Thursday, October 21, 2010

Apa akan jadi pada kami bila hubby tiada?

Rasanya takde orang yg tahu di mana aku tinggal, so it's safe for me to say this...

Malam ni, hubby kena kerja so aku tinggal berdua dengan Batrisyia.

But still... kalau la ada stalker yg berniat jahat, lupakan hasrat anda sbb saya ada jiran-jiran yg baik. Plus, my hubby bukan kerja sampai lewat malam pun.

With hubby around, dapat juga siapkan kerja-kerja rumah dengan cepat sebab dia boleh tgk-tgkkan Batrisyia.

Tapi bila hubby terpaksa pulang lewat, bermakna:

- Aku hanya akan pulang berdua bersama Batrisyia (ni kalau hubby akan habis kerja pukul 9 ke atas.. mmg aku kena balik rumah jugak. Kalau nak tunggu dia habis kerja, alamatnya kerja kat rumah takkan dibuat langsung sbb 'battery low'. Ahaks)

- Berdua dalam kereta... kena layan mak nenek tu berbicara tentang bird, layang-layang, bendera, bas besar, lori besar, darwisy tak balik rumah lagi, afiq main bedak.. kalau dia energetic, kena la nyanyi sama-sama dgn dia

- Kena mandi dan basuh baju bertemankan dia. Dia akan duduk luar pintu sambil tegur aku jgn main air, baju tu tisya punya, kena basuh muka, kena syampu rambut, kena gosok gigi.. I told you, mmg mcm mak nenek.

- Kekhusyukan ketika solat akan terganggu dengan budak perempuan kecil yg menonggeng di sejadah.

- Eh, malam ni Durja Ningsun la. Terlepas nak tgk. Tak boleh tgk sbb hubby takde. Kami berdua penakut!

Camni, tidur awal je la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.