Monday, September 06, 2010

Esok dan lusa, nak gantung sudip di dapur

Jalan lengang sebab cuti sekolah dah bermula.

Aku kerja sampai hari Rabu sebab cuti tak cukup. Isk... cuti banyak lagi tp nak kena standby utk raya haji pulak. Takpe, bg la chance cikgu-cikgu Batrisyia nak bercuti.

Mood raya dah datangkah? Ahaks, mood malas nak kerja tu yg dah datang. Utk raya pun, dah takde ape yg nak disiapkan. 90% dah siap. Tinggal nak gosok baju raya, kemas beg utk balik raya dan masukkan duit raya dlm sampul. Tahun ni ada rezeki lebih so harus la dikongsi.

Alamak, tudung utk raya tak cari lagi!

Rasanya esok dan lusa nak cuti memasak la. Seronok masak di bulan Ramadhan. Kalau dah hubby yg suruh masak, kena la masak. Tak kisah aje asalkan tlg jaga anak masa tgh sibuk kat dapur. Tiap-tiap hari ada masa satu jam je utk masak kat dapur sebelum azan Maghrib. Dah ala-ala training nak masuk Iron Chef pulak.

I'm gaining weight! Orang lain makin kurus di bulan puasa, aku makin gemuk. Isk... aaa, nak salahkan sape? Korang jgn nak tegur eh. Sensitif... ekekekke... nak ckp, ckp la "Oh, ko dah nampak mcm Khloe Kardashian dah". Ok... ok... I'm just kidding! Jgn la termuntah-muntah depan PC tu pulak. I miss Khloe. Lama dah tak layan dia.

Ok.. utk raya 2010..

Warna tema hari raya pertama: Orange
Warna tema hari raya kedua: Blue
Warna tema hari raya ketiga: Pink

Apa warna tema korang?


*Edited*
Permintaan utk menggantung sudip pada hari esok telah ditolak :p

8 scribble(s):

CikLilyPutih said...

tema raya : merah. sangat suker colour merah lah..

Liz Rohaizat said...

cik lily> saya pun suka merah. hehe.. tu warna tema utk rumah.

Faizah said...

aku takde tema. tp baju melayu amir sama kaler ngn aku. pepel. laki aku lak pakai baju melayu yang time kawin dulu hahahah.

aku pon malas nak masak. in fact, dah lama tak masak. last masak ari rabu last week!

Liz Rohaizat said...

faizah> kitorang, time raya je la nak nampak pakai baju warna sedondon. time lain, jarang sgt la.

fiza said...

Tema aku kali ni colorful, anak beranak baju kaler lain²...ahaks...Lebih buat preparation utk yg dlm perut nih ☺☺

Liz Rohaizat said...

fiza> xpe, yg dlm perut tu perlu lebih diutamakan!

p!nkerton said...

aku officially start smalam dah menggantung dah. hihihi tak larat, sbb banyak sgt benda nk dibuat & dikemas. huhu hopefully sempatlah settle semua2.

Liz Rohaizat said...

fatih> kitorang dah berhempas pulas dari minggu lps. so starting semalam, melepak aje. mmg ingat xnak masuk dapur dah. dah penat. tp tu la, ada org x bg gantung sampai la ptg nie.

nak kena cari alasan xnak masak ptg nie. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.