Thursday, August 26, 2010

Syurgamu Ramadhan

Haaaaa... sape nangis tgk episod Syurgamu Ramadhan mlm tadi? Jgn tak ngaku ye (sambil angguk-angguk sebab mengaku diri sendiri sedih tgk episod mlm td).

Susah nak berair mata bila tgk cerita. Rasanya, aku hanya nangis beriye bila tgk God Give Me More Time dan movie Taegukgi. Cerita Melayu? Urm, x nangis la.

Episod kelmarin, masih mampu control taknak nangis walaupun sedih la jugak kan? Tapi malam tadi mmg sedih sgt la. Adegan Yassin peluk kubur kakak dia, lps tu Mira dtg dengan air mata berjurai-jurai, owh.. x tahan.

Masa first episode, rasa mcm cerita ni biasa-biasa je. Siap gelak-gelak dgn hubby masa adegan Marlia bercerita kat anak-anak dia psl nenek dia yg degil tu. Skrg mula ar sedih-sedih. Nak tgk apa kesudahan cerita nie.

Dialog Yassin pun byk yg selamba. Suka dialog yg tak formal sgt. Terasa dekat di hati.

"Tu ape mcm setan tu? Main bisik-bisik!"
"Kalau tu alamat Pak Mat tong gas, apsal you simpan kat tempat baju dalam. You ada skandal ke dengan Pak Mat?"

Sape yg tak berkesempatan nak tgk Syurgamu Ramadhan, boleh tgk kat TV3 Online yer. Dah ada sampai episod 8, episod mlm tadi la tu.

OST pun mantap!

AKAN KU JUMPA by Azfar

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

8 scribble(s):

zuera said...

cerita ni mmg best. tp rasenya hari selasa punya episode lg sedih. berjurai2 air mata.

Liz Rohaizat said...

selasa punya (episod 7) pun sedih kan? tp sy tgk sikit2 sbb xnak nangis depan hubby. nanti dia suka mengacau. semalam dia bwk anak pegi rumah jiran. tu yg boleh layan sampai nangis tu.

CIK NANA said...

saya nangis..
sedu2..
:(

Liz Rohaizat said...

na> mmg ramai yg nangis pun. welcome to the club ;)

WanYgBest said...

hehehe...liza, sblm2 ni kwn2 aku yg follow, aku x follow, tp smlm time diorg tgk epi 8 tuh, aku join sama, kitorg mmg tegelak tebahak2 dgn dialog2 yasin yg 'membedal' wife dia tuh...selamba & lazer habis...terus cam nak follow cite nih...

bg aku drama melayu ni kalau script dia best, mmg best nak tgk...tp kalau script hampeh, jln cerita best pun jd x best...mcm lagenda bdk setan...huhu

Ely Hasrul said...

alamak aku xtau pong cite nih.. nnti free aku nk tgk ah

Liz Rohaizat said...

wan> tu la. suka dialog yassin yg selamba. tp si zarina tu pun pandai berlakon gedik2 gitu.

Liz Rohaizat said...

ely> wah, xtau ke? slot samarinda. ko tgk la kat online dulu.mlm ni leh layan episod 9

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.