Wednesday, October 13, 2010

Berjaya Tioman Resort - Day One

Day One - 09.10.10

Kami sampai di Subang Skypark Terminal sekitar jaml 11.20 pagi. Kapal terbang milik Berjaya berlepas pada 12.40 tgh hari dan perjalanan memakan masa selama sejam. Kapal terbang kecil ini penuh dengan penumpang. Kami diberi air mineral utk menghilangkan dahaga dan wet tissue utk mengelap muka.

Tau-tau je, dah sampai! Hubby ckp, tak terasa mcm pergi pulau sbb tak lalu jalan air.




Sampai di Pulau Tioman, kami menaiki bas yg disediakan utk ke Berjaya Tioman Resort. Pun penuh juga! Kami dibawa melalui jalan tepi pantai. Sesekali Batrisyia geleng-geleng kepala sebab nak rasa angin yg bertiup. Nak buat iklan syampu ke nak oii?


Proses check-in berlaku dengan pantas. Kami diberi kupon utk free refreshment di restoran berhampiran. Dpt la menghilangkan dahaga di sana. Kemudian, kami menaiki sebuah lagi bas (tapi lebih kecil). Semua tetamu dihantar ke bilik masing-masing.

Kami berehat seketika sebelum mkn tgh hari di Delima Tomyam Seafood pada jam 3.30 ptg. Keluar je dari pagar, dah nampak restoran nie. Jalan kaki je. Senang kan? Makanan pun ok, sedap jugak. (Dpt review dari bloggers lain. Tu yg berani pergi.. hehe).

Balik dari lunch, hubby dan Batrisyia terus pakai baju mandi. Lepas tu, menghilang ke pool. Aku lepak di bilik sambil menggosok semua baju dan tudung yg nak dipakai sepanjang 4 hari kami di sana. Selesai menggosok, baru la ke pool utk ambil gambar diorg. Tak terasa nak berendam lagi sbb nak ambil gambar puas-puas.


Cuaca redup aje so gambar pun semuanya ‘redup’.

Bila tgk Batrisyia dah kesejukan, kami paksa dia keluar dari pool dan bawa dia berjalan-jalan di tepi pantai. Air tgh surut. Jauh betul!

Kesempatan ni kami gunakan utk biarkan Batrisyia main pasir.

Masa ni Batrisyia mengadu yg kaki dia kotor.
Agaknya dia bajet aku nak bebel sebab tak pakai selipar kot. Hahaha

See.. surut sangat la air laut.





Uminya yg jakun dpt main pasir.
Bertuah ko nak. Masa umi kecik-kecik,
umi main pasir guna cawan plastik je tau. Hikhik

Hubby mengajar anak cara nak main pasir.
Tapi Batrisyia ckp, "Abi, masak!!" sambil hulurkan sudu

Pemberian staff di Berjaya. Thank you!

Hubby yg cuba membuat sesuatu. Dia senyum-senyum.
Pastu gelak. Terus tak jadi buat.
Entah ape la yg dia nak buat tu. (Lain mcm je)



Lama juga rasanya. Dah nak maghrib, baru la balik ke bilik. Tu pun Batrisyia meronta taknak balik.

Malam tu, kami mkn seafood di restoran yg sama. Restoran ni berdepan dengan sebuah restoran cina. Tapi yg hairannya, restoran cina tu mcm lengang dan pengunjung cina pun mkn di restoran melayu nie. Maybe sbb Delima Tomyam Seafood ni menawarkan BBQ seafood.

Suka tgk gelagat orang luar mkn makanan tempatan. Bila order makanan, masing-masing dpt sepinggan nasi. Terkulat-kulat diorg nak mkn nasi kot. Sudahnya ada yg x bersentuh. Ada yg luak 1/3 nasi aje. Tapi itulah pengalaman kan? Bila pergi tempat orang, kita cuba la dptkan pengalaman mcm nie. Kalau nak mkn mcm apa yg kita mkn kat tempat kita, tak best la.

8 scribble(s):

animkechik said...

update lg n gmbr yg byk.. x merasa nk g, dpt tgk gmbr pun jd la..

Liz Rohaizat said...

kalau nak upload semua gambar,x larat der sbb ada lebih 200 gambar. aku upload sikit. yg lain, tgk kat sban nanti.

tunggu la. esok ada gambar lagi. 4 hari punya cerita

Ely Hasrul said...

beshnye main pasir...

Liz Rohaizat said...

ely> dia kata dia x main pasir tp dia masak pasir

fazira said...

salam,

Boleh tanya, mana lebih menarik, challet atau pun room kat berjaya ini ?

If challet okay x condition nye

tq

Liz Rohaizat said...

fazira> salam. saya tak sure ada beza room dan chalet sebab saya nampak semuanya sama. tapi maybe chalet ni mcm kat gambar terakhir. sebiji2.

chalet nampak lebih terbuka dan kurang privacy (melainkan tutup langsir). saya x sure condition dlm tu camne tapi nampak kecil

Atiesya Baby said...

Hi, nak tanyer...
awak amik pakej ker?
mahal x?

Liz Rohaizat said...

Atiesya Baby> Sorry, tak dpt menjawab soalan. Boss saya sponsor. Tu yang tak tau tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.