai sport shoes masa nak berangkat. So his casual shoes (yg lebih ringan) akan dimasukkan ke dlm beg.

- Windbreaker track bottom : Ia nipis, maka wajib bawa. Kalau basuh, cepat kering. Should I say more?

- One piece dress : Ni khas utk little girl. Usually, bawa gown je. One piece. Tak perlu nak bawa baju “jeans+t shirt”. Tu dah 2 pieces. Hehehe..

3) Choose travel size toiletries – Selalunya tak bawa pun takpe sbb hotel ada sediakan. Tapi usually, kami akan bawa toothbrush, toothpaste dan toiletries khas utk Batrisyia. Boleh cari travel size toiletries (dan make sure its cap boleh dibuka so lain kali boleh top up aje.. jgn membazir plastic tau). Kalau utk bayi/kanak-kanak, mmg byk je yg jenis travel size nie. Should be no problem to buy it.

Sometimes, sampel yg kita dapat dr salesman tepi jalan pun boleh disimpan dan boleh dibawa bila nak travel.

Contohnya seperti deodorant di atas. Tak pakai pun brand tu. Hubby dpt sampel ni kat kaki lima. Masa dia bg aku, mmg aku taknak. Tapi sbb taknak ckp byk, aku simpan je dlm handbag. Sudahnya, agak berguna juga bila pergi travel. Aku bawak je mini roll-on ni.

Sekian tips utk hari nie. Kalau ada sesapa nak tambah, boleh bagi di ruangan komen. Nak juga tahu idea korang. Mlm ni nak habiskan pack barang.

2 scribble(s):

WanYgBest said...

bagus tips ko ni liz...sbb aku everytime nak p becuti, mesti dok google tips nak travel light...esp bila nak travel masa musim2 sejuk, dgn nak kena bwk byk baju or sluar waterproof, jacket lgi, thermal lg...adeehh...mau aku ikat almari aku ngan lori...

fyi, aku hr tu dok tulis travel tips juga, sbb benda yg plg bermasalah ms becuti kat luar negara is MAKAN!!! so tulis psl menu2 yg bleh dimsk masa travel...or yg tahan lama x basi..tp aku x publish entry tuh...sbb kering idea..huhuhu

Liz Rohaizat said...

wan> kalau travel masa musim sejuk, lg byk nak kena bwk kan? baju je dah mcm2.. baju/seluar waterproof, jacket, thermal, mafela, glove, socks.. tu baru baju. pastu lotion/vaseline.. takut kulit kering. eiii.. byknya. ahaks, mmg kalau boleh nak bwk satu almari kan?

ala, publish la entry tu. kering sgt ke idea? rasanya ko mesti ada byk tips kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.