Wednesday, October 27, 2010

Hanya orang yg bergaji besar sahaja tak kisah akan hal nie, betul atau tidak?

Negara akan cuba mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2011.

Harga barangan dan peningkatan kos sara hidup dijangka naik, tidak boleh dielakkan lagi kerana negara tidak mampu memberi subsidi berterusan.

My question is...

Adakah tangga gaji rakyat Malaysia juga akan meningkat sejajar dengan perkara ini?

Kalau harga barangan naik, harga perkhidmatan naik, itu naik.. ini naik... gaji tak naik, mcm mana tu?

Mungkin Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi tetapi mempunyai rakyat yg hidupnya hanya cukup-cukup mkn? Mungkinkah?

Aku pun tak pandai nak berbicara tentang hal nie. (So, why can't you keep your mouth shut?).

Seorang kawan aku yg bijak pandai pernah bercerita dengan aku dan kwn-kwn yg sedikit kurang bijak dari dia :p

Masa tu dia bercerita tentang Norway walaupun dia sendiri tak pernah jejakkan kaki di sana.

Tahukah anda Norway merupakan the 2nd wealthiest country in the world in monetary value? (Yer, dia cerita dah lama dah. Tapi aku check kenyataan tu hari ni, Norway masih di tangga kedua dunia). Kata kawan aku, serba serbi mahal kat sana. Dia tahu sebab dia ada saudara kat sana. Mahal-mahal pun, gaji rakyat kat sana sesuai la dengan kos sara hidup kat sana. Kalau tgk gaji yg saudara dia dapat, mmg banyak sgt bila convert ke RM. Tapi dah nama pun duduk sana, gaji yg besar tu seumpama gaji kita kat sini juga.

Ok laa.. orang kata, jgn la compare Malaysia dengan Norway. Ok, aku tak compare pun. Tapi bila negara sibuk nak capai status negara berpendapatan tinggi, sila la jangan abaikan rakyat yg gaji seciput nie. Itu saja.

2 scribble(s):

Maya Ariffin said...

Suka dengan apa yang u utarakan..niway There are pro and cont dalam mencapai kemajuan. and there is no right or wrong way to do it right i thinked. Something right for one person can be wrong to the other kan.

Niway.. i slalu berpegang.. berusaha berdoa dan bertawakal. Allah saja yang tahu ape lebih baik untuk diri kita.

Sedangkan yang terdedah masih lagi gagal untuk kita merungkai.. apatah lagi yang terlindung disebalik rencana-Nya.

Syukuri apa yang ada and bukan sesiapa (kerajaan, swasta, individu etc) pun tempat kita berharap kecuali kepada Allah s.w.t. Insyaallah keadaan akan lebih baik walaupun hanya bergaji kecil.

Maaf.. hanya bercakap melalui pengalaman sendiri.

Liz Rohaizat said...

maya ariffin> welcome. ada 2 cara utk mencapai sesuatu objektif. cara betul dan cara salah. mmg bagus jika negara dpt mencapai status negara berpendapatan tinggi tapi besar harapan saya utk melihat status kewangan rakyat malaysia juga melonjak naik.

sometimes, bila saya pandang ke bawah.. saya rasa sukarnya hidup mereka. saya masih bernasib baik tapi utk golongan yg berpendapatan rendah, sukar nak bayangkan hidup mereka selepas ni. saya harap, ada sesuatu yg kerajaan akan lakukan utk golongan nie.

thanks for dropping ur comment. kalau ada blog, sila tinggalkan link agar saya boleh letak ur link di sini.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.