Tuesday, September 14, 2010

Edisi Raya dan mengapa memilih "Liz Rohaizat"?

Hari ni, kami kembali bekerja. Cukuplah raya 2 hari di KL dan 2 hari di Seremban. Nak cuti lama-lama pun, baki cuti tak mencukupi. Nasib baik kampung dekat :)

Sehari sebelum raya, kami tukar warna tema. Sepatutnya warna orange utk hari raya pertama. Tapi kena tukar ke hari raya kedua. So hari raya pertama kami pakai baju warna biru.

Batrisyia boleh nangis taknak bergambar pulak. Jadi gambar di pagi raya, muka dia muka nangis je. Gambar di atas adalah gambar terbaik dia. Hehehe.

Kami pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Makan sikit-sikit je tapi bila dah pergi banyak rumah, penuh juga la perut nie. Lebih-lebih lagi kat rumah terakhir, dijamu laksa pulak tu! Hoh, banyak aku mkn.

Petang tu, Duta datang ke rumah. Ni kali pertama aku jumpa mereka. Malaysia is his first assignment. Berselera diorg mencuba lauk pauk raya.

Rasanya orang sana mmg suka masakan Rendang la. Setakat beberapa org yg kami jemput sejak 3 tahun lepas, mmg diorg suka mkn rendang dan lemang.

Uhuks, malu-malu bagi resipi sambal ikan bilis kat isteri Duta sebab dia nak cuba. Bertambah-tambah dia mkn rendang dan sambal ikan bilis. Tahan pedas kot.

Selang sejam lepas tu rasanya, Sylvia dan Maria datang. Mmg ada jemput tapi mereka tidak ckp nak dtg. Jadi bila tiba-tiba terpacul di depan pintu pagar, terkejut juga. Tapi rasanya mereka lagi terkejut sebab tiba-tiba terjumpa big boss kat rumah tu. Muka cuak je. Hehe


Hari raya kedua, kami ke Klang. Rumah Pak Ngah telah dicat warna putih. Kira bahagian depan mmg putih lah! Sampai-sampai je, mmg dah nampak akan kecantikannya. Terus ckp kat hubby yg aku nak ambil gambar kat tangga tu.

Batrisyia asyik menjenguk ke luar jendela. Terasa nak ambil gambar dia. Maka terhasillah gambar di atas. Gambar tidak di edit melainkan diletak watermark.

Simple but I like this photo!

Inilah gambar hadapan rumah Pak Ngah.


Warna putih di belakang mmg sesuai dijadikan tempat utk bergambar kan?

Mungkin ada yg beranggapan mcm-mcm bila aku gunakan nama "Liz Rohaizat". Mungkin ada yg rasa aku dah ketepikan nama papa. Jangan salah sangka. Aku hanya gunakan "Liz Rohaizat" di blog dan FB. Kenapa?

"Liz Rohaizat" bukan merujuk kepada diri aku seorang. "Liz Rohaizat" sebenarnya bermaksud "Liz & Rohaizat". Tapi aku pendekkan saja menjadi "Liz Rohaizat".

"Liz Rohaizat" digunakan di blog dan FB kerana segala idea, cerita dan kerja tangan melibatkan Liz & Rohaizat. Bukan aku seorang tetapi hubby pun memainkan peranan. Kdg-kdg, hubby yg beri idea utk update blog. Kdg-kdg, hubby yg tolong ambilkan gambar. Jadi, aku gunakan "Liz Rohaizat" sebagai tanda bahawa itu adalah hasil cetusan idea Liz & Rohaizat.

Hanya di blog dan FB. Sesapa yg ada access to my Twitter akan sedar yg aku tak gunakan "Liz Rohaizat" di sana sebab hubby pun takde access to my Twitter. Hehehe...

Contoh terbaik ialah gambar-gambar di bawah. Idea datang dari "Liz" dan "Rohaizat" bertindak utk merealisasikannya.

Batrisyia masih tidak memberikan kerjasama.
Sudahnya, Umi dia pandang kamera sorang-sorang.

We kept on asking her to look at the camera but she refused.
Hubby pulak ambil je banyak-banyak gambar dengan harapan ada yg dia pandang.

Batrisyia pandang kamera tapi cara duduk kurang sopan pulak :p
Umi nye masih bermuka teruja sorang-sorang. Isk..


By this time, hubby dok sibuk mengendap dari tepi pokok bunga kertas.
Ingatkan nak buat ape la so kami bolayan dia.

Rupanya nak asah bakat mengambil gambar sebegini menggunakan compact camera.

11 scribble(s):

Fid said...

Liz Rohaizat pun ada orang pertikai ke?
bg i untuk menggunakan nama samaran tak kisah nak ada nama apa pun asalkan idak yg buruk2....

Liz Rohaizat said...

kak fid> ada. si anon yg anta komen tp sy x publish. sy tunggu masa nak jawab je. dia kata, saya x appreciate my parent. seolah-olah buang nama bapa.

saya x ambil kisah dan tetap gunakan nama tu sbb ia cuma nama kat blog.

selamat hari raya kak!

Fid said...

kenapa erk benda gitu pun nak pertikai
akak guna nama email akak nama akak dan hubby

bukannya nak lupakan mak bapa tapi tak salahkan nama samaran saja maaaaaaa
takkan smeua nak buh nama betul mendedahkan diri kepada jenayah

Liz Rohaizat said...

kak fid> hehe.. layannn...

WanYgBest said...

aku baru nak komen mcm kak fid komen...aku rasa, ramai je yg guna nama gabungan suami isteri, even dlm blog list aku ada spsg lagi...habis, aku yg guna nama aku jer nih and org yg guna nama samaran, maknanya lupakan ayah mak abg adik datuk nenek pakcik makcik segala la???

sempit betul pemikiran anon tuh...btw, napa dia guna anon? napa x sign in ngan nama sendiri, or x appreciate nama yg ayah/mak dia bg ker??

Liz Rohaizat said...

wan> haha, bagus betul ayat ko. betul gak, kalau dia sayangkan nama parent dia, kenapa dia guna 'anon' kan? ke mmg dia tidak bernama. ala, aku x kesah la. small matter je.

Fid said...

hahahha
kan dah kena sebiji
tu la manusia nak cari salah org je reti lain2 tak reti
guna anon then komplen orang
tak de pride sungguh

IHSAN KHAIRIR said...

tak suka orang yg komen guna anonymous ni. kalau yg dok pi komen bakar2 pakai anon ni boleh kira penakot lah.

btw amik gambar budak mmg susah... kalau jenis yg dah biasa diambil gambar tu senang sikit... acu kamera je dia senyum... :)

Liz Rohaizat said...

kak fid> psl tu sy mmg x publish komen dari anon. kalau berani, log in. kalau xde acc, letak nama.

ihsan> raya ni mmg anak aku boikot taknak ambil gambar. sob..sob

WanYgBest said...

btw, org mcm big boss tu mmg kuat makan pedas rasanya, ada lada diorg yg pedas tuh, jalapeno pepper rasanya...diorg mmg slalu letak tuh dlm mskn..

Liz Rohaizat said...

jalapeno pepper mmg pedas. rasa dia semcm la. aku xleh telan. hehe.. diorg mmg ada yg jenis mkn pedas kot. tp diorg lg suka masakan yg guna rempah.

beriyani mmg fave diorg. ada sorang lg tu, tiap2 minggu mesti nak pekena beriyani gham kat kg. baru.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.