Friday, October 22, 2010

4,614 pasangan di Selangor bercerai tahun lalu.

Memetik di sini.

Itu baru satu negeri sahaja. Agaknya kalau dikira jumlah pasangan yg bercerai di seluruh negara, berapa agaknya?

4,614... banyaknya.

Kalau masa kursus kahwin dulu, ustaz pun ada tanya, "Apakah punca-punca penceraian?". Ustaz pun ada ajar perkara-perkara yg boleh menyebabkan terjatuhnya talak. Dan masa tu, semua org memberikan konsentrasi agar mereka tidak tergolong dalam golongan yg meruntuhkan sesebuah perkahwinan.

Talak dan pengertiannya:

Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.

Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:

" Aku ceraikan engkau "

Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.

Tetapi di zaman serba canggih dengan teknologi nie, talak juga boleh jatuh jika suami menghantar sms berbunyi "Aku ceraikan engkau" dan benar-benar memaksudkannya. Jadi jangan main-main!

Mungkin teknologi yg serba menyenangkan ni agak menyumbang kepada jumlah 4,614 tu. Kita pun ada dengar ramai yg bercerai melalui sms kan? Sedar-sedar je, rupanya dah talak 3. Isk...

Minta dijauhkan daripada kami.

Tak ingat movie apa yg aku tgk. Ni movie masa aku kecil-kecil ye. Keanu Reeves pun baru nak berlakon. Heroin tu nak bercerai dan minta nasihat mak dia. Mak dia ckp, org zaman anak dia tak mcm org zaman dia. Senang-senang je nak cerai. Zaman mak dia, susah mcm mana pun.. marah mcm mana pun... diorg tetap pertahankan perkahwinan tu walaupun makan hati sbb itulah kehidupan. Ok, ni cerita luar negara.

Tapi sama je. Cuba tgk kat Malaysia. Zaman atok nenek kita, tak ramai yg bercerai berai kan? Kahwin sampai 4 pun ada tapi tak pulak bercerai. Mungkin ada sesuatu yg kita perlu belajar dari orang zaman dahulu.

2 scribble(s):

MarDiah said...

Dulu di Singapura ada berita kuar pasal kes perceraian paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu Islam.

Tapi korang pernah pikir tak kenapa? Sebab derang tau zina tu dosa, so derang kawen. Untuk org bukan Islam, derang xde konsep dosa pahala nie. Tambahan bila dah ramai free thinker. Kawen bukan satu option untuk hidup bersama. Furthermore, derang tak mau komitmen.

Yang muslim nie pulak, ada yang kena paksa kawen sbb mak bapak xnak tanggung dosa bebudak tu berzina. pas tu memasing taknak pikul tanggungjawab, bercerai. Worse case scenario, gantung tak bertali.

Liz Rohaizat said...

minta dijauhkan dari kita kan? kalau tujuan kahwin disebabkan perkara tu, mmg runtuh akhlak umat Islam

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.