Monday, September 20, 2010

Korang guna tak duit raya anak?

Ni cerita 3 hari sebelum raya kalau tak silap.

Hubby dpt kad raya. Dia buka sampul dan keluarkan kad tu. Dia buka kad, dan...

"Wah, dpt duit raya!" katanya separuh menjerit sambil lambai-lambai not kepada aku. Sehari sebelum tu pun dia dpt duit raya jumlah yg sama.

But this time, pengirim menulis satu nota:


Hahaha, terus tergelak dan ingatkan hubby utk masukkan duit tu ke dalam tabung anak. Selamat!!

Korang guna tak duit raya anak? Atau mmg simpan kat dalam bank? For me, duit raya anak tu adalah hak anak sebab orang bagi kat dia. Jadi, mmg kami tak usik dan terus simpan ke dalam bank. Punya la risau takut ter guna. Dah rasa mcm pecah amanah pulak (Ni hanya pendapat aku. Kalau korang rasa ok je guna duit raya anak, takpe la. Bukan korang guna utk berjoli pun kan?). Raya keempat kot, terus suruh hubby masukkan ke dalam akaun bank Batrisyia.

Umur baru 2 tahun, baru 2 kali raya, dah ada duit banyak mcm tu kat dlm bank. Tu yg hubby ckp.

Ahaks, psl tu la abi dan umi dia kena rajin pergi berjalan raya. Batrisyia masih ada sekurang-kurangnya 16 tahun lagi utk collect duit raya. Hikhik.

14 scribble(s):

~ As ~ said...

semua masuk dalam sspn.

p!nkerton said...

wahh banyaknya duit raya batrisyia! diplomat2 bagi ke? masyukkk ;)
aku pon mmg tak guna duit raya anak. even duit dapat masa bersalinkan athirah dulu pon dah selamat simpan dlm bank, bukak akaun ASD & SSPN :)
(semoga besar nnt dia tak perlu pinjam PTPTN spt aku dulu huwaaaa) ;p

AdD said...

Selamat HAri Raya...

Seelok eloknya jgn lah guna... tp kalau guna utk beli susu, ke pampers ker, keperluan diaorang... ok kot... yelah... time raya kan dah kering... sok sok gaji bayar le balik... tp jgn buat2 lupa dah lah...

but for me... i xguna langsung... terus masuk ASB at the end of raya... nnt dah besar xyah pinjam ptptn kalau nak belajar...

Fid said...

duit anak ..adalah duit anak
kalau dia nak beli barang suka hati dia tapi dah beli kami ganti balik kalau terguna kami bayar balik

MarDiah said...

Aku kira, noted dan guna untuk kasi duit raya kat bebudak.. sebab tadak duit kecik. lepas tu bayar balik bila gaji sbb terus bank inlum sum ke akaun anak aku. Gaji laki aku pun aku buat camtu gak.. sebab aku pegang semua duit gaji dia.

maisy said...

aku??bukan niat nak pakai..tp sebab duk dlm handbag,makanya mmg selalu sgt terpakai..pastu rase bersalah la...tp ckit je rase..ha ha ha...bila berslh,mulelah pk yg aku dh masukkan duit monthly dlm insurans pelajaran anak...nak buat camne,mak paknye bz nak gi masukkan duit dlm bank......

Rasanya dh byk gile terpakai..pastu mesti ckp..kene ganti ni..dan sampai hari ni tk ganti2...kalola bank seblah aku ni..baru la berdisiplin ckit

*∽ IZAN ∽* said...

Salam Raya Lizz..!!
WOww.. banyak betul duit raya sekali dapatt..!
Kitaorang pun normally duit raya anak terus simpan dalam bank - Tabung Haji. Senang masuk (online bank in) susah keluar (takde ATM) he he.

Memang duit simpanan diorang tu mostly dari duit raya jeee.. hu hu

Liz Rohaizat said...

as> good!

fatih> ahaks, untung Batrisyia ada abi yg keje kat situ. tp duit raya yg sblm tu kira abi dia untung la sbb org tu tak tinggalkan note mcm yg kad no 2 tu.

adD> selamat hari raya! yerp, kalau beli keperluan anak, rasanya mmg x salah. guna dulu tp kena ingat utk bayar balik la kan? sebab sepatutnya kita yg sediakan keperluan anak tu. haha, ramainya berharap agar anak x pinjam kat PTPTN. hehehe..

kak fid> yerp, kalau dah terguna.. elok la ganti blk.

nadia> wah, pegang duit gaji laki ko? hebat. hehe.. aku x pegang tp aku selalu check apa yg dia buat dengan duit dia.

maisya> hehe, apa kata ko guna online banking? senang je nak bank in ke acc anak.

kak izan> selamat hari raya kak izan! banyak tu tidak la kak. rezeki dia nak dpt. ye la, bila fikir-fikir balik, time raya la kita nak tolong anak kumpulkan duit kan? walaupun kita ada menabung utk anak melalui insurance atau apa2 jenis perbankan tiap2 bln, raya tetap wajib collect duit raya.

maisy said...

Anak aku tkde acc pon..juz account insurans etika maybank.sebab monthly dah potong,mls aku nak masuk kat situ lg...

SSPN pon leh online kan??aku ni kene cuti 3 ari kot,analyse balik ape yg dah aku teringgal kapal...buat road map balik utk future anak-anak..hishhh..bile nak start nih?

semut-terbersin said...

huu tak pernah terpk nak guna duit yg anak dapat tak kire laa..duit masa lahir,bday,or raye tuk kegunaan sendri..simpan tuk dia lagik bagus..senang masa depan..mana tau nanti bleh digunakan tuk bantu kita sket2 time dia nak masuk skolah/uni..
banyaknye duit raye batrisyia..

Liz Rohaizat said...

maisya> batrisyia ada acc insurance dengan prudential. ok jugak la sbb ada medical coverage.

ila> yerp, seeloknya simpan kan? boleh dia pakai di kemudian hari. kita pun xtau hidup berapa lama

Zai said...

jom la simpankan dalam unit trust ;). katalah nak simpan untuk dia masuk U, by the time tu nanti simpanan die dah berlipat x ganda. tak payah dah susah2 nak fikir cari extra income untuk support die belajar. lagipon kalau simpan dalam bank dividen around 3% je. tolak inflasi lagi ;). Selected unit trust fund, ada takaful coverage lagi... kalau minat inform org eh :P

Liz Rohaizat said...

zai> haaa, sape yg terbaca ni dah berminat.. sila contact zai yer! zai, kami dah join prudential utk batrisyia. tgk aa kalau dia ada adik nanti. hehehe

Zai said...

hehe.. kalau anaknya dah ada, untuk mamanya tanak ke? savings for retirement planning... kalau tanak cash, thru epf pon bole ;)

maisya> nak org dtg crite2 pasal savings for child education x? ;)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.