Thursday, August 05, 2010

To Dilla and Ammen, good luck and enjoy the meaning of PARENTHOOD

Kawan sekampung aku sedang menunggu masa utk lahirkan anak. Kawan sekampung.. atau mungkin aku boleh sebut "kawan setaman" sebab kami tinggal di kejiranan yg sana.

Kurang pasti bagaimana keadaan dia sekarang. Yang pasti, suami dia tak lena tidur malam tadi sebab berjaga-jaga takut tiba-tiba nak kena pergi hospital.

Mana aku tau. Suami dia beritahu di FB. Dan melihat komen kawan-kawan dia, aku tergelak. Mesti Ammen pening kepala baca komen dari semua orang.

Sorang suruh terus pergi hospital, sorang kata tunggu air ketuban pecah, sorang kata nampak bloody show je terus pegi hospital, sorang kata masuk je wad walaupun bukaan baru 1cm. Sorang kata, monitor je contraction kat rumah. Bila dah selang 5 minit tu, gerak la ke hospital. Ahaks, itu aku la.

Mereka.. kawanku.. yg baru nak menimang cahayamata yg pertama, mesti keliru dengan komen yg pelbagai dari kami yg dah ada pengalaman. Hehehe..

Takut pun ada kot sebab ada sorang kawan dia ckp, dia kena tunggu wife dia sakit bersalin selama 26 jam. Tersenyum aku baca.

Setiap pengalaman bersalin tu berlainan. Tak sama kan? Ada orang sakit berhari-hari, ada yg sakit beberapa jam, ada yg tak sakit langsung.. eh, ada ke? Takde kot. Contraction pun dah sakit kan? Lain la kalau ambil gas dan epidural.

Ada yg bersalin normal. Ada yg ended up di dewan bedah. Masing-masing punya pengalaman. Tindakan yg diambil bergantung pada input yg kita terima selama kita pregnant.

Disebabkan aku menerima input seperti:

1. Bloody show boleh berlaku seawal 72 jam dari masa bersalin

2. 1 jam bersamaan 1cm bukaan <-- walaupun tidak selalunya betul

3. Contraction selang 5 minit bermaksud anda dah boleh gerak ke hospital <-- walaupun tidak selalunya benar

4. Perasaan tenang dan tidak stress akan membuatkan proses bersalin kurang menyakitkan (Sila baca my opinion about HypnoBirthing) Maka, aku agak rileks juga la bila tau yg aku nak bersalin. Heheheh..

Jom tgk samada input yg aku terima tu betul atau tak dlm kes kelahiran Humaira Batrisyia.

1. Bloody show berlaku sekitar jam 10 pagi. Batrisyia lahir jam 9.11 malam. Tak sampai 24 jam pun.

2. 1 jam bersamaan 1cm bukaan? Jap aku kira. Aku start monitor contraction sejak jam 10 pagi tu. Contraction benar-benar terasa dlm tgh hari kot. Lahir pukul 9.11 malam. Yer la kot. Boleh diterima pakai input ni.

3. Contraction selang 5 minit bermaksud anda boleh gerak ke hospital. Haha... tidak boleh pakai dlm my case. Aku hanya merasa contraction selang setengah jam. Pastu air ketuban pecah. Dlm hujan lebat, kami ke hospital. Masuk bilik, dah 8cm. Terus doktor bukakan pakai tangan sampai 10cm. Cis! Harus diingat yg kalau air ketuban dah pecah atau darah byk keluar, kena terus pergi hospital.

4. HypnoBirthing sgt berkesan!!! Tu kata doktor la sebab bukaan dah 8cm tapi contraction baru selang 30 minit dan aku tak rasa sakit pun. Bila selang 5 minit tu, baru la rasa sakit.

Harus selalu ingat. Proses bersalin setiap anak tu tak sama yer. Anak pertama, mungkin tak sakit sgt. Anak kedua, sakit pulak. Tu ujian Allah. Jgn berlagak kalau tak sakit. Nanti Allah bagi sakit, baru nak insaf. Selalu berdoa agar proses bersalin tu dipermudah.

Bersama "kembar selang 26 tahun"

Now, aku mengiyakan je bila orang ckp Batrisyia ikut muka aku. Thanks girls!

5 scribble(s):

MarDiah said...

Aku start contraction lepas maghrib 25th, opening 10cm kul 4pg 26th.. tp mlm ku 11 dah 7cm.. maybe sbb hb drive laju giler masa dr sedili tu..

Papa said...

kau ye tak sempat2 nak keluar. Mama pergi hospital sebab nak pergi check je tibe2 doktor panggil papa kate kau dah nak keluar. Mama tak rase sakit pun. Jadi mama pun tak tahu macam mana rasa bersalin masa tu. Masa angah baru tahu macam mana sakitnya. Itu pun tak lama. Semua nak keluar cepat.

Liz Rohaizat said...

mardiah> oh, cepat jugak la eh? bagus!

papa> eh, bkn semua eh! gebang kan lewat keluar. dia suka duduk dlm tu. ala, kitorang ni baik2 belaka kot. tu yg mama x sakit je. hahaha

animkechik said...

disebabkan mama lahir sume sng, aku pun b'sln sng jgk.. danish x smp 5 minit dh kuar, darwisy pun btl2 skt dlm 5 minit jerr.. alhamdulillah..

Liz Rohaizat said...

bkn darwisy' 10 minit ke? tp still cepat gak la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.