Wednesday, September 29, 2010

Saya suka Melaka dan akan ingat kenangan di MMU

Sudah ditakdirkan aku tak pernah jauh dari rumah. Masuk sekolah berasrama pun, masih di dalam negeri. Boleh balik rumah setiap kali sampai minggu outing. Bila masuk universiti, merasa la ke luar negeri tp Melaka! Isk.. dekat sgt la kan? Setakat naik bas Transnasional tu, mmg tak mencabar langsung.

Kenangan belajar kat MMU mmg tak dpt dilupakan. Even perkara yg berlaku 10 thn lps pun, kami masih ingat. Aih, tiba-tiba nak bercerita pulak kat FB.. yg ingat, ingat la. Yang ‘hilang ingatan’, terpinga-pinga.

Tapi kan.. nak bgtau la. I love Malacca!!! Seriously… tak tipu punya nie. Sgt seronok tinggal selama 4 tahun kat sana. Melaka dah jadi mcm negeri kedua selepas NS sampai dah hafal jalan (kecuali Jasin area sbb jarang ke sana tp kalau setakat sampai Umbai tu.. sgt lah reti).

Kenapa I suka Melaka?

Benda pertama yg mmg sgt best ialah makanannya. Betul nie, senang sgt cari restoran yg menawarkan lauk pauk yg sedap. Ok, ni based on cerita sepanjang 4 thn tu la. Skrg ni tak tau la kedai-kedai yg aku selalu jengah tu masih wujud ke tak. Mcm-mcm jenis makanan boleh jumpa. Paling syok, asam pedas kat Laksamana. Perghh, terbaik wa cakap lu! Makan pulak dengan lauk kobis goreng, telur masin dan otak-otak. Serious sedap! Lagi satu asam pedas yg sedap ialah kedai yg dekat Pasar Borong dan ada satu kedai tepi jalan berdekatan degan jirat cina (yg dekat dengan Mahkota Parade) tu. Tapi asam pedas dia lain sikit sbb ada letak black pepper. Mmg pedas nyam nyam. Lagi satu, asam pedas daging. Ada satu kedai sedap berdekatan MMU tapi tak reti nak guide korang.

Makanan lain yg mmg tak dpt dilupakan ialah ikan bakar di Umbai. Ni boleh dikatakan tempat MMU student melepak selepas habis final exam. Ala-ala nak hilangkan stress so marilah pergi mkn ikan bakar secara berjemaah di sana. Setakat ni, mmg ikan bakar kat Umbai la yg paling sedap. Makan dengan nasi lemak. Owh.. sedap.

Lagi makanan ialah Cucur Udang Alor Gajah. Cucur udang paling best di Malaysia. Haa, amek ko! Jgn nak argue dgn aku ckp korang masak cucur udang lg sedap. Hehehe..

Chicken chop dan steak pulak ada satu kedai kat area hospital swasta tu. Is it Southern Hospital? Lupa laks nama dia. Ala, ni kedai bajet utk students. So tak la high-end steak sgt tp sedap la jugak. Bebudak MMU mesti tau kedai nie.

Ok, cukup pasal makanan. Now, next. What else?

Ok, ni dah rasa patut tukar tajuk kepada “Kenapa I suka belajar di MMU?”. Hehe..

Agenda berjalan ramai-ramai dari rumah ke lecture hall. Bila sampai ptg, ramai-ramai ke RSI utk mkn goreng pisang sambil cuci mata yg dah letih mengadap muka lecture. Hehe… Beramai-ramai juga ke Lab utk cari bahan (ke chat?). Giler ah, boleh pulak dtg semata-mata nak chat. Yer la, dah masing-masing boyfriend jauh di mata. Ahaks. Jahat betul ah sbb salah gunakan kemudahan. Remember Mr. Taariq? Yang selalu geleng kepala dan ckp internet kat MMU ni slow sbb students guna utk chat dan download movie. Hehehe… ampun Mr. Taariq. I mampu chat je. Kalau selalu call, kopak la! RM50 Digi Chatz card tu hanya boleh call org selama setengah jam je tau.

Ape lagi yg takleh lupa. Ok, one thing. Panjat bukit. Bukit mana? Rasanya ada satu bukit je yg org selalu panjat kat sana. Sudah lupa apa nama dia tp yg ada tulisan terpacak kat atas bukit tu. Really miss that moment. Panjat ramai-ramai dan melepak kat atas tu sampai pukul 7 malam. Terasa kepam bila dah sampai rumah!

Tapi yg paling tak dpt dilupakan di MMU ialah.... urm, takyah la cerita. Hikhik :p

Nota: Sapa yg pernah duduk Melaka atau belajar di MMU boleh tokok tambah apa yg best kat sana.

13 scribble(s):

azurerin said...

jumpa my other half kat sana?
hahaha..

oh..satu lagi..tgk citer hantu secara berjemaah..pastu berebut tmpt tdo dpn tv..end up..balik2..port aku jugak yg kena tolak dkt sliding door tu..

ada satu lagi tmpt ikan bakar yang sedap..dkt Muara Sg Duyung..(tau lepas kawin..tapi mmg terbaik laa kat situ!!)

Liz Rohaizat said...

ezu> ni lah dia budak yg dah lama giler tak update blog. oit, ko menghilang ke mana? ahaks... yes, tgk cerita hantu secara berjemaah.. di malam jumaat sahaja pulak tu. tgk sambil tutup muka dgn bantal. pastu semua bajet takut nak tidur dlm bilik. ended up semua tido depan tv! aa.. lama giler tak buat tu.

Drama Mama said...

apa yang paling best kat MMU? CINTA HATI lah tu kan. hahahaha...eh i suka gak melaka walaupun rasanya pernah gi skali or dua ja. i love the city! so peaceful and historical!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Liz Rohaizat said...

drama mama> cinta hati? cinta hati siapa? hehehe. melaka bandaraya bersejarah. pernah buat keje jadi mcm tourist, ramai2 melawat a famosa, muzium dan bangunan merah.

♥ sha ♥ said...

bkt tu nama dia bkt beruang la liz. aku pun slalu gi sana dulu. sgt best! and asam pedas yg ko ckp tu sume tmpt lepak aku dulu. haha. oh my, sgt rindu ngan mlk... the best place ever! cam x terasa dah lama gak kite tinggalkan mmu tu kan

weed said...

kuey teow kerang mak usu beb! terbaekkk!! hahahahaha....

ala...tgk cter hantu jemaah konon....memule mmg jemaah....pastu aku la org 1st masuk bilik..tdo! hahaha..tak penah la nak abes layan vcd...

pengalaman berjumpe face to face ngn pencilok spender...hoho...!

ala byk sgt la wehhhh....tak terkire...

Liz Rohaizat said...

sha> tu pun bukit beruang juga ke? sbb confuse dgn tmn bukit beruang. so i thought bukitnya di belah taman sana. hehe.. pk2 blk, ye la kot tu nama dia sbb bila nak panjat, mesti org ajak panjat bukit beruang.

asam pedas melaka mmg best kan? xleh challenge asam pedas tempat lain. aku rasa laksamana tu mmg tempat pilihan budak MMU.

weed> aah! kuey teow kerang mak usu! dan juga nasi lemak kukus kat tepi jalan tu. rasanya nasi lemak kukus tu pun ramai yg tau sbb cepat abes.

eh, ko x tgk cite sampai abes ke? aku rasa, x pernah pulak ada org tidur dlm bilik lps tu. rasanya ko tidur kat luar dgn kitorang la. mana la x tidur kan? dah waktu tayangan tepat pukul 12 tgh mlm. mmg ngantuk la. ditambah pulak dengan tutup semua lampu rumah. apsal la kita mmg xde keje sgt time tu sampai leh buat tayangan cerita hantu.

p!nkerton said...

mmg bestt! (for various reasonssss) hihi :D
wpon setahun je aku kat sana, tapi sebulan skali mesti turun sana sbb join outdoor trips kan. (=berjumpa cinta hati hikhik) & geng2 lain (selang sebuah rumah ko kot kat taman dahlia hehe.. kdg2 singgah jugak rumah ko kaco weed :D)
rsi, rsu, kah2, mmg tak dapat dipisahkan la dgn kehidupan hari2 hihi. pehtu naik teksi pi MP. ada sorang apek teksi tu, lantai dia alas suratkabar, pastu bawak slow gila, pastu asek hon org je (ko penah naik tak teksi ni?) aku penah kena 2 kali demm. lps2 tu kalo nampak dia, aku rela menyorok or buat2 tanak naik teksi, sampai teksi lain dtg ;p
& lagi satu, aku rindu gila kat hostel mmu. duduk pulak elok2 sebelah bilik teena, boleh? & sekangkang kera nak gi CLC :D pastu ada mesin basuh yg ada dryer. best2 :D
eh panjang pulak. byk lagi ni ;p
kesimpulannye mmg best aa, kdg2 kalo balik kg hubby kat melaka, mesti nak lalu kat mmu :D

Liz Rohaizat said...

fatih> haha, outdoor trips sgt la kan! hehehe.. geng2 lain tu selang sebuah rumah ke 2 buah rumah? yg rumah min tu kan? aku ada ingat ko dtg masa alpha. dan masa tu borak psl koleq-bf (so typical). hehe..

yerp, kah2 mmg la x dpt dipisahkan. dah jadi kedai runcit utama dah! aku x ingat la psl apek teksi tu. tp mmg byk teksi slow la.

mmg bila lalu MMU skrg ni, rasa lain kan? rasa mcm.. "ish, bestnya dulu study kat sini". padahal mas study kat sana, x rasa ape pun.

Encik Z said...

dulu2 harga ikan bakar di umbai, serkam, pernu memang murah tapi sejak orang singapore pun dah tau lubuk ikan bakar yang sedap..so harga ikan bakar naik.

Yang best pasal ikan bakar melaka ialah ikannya fresh dan tidak dibakar dengan sambal seperti sesetengah ikan bakar negeri-negeri lain. So kesegaran ikan bakar memang terasa. Ditambah pula dengan cecah kicap + cili api..pergh! memang berpeluh.

Saya pernah duduk negeri Kedah dimana ikan bakar dicecah dengan air asam. Saya kurang gemar bak kata pepatah, bagai langit dengan bumi dibanding dengan ikan bakar Melaka. Mungkin sebab orang Melaka suka pedas.

Saya juga pernah bercuti di Kelantan dan Terengganu dimana ikan bakar digaul dan disumbatkan dengan sambal. Pada pendapat saya, rasa kesegaran ikan tu dah tiada. So, peniaga boleh menipu kalo dia mahu.

Di Sabah pula, saya pernah makan ikan bakar di pasar Filipina, paling tak sedap sebab ikan bakar dibakar hingga kering. So saya rasa macam makan arang..huhu..tapi harga mahal nauzubillah cekik darah!

Liz Rohaizat said...

encik Z> wah, nak lawan komen saya yg panjang berjela ke? hehe..

sy dah lama x mkn kat umbai so mmg xtau dia dah mahal skrg nie. yerp, mmg ikan dibakar begitu sahaja. saya rasa, sbb tu la saya paling suka ikan bakar kat umbai. kalau kat tempat lain, mmg ada yg digaul dengan sambal dan sebagainya. ok jugak yg mcm tu tp mmg tak boleh challenge kat umbai. sotong goreng tepung pun sedap. kerang bakar pun mengancam.

CHeeSYaNa said...

Liz, aku jumpe/ kenal hubby aku kat MMU Melaka gaks.. Sama2 study kat cafe kat main hall yg dulu tu.. depan blok A.. Skrg main hall dah besar kan..Goreng pisang RSU mmg terbaek!

Liz Rohaizat said...

yana> amboi! ramai jugak jumpa cinta hati masa study kat sana. korang nie mmg tau. hehe.. aku hanya 'jumpa' ex sahaja di situ. oh, cafe tu.. tau la. tp sekejap je. rasanya by the time ada food court kat bangunan baru, cafe pun yilek. hubby budak MMU gak ke? tp muka mcm x kenal.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.