Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain dibunuh, dibakar dan mayat dibuang ke Pantai Morib.. astargfirullah

Innalillah.

Itu saja yg mampu aku ucapkan tatkala mendengar berita awal pagi nie. Semalam, kita dikejutkan dengan penemuan 4 mayat yang rentung di pantai Morib. Ramai yg membuat spekulasi bahawa 4 mayat yg dijumpai itu adalah mayat Datuk Sosilawati dan 3 orang lain yg hilang bersama-samanya.

Pagi ini, telah disahkah bahawa 4 mayat rentung itu ialah mayat Datuk Solilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin (pemandu), Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB) dan Ahmad Kamil Abdul Karim(peguam peribadi).

Aku hanya mampu terdiam.

Setakat ni polis telah menangkap 7 suspek termasuk seorang Datuk berumur sekitar 40-an.

Masya Allah.

Keempat-empat mangsa telah dibunuh sebelum dibakar dan mayat mereka dibuang ke Pantai Morib.

Kenapa mereka dibunuh dengan kejam? Dah la bulan Ramadhan.. bulan Syawal. Tergamak mereka membunuh di bulan mulia.

Kepada pihak polis, cepat-cepatlah selesaikan kes ni dan hukum mereka yg terlibat.

Mereka wajar diheret ke tali gantung sahaja kerana begitu kejam!

Al-Fatihah utk mangsa yang terlibat. Semoga keluarga-keluarga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini.

1 scribble(s):

big said...

Zalim sungguh mereka yang membuat kerja2 terkutuk ini.. pihak berkuasa wajib bertindak sewajarnya membendung kezaliman seperti ini dari terus berleluasa.. rakyat yang mengenali mangsa2 pasti tidak dapat bersabar lagi dan amat marah dengan tragedi ini khasnya warga Batu Pahat iaitu kampung kelahiran Allahyarham Datuk Sosilawati.. Mana buktinya Rakyat Didahulukan??

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.