Wednesday, September 15, 2010

Datuk Sosilawati : Detik sebelum dibunuh

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.

-Sumber dari sini

Sedihnya baca berita nie. Terbayang arwah Noorhisyam. Walaupun tak mengenali arwah, mcm mana la arwah masa tu. Mungkin dia sedar yg mereka akan dibunuh pada malam tu. Sempat minta maaf pada isteri.

Makin banyak berita tentang kes ni yg aku baca, makin aku terasa suspek-suspek yg terlibat sangat kejam! Tak berhati perut! Elok je kalau dihukum gantung sampai mati. Kalau la ada hukuman yg boleh menyebabkan mereka mati secara perlahan-lahan dan dlm keadaan kesakitan, lebih elok dijatuhkan hukuman sebegitu kepada mereka.

Aku hanya marah mereka yg terlibat. Kepada orang lain, jgn jadikan kes ni sebagai satu isu perkauman. Status kaum tidak mencorakkan siapa diri anda. Jgn sebab suspek dari kaum India terlibat, korang nak marah kat semua org India. Tak elok begitu kan? Kita mesti berfikiran waras.

Sedikit kronologi tentang kes nie.

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

4 scribble(s):

Liz Rohaizat said...

fatih> ok, aku x publish ur comment. aku tau psl apa yg ko ckp tu. kesian kan?

cupcakekasih said...

memang kejadian menimpa Sosilawati dan kawan2nya sangat menyayat hati...tak boleh dibayangkan trauma yg mereka hadapi sebelum menemui ajal. Apapun, alfatihah dan doa buat mereka di alam sana.

semut-terbersin said...

agak malang laa derang bunuh org terkenal..trus jadik issue hangat

Liz Rohaizat said...

cupcakekasih & ila> al-Fatihah utk mereka semua.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.