Friday, September 17, 2010

Beraya

Masa cuti semalam dihabiskan dengan pergi berjalan raya ni Nilai. Ala, dua rumah je. Tapi lama juga kat sana sbb hubby berjumpa kawan-kawan sekolah dia kat rumah kak Zilah di Nilai Impian. Isk, mmg IMPIAN sgt la sbb rumah besar-besar kat sana. Sime Darby punya. Cun seh! Kak Zilah kata, harga rumah 5,000 kaki persegi tu berharga hampir RM500,000. Kira ok la kalau nak dibandingkan keluasan rumah yg sama di KL ni tapi harga jauh lebih mahal. Takpe, kak Zilah mmg mampu nak beli sebab dia tukang jual hartanah orang. Hehehe... Cantik sungguh rumah dia.

2nd house ialah rumah kak Yusni. Dulu dia duduk kat Setiawangsa. Sekarang dah pindah ke Nilai. Semua anak dia anak lelaki. Masa Batrisyia umur 2 bln, kami bawa Batrisyia jumpa kak Yusni. Mmg dipegang anak aku sampai ke masa kami nak blk. Semalam, baru dpt tahu yg dia baru ambil seorang anak angkat perempuan. Tak tanya pula kenapa her biological mom taknak anak tu. Tapi menurut kak Yusni, dia jaga perempuan tu sejak dlm pregnant, dibawa ke rumah selama 2 minggu utk berpantang dan lps 2 minggu, perempuan tu keluar dari rumah dan lepaskan anak dia. Kak Yusni pula melalui proses relaktasi sebab dia nak susukan that baby agar tiada isu aurat dengan abang-abang dia kelak. Alhamdulillah, berkat kesabaran dia, susu keluar walaupun bkn dia yg bersalin. Semuanya bertitik tolak dari usaha dan kemahuan kan?

Lps beraya di Nilai, kami kembali ke rumah sebab my family nak dtg beraya. Pagi sebelum gerak ke Nilai tu, sempat la masak Daging Prun, Ayam Masak Merah dan Kobis Tumis Air. Masak lebih sebab malam tu nak jamu jiran pulak. Utk jiran, ada penambahan telur dadar sebab daging prun tinggal sikit. Alhamdulillah, semua pinggan licin! Rasanya resipi ayam masak merah yg aku dpt tu mmg sedap la. Lepas ni nak guna resipi yg mcm tu je la. Senang, ringkas dan sedap. Nanti aku share resipi dia ye.

Rumah kami tiada istilah open house. Jadi, sesapa yg ada kat Hulu Langat Batu 14 tu, singgah-singgah la ye. Tapi dgr cerita, geng anak tuan tanah nak buat majlis sambutan hari raya. Elok lak tu nak buat di minggu hari jadi Batrisyia dan Abang Nasir. So kalau jadi, korang boleh la datang di hari tersebut. Lagi meriah. I'll update later.

Hari ni kerja setengah hari je. Lepas tu nak zasss ke Times Square kejap utk cari novel. Ptg nie kami akan berangkat ke Perak. Esok ada kenduri kahwin di sana. Hari Ahad, kami akan mengikut rombongan bertandang ke Selangor.

Have a great weekend!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.