Saturday, September 04, 2010

Kalau tak sempat order tahun nie, tahun depan jgn lupa

Masa nak order online kuih raya, minta pendapat hubby. Yer la, sbb dia yg letakkan kuota berapa balang kuih raya nak beli. Sebab online, dia mcm ragu-ragu bila aku nak tempah. Tapi aku ckp, kuih raya ni gerenti sedap sebab orang lain ckp sedap. Hehe..

Aku hanya pilih berdasarkan gambar-gambar yg diberi. Ada la beli 5 balang. Kemudian kawan minta tambah lagi 7 balang utk rumah dia.

2 hari lepas, di waktu malam.. tgh syok-syok pejam mata, headphone kat telinga sambil dengar "I Got You", ada org cuit. Aku buka mata. Nak tau apa aku nampak? Depan mata aku ada plastik besar berisi balang kuih raya.

Hubby aku nak rasa kuih raya akak tu sebab kwn dia ckp kuih raya yg dia tempah tu sedap sangat sampaikan husband dia tak jadi nak buat jamu org time raya.

Nama pun kuih raya tp apehal nak mkn time puasa? Isk...

Tapi buka juga la. Kuih pertama yg aku rasa ialah Chocolate Crumpy sebab mengidam sejak 2 tahun lepas! Sedap.. yum yum..

Reaksi hubby? Kalau aku tak tegah, mlm tu jugak dia akan habiskan sebalang Snow Drop!

Nyesal ke tak order lebih? Tu la, dah ckp dah kuih raya akak tu sedap.

Even kawan aku ni pun dah bantai mkn kuih raya dari akak tu.

Girls, ni la kak Nani.. mak Hanis Zalikha.


Minggu lepas tak sempat nak bergambar dengan dia sbb dia nampak mcm busy je. Tgh bakar kuih lagi. Dengan pakai apron, rasa mcm tak sesuai nak kacau dia. Ceh, padahal kalau boleh mmg nak bergambar dgn dia pun. Takpe, akan ku order Chocolate Moist Cake dengan dia utk besday Batrisyia nanti.

Yang bangganya, kak Nani keluar Berita Harian haritu. Untung RM20,000 hanya dari penjualan kuih raya. Isk, patut la kak Nani tak jemu-jemu menjual tiap-tiap tahun. RM20,000 tau. Banyak tu.

Utk tahun-tahun akan datang, mmg nak order dari dia saja la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.