Wednesday, September 15, 2010

Saya dah cuba Hada Labo

Bekerja di tempat yg berhawa dingin boleh menyumbang kepada kekeringan kulit. Lebih-lebih lagi kalau kulit muka kita bukan jenis kulit berminyak. Lagi terasa kering dan kesat.

Thankfully, I have an oily face. Bukan oily sampai nak kena pakai kertas kedap minyak tau. Juga bukan oily yg sampai naik jerawat. Ni oily biasa yg boleh membuatkan kulit lambat mengalami penuaan.

But bila lama-lama dalam bilik yg berhawa dingin, kulit tetap akan terasa kering.

I don’t like it at all.

Setelah melihat iklan dan membaca review orang lain, terasa nak cuba satu produk nie.

HADA LABO.

Sedikit info tentang Hada Labo.

Hada Labo ni produk dari Jepun. Hada Labo Moisturizer Lotion merupakan their best-seller. Katanya, satu botol terjual setiap 4 saat!

Hada Labo bermaksud "Skin Lab". Produk ni tidak mengandungi sebarang warna, alkohol, pewangi, mineral oil dan segala bahan-bahan yg tidak sesuai dengan kulit. Dengan bahan-bahan semulajadi, insya Allah kulit tidak mengalami alahan terhadap produk.

Setiap produknya mengandungi Super Hyaluronic Acid (SHA). Utk pengetahuan, 1 gram Hyaluronic Acid bersamaan dengan 6 liter air. Jadi ia berupaya utk melembapkan kulit muka.

Takde la terperdaya sgt. Tapi everytime lalu Guardian, mesti masuk dan gunakan tester. Hehehe…

Lama-lama, ku beli juga!

Aku hanya beli Moisturizer Lotion. Mcm cleanser, tak terasa nak tukar sebab dah serasi dengan Nivea sejak 10 tahun lps. Essence mcm tak perlu. Moisturizer Milk tak terasa nak beli sbb ada yg kata, ia agak rich dan kurang sesuai kalau nak pakai dlm cuaca panas. Nanti ‘cair’ kat muka.

So, I bought Moisturizer Lotion with Arbutin. Kalau jenis biasa, botol warna putih. Kalau yg ada arbutin (ekstrak dari berry), botol berwarna biru gelap.

Haruslah pilih yg ada arbutin sebab nak sekatakan warna kulit =)

Hari pertama penggunaan, rasa mcm biasa je. Mcm takde efek je.

Hari kedua penggunaan, still rasa mcm biasa. Maybe sbb busy kemas rumah so tak rasa apa-apa.

Hari ketiga, kembali bekerja. Masa ni la baru rasa kulit lembut sgt. Tak kering.

Walaupun ia lotion, ia sebenarnya toner. Bagi orang Jepun, toner dipanggil lotion. Jadi, teksturnya cair mcm toner bkn pekat mcm lotion. Tapi cara penggunaan tak sama mcm toner. Jgn pulak korang basahkan kapas muka dengan lotion nie. Cara nak pakai dia senang je. Tuang dlm 3-4 titik ke telapak tangan. Then dab.. dab.. dab telapak tangan anda ke muka. Ahaks, sila tgk video di bawah. Ada ditunjukkan mcm mana nak guna. Agak melekit sebab lotion ni tiada alkohol. Tp sekejap je. Cepat je absorb. Don’t worry.

Harga dia bawah RM50 je. Kalau nak jimat, tunggu la ada diskaun kat Guardian, then baru beli. Produk nie ada kat Guardian je tau. Kalau pergi Watson, ada satu produk yg seakan-akan serupa. Jgn tersilap pulak.

Hada Labo ni mmg best la. Sikit-sikit terasa nak picit pipi sebab lembut sgt berbanding dulu. Keje kat tempat berhawa dingin, muka boleh jadi cepat kering. Tapi setelah mencuba Hada Labo, muka sentiasa rasa lembap sampai ke masa cuci muka di waktu malam. Mmg sgt disyorkan!

Utk efek arbutin pulak, rasanya mmg ia sekatakan warna kulit. Dark spot pun semakin pudar.

Hada Labo ada 3 rangkaian produk. Utk mengetahui yg mana satu paling sesuai dengan korang, boleh ke http://www.hadalabo.com.my

Recommended!



Siapa lagi yg dah guna?

3 scribble(s):

~ As ~ said...

thanks 4 sharing....msti cuba ni..

Liz Rohaizat said...

as> ye, sila cuba. lps tu bgtau aku apa kesannya. ehehe.. aku suka produk nie. mahal tp x perlu pakai byk pun. sekali pakai, hanya perlu 2-3 titik. maknanya sehari hanya akan pakai 4-6 titik je

Anonymous said...

Sy pun baru pakai... Tp share dgn En. Hasben... Kulit muka die ade jenis yg liang porinya besar... Tp mkin kecik... N yg best nampak lembap je kulitnye... N saye pun same... Dah mcm pakai bb cream...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.