Wednesday, October 13, 2010

2 people like this? Wth!

Semasa kami bercuti, kami sempat online seketika utk mengetahui akan tragedi kemalangan bas ekspres yg meragut 12 nyawa pada 10.10.10.

Hubby sempat membuka FB dia. Kami sempat menonton rakaman dan gambar-gambar yg di upload oleh org lain.

Aku hanya mampu geleng kepala sambil melahirkan rasa marah tatkala melihat gambar pertama. Mayat seseorang yg seolah-olah terpusing, berlumuran darah dan sebahagian badan hampir hancur. Mengucap panjang!

Tapi yg buat aku marah bila melihat komen-komen di bawah. Ramai pengguna FB minta izin utk share di FB mereka. Huh, minta izin pada siapa? Pada tuan punya gambar? Bagaimana pula dengan izin daripada keluarga mangsa?

Lebih buat aku marah bila aku tgk "2 people like this". Kepala hotak ko! Haa, kan aku dah marah. LIKE THIS? Apa yg suka sgt tu? Kedua-kedua org tu ialah orang Islam. Tak memahami sensitiviti keluarga mangsa. Kalau lah korang di tempat keluarga mangsa, apa yg korang rasa? Mesti korang dah maki "2 people like this" tu.

Jadi tak hairanlah apabila berita ini keluar di suratkhabar. Sekadar memetik:

"Mereka yang melakukan ini langsung tidak faham sensitiviti insan yang sedang berhadapan situasi sedih. Ramai yang telah kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ngeri itu. Hormatilah mereka dan insan yang malang ini," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.

Kalau korang ada share atau "like this" gambar dan video nahas, harap unlike dan remove la. Tak elok kemalangan yg sebegitu ngeri dipaparkan. Kita mesti hormat keluarga-keluarga mangsa yg masih sedih atas kehilangan orang yg tersayang.

6 scribble(s):

iCaLoVeZiE said...

saya memang takut nak nengok. campur takmau ingat kenangan silam. depa ni macam tak punya perasaan. bila meninggal macam tu, kan kira aib tu. ada mayat yang agak terbuka pakaiannya. itupun nak tunjuk dalam fb. takde sensitiviti. :(

Liz Rohaizat said...

ica> yerp. ada mayat yg dah terbuka, nampak seluar dalam. ada yg kulit muka terpisah dari tengkorak. ngeri sgt. sepatutnya, gambar2 ni tak dikongsi. terlalu mengaibkan.

maisy said...

kdg2 org wrong use like tuh..mungkin diorg tak bermkasud..diorg interested with pic tuh..like mcm bg feedback to the pic..mungkin FB kene change like tu jadi button we care ke..or tmbah button care ke beside like tuh...

Liz Rohaizat said...

maisya> yerp, they still can 'unlike' back.

WanYgBest said...

aku lebih mual ngn org yg upload dr mual tgk gmba mayat & darah yg betaburan...tayang gambar2 mcm tuh, mengaibkan jer...cukupla share link news sbg pengajaran, x perlu tambah dgn gmbar2 mcm tuh

Liz Rohaizat said...

wan> entah la.maybe dia cuba nak ckp yg dia antara org yg terawal berada di tempat kejadian. niat masing-masing. cuma harapnya dia keluarkan balik gambar2 tu dari FB.

aku rasa, kalau kat tempat lain, mau kena saman malu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.