Friday, October 15, 2010

Day Three - Crystal Clear Water

Day 3 - 11.10.10

Terasa nak je sambung tidur lps solat Subuh. Tapi Batrisyia pun dah bgn masa nak dekat pukul 7. Huhu. Bermalas-malasan dlm bilik, pkul 7.30 baru nak pergi breakfast.

Lps breakfast, balik semula ke bilik utk tukar baju. Yeay, pergi snorkeling. Masa ni, cuaca mcm mendung. Hampir-hampir nak sampai Dive Center, dah renyai-renyai. Tapi sekejap je.


Gloomy morning

Utk snorkeling di Renggis Island, perlu bayar RM40 per pax.


Kesian Batrisyia. Muka mcm terpenyek sbb life jacket mcm besar.
Last-last dia mengamuk sbb tak selesa.

Masa sampai floating point, Batrisyia ok lagi. Tapi lepas 2 minit kot, hubby nak mula snorkeling. So aku la kena pangku Batrisyia. Time ni la minah ni menangis. Menangis baek punya! Nasib baik masa tu hanya ada kami dan young couple from China. Mereka sgt peramah.

Lama jugak la minah nie menangis. Sudahnya, aku suruh hubby pergi je. Tak payah fikir dia nak nangis ke ape. Kalau nak tunggu, sampai bila pun tak dpt snorkeling. Dah la masa tu, hujan dan mula turun renyai-renyai. Stress yer di atas floating point tu.

Ok, abaikan keadaan background yg senget (sape yg tau photography mesti faham apa yg aku maksudkan). Tgn sebelah pegang anak, tgn sebelah lagi pegang kamera. Tak dan aku nak bajet betul-betul.


By the time aku pulak nak turun, boat dah bawa satu family lain. Penuh la floating point tu. Tapi mereka sgt cepat yer. Turun dari boat, pakai mask, pakai flippers.. then terus terjun. Yang kecil-kecil dlm 2-4 tahun pun selamba je.

Tak boleh jadi nie. Maka, aku pun turun jugak. Tapi tak berani jauh-jauh sebab fikir, kalau jadi apa-apa, laki aku x boleh tolong sbb anak takde org nak jaga. Hohohoh.. alasan baek! Takpe, aku balas dendam snorkeling bulan 2 tahun depan. Weee…..


Peace sign akan membuatkan kita terasa muda, kan kan kan?

Jom mula! Oh, ye...
Yang belah kanan tu, young couple dari China yg aku ckp tadi.

Crystal clear water!

Hubby turun buat kali kedua.

Batrisyia yg mula tenang. Alhamdulillah.
Sibuk nak cuba jugak.

Jom balik!

Kami kembali ke darat apabila matahari dah meninggi. Kalau ikutkan, mau je stay tp kepala Batrisyia dah panas. Dia taknak pakai topi.

Kami balik ke bilik, bersihkan diri dan pergi lunch kenyang-kenyang. Lepas lunch, semua org tidur di bilik sampai ke petang. Rasanya aku tidur sejam je kot. Yang lagi dua org ni bantai tidur 3 jam.

Petang tu, aku tgk matahari cantik dengan langit tanpa awan. Hari ni mesti ada sunset! So aku ajak hubby jalan-jalan kat tepi pantai sekitar jam 6 ptg.

Rasanya ramai juga yg tahu hari tu akan ada sunset view sbb bila kami lepak kat tepi pantai, ada juga org lain yg tunggu dengan DSLR. Dan ada satu couple tu berpeluk sambil pandang sunset yg turun secara perlahan-lahan.

Aku nampak je tp x la menumpukan perhatian pada couple ni. Hubby je yg tiba-tiba suruh aku ambil gambar couple tu. Ingatkan buat apa. Rupanya buat apa yg biasa dilakukan oleh org seperti mereka sewaktu sunset. Ehem.. Kacau daun je laki aku nie. Nope, aku tak ambil gambar diorg. Sila jgn ceroboh privacy orang yg sedang bercinta sebegitu rupa. Ahaks.


My light reading sepanjang di sana








Malam tu, kami mkn mlm buat kali terakhir di Tioman. Batrisyia pun mcm dah layan je makcik kedai tu. Diorg pun layan Batrisyia. Senang nak makan.

Utk episod sebelumnya, sila klik di bawah:
No Sunset? - Day Two
Berjaya Tioman Resort - Day One

6 scribble(s):

weed said...

aku teringat dulu...aku sangat x berani nak masuk kat dlm air tu...sudahnye si wong ngn apek jd tukang tarik life jacket aku...hahaha

Liz Rohaizat said...

ko x berani sbb byk ikan ke? hehe, aku pun at first mcm ada x berani jugak la walaupun tau x la mati pun. tp bila tgk budak umur 2-4 tahun tu selamba, tercabar beb. bln 2 nanti aku nak snorkeling puas2.

Hazlin said...

bulan 2 nanti korang stay mane?

Liz Rohaizat said...

zelynn> x sure lg. opss, apa2 hal.. kita private msg je kat email or FB. xnak bgtau org lagi ke mana kita semua nak pergi. hikhik.

CIK NANA said...

Heheh, mana nak pegi tue ha???
:)
Nak ikut leh?

Cantiknya.
Na penakut nak snorkel tp Na suka tgk hubby happy sbb he really likes it.

Pasni teringin nak gi Perhentian lak!

Jom?
Heheh

Liz Rohaizat said...

nana> nak ikut? hehehe... boleh je kalau leh cuti. rasanya ramai takut snorkeling sbb tgk ikan yg byk tu kan? Perhentian pun best kot. tapi org kata, paling best Sipadan la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.