Wednesday, August 18, 2010

Superbug versus the most powerful antibiotic

"KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan mengenai penularan bakteria dengan ketahanan terhadap banyak jenis antibiotik atau superbug terutamanya jenis baru yang mengalami evolusi genetik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, gen baru dikenali sebagai New Delhi metallo-beta-lactamase (gen NDM-1) memberi lebih ketahanan kepada bakteria menentang antibiotik termasuk antibiotik kuat jenis carbapenem yang digunakan untuk membunuh superbug selama ini."

Untuk berita penuh, boleh baca di sini.

Bila baca tentang Superbug, agak risau juga sebab kalau tidak dibendung, banyak penyakit akan menjadi resistant terhadap ubat-ubatan.

Tahu tak kenapa selesema mengambil masa yg agak lama utk sembuh sepenuhnya? Kenapa selesema dah dianggap perkara biasa? Mengikut apa yg cikgu Sains aku ajar masa di tingkatan 5, virus selesema merupakan salah satu virus yg senang berubah. Kira virus yg pandai la nie. Dia nampak ko mkn ubat A, dia terus transform rupa dia agar resistant dengan ubat A. Ko mkn ubat B, dia transform lagi. Tu yg selesema nampak tak baik-baik. Secara semulajadi, virus selesema tu akan mati sendiri (melainkan selesema burung dan selesema tahap kronik). So memadai mkn satu jenis ubat, bykkan rehat, jauhkan makanan sejuk.. you should be fine in a week or two).

Jgn suka-suka mkn ubat banyak-banyak. Ia berupaya membuatkan sistem pertahanan badan korang semakin lemah kerana terlalu bergantung dengan kesan ubat. Mkn satu ubat, lps tu biar la baik sendiri. Lain la kalau penyakit kronik.

Superbug yg diperkatakan dlm berita tu ialah superbug yg berupaya menentang kesan antibiotik paling kuat! Kita mmg tak lut ar kalau mkn ubat.

Berapa ramai yg tahu ape kegunaan sebenar ANTIBIOTIK. Ok la, jom kita semak definisi antibiotik. Jgn tahu sebut dan minta kat doktor je tapi tak faham perkara sebenar. Kalau ikut Medical Dictionary:

"A drug used to treat infections caused by bacteria and other microorganisms. Originally, an antibiotic was a substance produced by one microorganism that selectively inhibits the growth of another."

Nampak perkataan yg di 'bold' kan itu tak? Itulah perkara penting tentang antibiotik yg seringkali kita terlupa or buat-buat lupa.

Dipendekkan, antibiotik hanya berkesan utk menghalang bakteria.. bukan virus! Jadi, hanya penyakit yang disebabkan bakteria sahaja dibolehkan utk ambil antibiotik (walaupun sebenarnya tidak perlu utk ambil antibiotik). Kalau dah penyakit tu berpunca dari virus, mkn la antibiotik apa pun, takkan berkesan.

Aku pernah bertanya pada seorang kawan. Ceritanya begini. Masa tu anak dia batuk dan selesema. Dia kata, dia nak pergi klinik dan dptkan antibiotik. Masa tu anak dia tak sampai setahun. Aku tanya kenapa nak antibiotik. Dia kata, antibiotik tu bagus. Budak cepat recover.

For me, antibiotik tu tak bagus. Lagi-lagi budak tu bawah setahun. Patutnya dijauhkan.

So aku ckp, antibiotik hanya berkesan kalau penyakit tu berpunca dari bakteria. Mati-mati dia tak caye ckp aku. Dia kata, doktor sebelum nie, ada je bg antibiotik. Takde masalah pun. Sihat anak dia. So aku biarkan aje. Yerla, aku kan bukan medical doctor. "Pandai-pandai" je aku ckp camtu.

Dia ke satu panel. Dan dia minta antibiotik. Doktor tak beri. Doktor beritahu fakta yg sama mcm yg aku ckp. Dia terus diam. Medical doctor ckp tu weih. Kena la dengar dan angguk-angguk aje. Hehehe..

Bukan nak kata aku pandai. Aku tau pun sebab aku membaca. So aku tak pandai mcm doktor pun. Bila kita ada ilmu, kita share. Kalau org tu nak dgr, dia ambil la ilmu tu. Kalau tak, kita pun tak rugi kan?

Dulu, senior aku ada tulis benda yg sama kat blog dia. Dia dpt dari satu sumber. Tapi aku tak save. Aku saved main points je. Haha.. sorry kak Izah. Saya share kat sini la yer.

The problem is that inappropriate use and overuse of antibiotics does do harm. There are many good reasons to not prescribe antibiotics unless they are clearly needed.

1. Most uncomplicated virus infections get better within a few days. By prescribing antibiotics for these infections doctors increase parental demands for antibiotics. When the child gets better parents assume he is better because of the antibiotic since they haven't had an opportunity to see that children recover from these infections without medication.

2. All medicines have side effects. When an antibiotic is used where it won't help, the patient risks experiencing these side effects without any potential benefit. Most of the side effects of antibiotics are just a nuisance, but some can be serious.

3. When antibiotics are used without establishing a diagnosis there is a possibility that a more serious infection will be masked rather than cured. This can make it harder to come to the correct diagnosis and treatment down the road.

4. Prescribing antibiotics at the first sign of illness before the diagnosis is established doesn't give children any opportunity to develop any immunity to infectious bacteria. Except for serious infections like meningitis and sepsis there is no risk in delaying antibiotic treatment for 24 hours.

5. Some infections, especially gastroenteritis, may be aggravated by antibiotics. Treatment of bacterial gastroenteritis requires an accurate diagnosis in order to choose the correct antibiotic. Treatment of Salmonella infections with antibiotics can make the patient a chronic carrier. Antibiotics can lead to an intestinal infection called necrotizing enterocolitis which then requires treatment with a different antibiotic.

6. Overuse of antibiotics, especially broad spectrum antibiotics, has encouraged the development of resistant strains of bacteria. Years ago all pneumococcal infections (a germ that causes pneumonia) could be treated with plain penicillin. Now there are strains of pneumococcus that are resistant to all antibiotics except vancomycin. How long will it be until we are facing infections with bacteria that are resistant to all antibiotics known to mankind?

Fakta No. 6 tu mmg aku setuju sgt. Kalau dulu pneumococcal infection hanya dirawat guna penicilin. Sekarang? Ambil la a few doses utk anak. Tu pun kalau nak ambil. Kalau tak ambil, berdoa dan tawakkal je la anak tak kena infection.

Sebagai pesakit (atau ibu bapa pesakit), ini yang anda perlu tahu:

1) Antibiotik tidak boleh menyembuhkan demam. Suhu badan meningkat ketika sistem pertahanan badan sedang berusaha mempertahankan diri dari serangan penyakit. Demam kebah apabila antibiotik yg anda mkn merawat penyakit yang anda alami ketika itu.

2) Virus tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Antibiotik hanya merawat bakteria. Noktah!

3) Upper respiratory infection seperti batuk dan selesema berpunca dari virus. Pengambilan antibiotik tidak akan memulihkan anda. Stop asking for antibiotic!

4) Anak kecil tidak akan menjadi resistant terhadap antibiotik. Tetapi bakteria itu sendiri.

5) Kalau mkn antibiotik, make sure habiskan! Jgn bila nampak dah baik, terus stop. Kemungkinan utk serangan penyakit tu berlaku lagi, masih ada. Bila penyakit tu menyerang, ia dah developed sistem pertahanan baru terhadap antibiotik tersebut. Sudahnya, antibiotik tu tak berkesan lagi. Kena pulak ambil antibiotik yg lebih kuat dan gagah. Ish.. ish..

Ni hanya general info saja. Ada sesetengah kes, pesakit perlu diberi antibiotik secepat mungkin.

Aku cuma mengingatkan korang utk penyakit-penyakit biasa. Ye la, kdg-kdg org mmg tak tau. Bila selesema, batuk.. asyik nak minta antibiotik tanpa tahu apa tujuan utama antibiotik tu dihasilkan. So yg dah ada anak ni, kalau la doktor tu bg antibiotik, sila tanya kenapa dia bagi antibiotik. Hanya malu utk tanya mcm-mcm soalan kat doktor. Dah bayar mahal, alang-alang tu cuba dptkan sedikit ilmu dari doktor. Cuba faham kenapa anak tu sakit camtu.

Batrisyia pernah batuk teruk sampai kuman dah masuk ke paru-paru. So doktor bagi antibiotik. Aku tanya tu kenapa dia bg. Dia ckp, kalau setakat upper respiratory infection, tak perlu antibiotik. Tapi once kuman dan masuk paru-paru, kita perlukan antibiotik utk bunuh kuman agar anak tak kena pneumonia pulak. Gitu la. Aku angguk-angguk aje kerana it make sense. Ilmu baru!

Kalau anak batuk biasa dan tiba-tiba doktor bagi antibiotik, cuba tanya, "Doktor, kenapa doktor bg antibiotik? Anak saya baru je batuk. Bukan ke antibiotik hanya boleh lawan bakteria?". "Eh, mana awak tahu?". "Oh, saya mmg tahu. Dulu keje kat farmasi. Lagipun, saya banyak membaca. Pasal tu saya tahu". "OK la, saya tak bagi awak antibiotik".

APAKAH TUJUAN SEBENAR DOKTOR TU? Aku malas nak fikir.

Nota: Cerita terakhir tu adalah kejadian sebenar yg berlaku terhadap penulis blog ni. Bukan direka.

4 scribble(s):

WanYgBest said...

great info...just nak tmbah sket, klu x silap aku la, kita kena habiskan antiobiotik dlm waktu yg disarankan sbb nak 'bunuh' bakteria tu betul2, kalau kita x ikut arahan mkn antibiotik (mcm skip mkn ubat or x habiskan dose yg diberikan), kita akan menyebabkan segelintir bakteria tu teselamat dan sempat berevolusi dan akhirnya resistant pada antibiotik

aku x stuju Dr2 kat mesia main bagi je antibiotik, tu mcm praktis turun temurun kot...sepatutnya, sblm amik antibiotik, kita kena wat test dulu sama ada kita alergic atau x pada antibiotik tu, ada bbrp kwn aku yg develop adverse side effect lepas mkn antibiotik, bukan sbb penyakit diorg betambah teruk, tp sbb diorg alergic pada antibiotik tuh

kat UK, diorg x simply bg antibiotik, diorg akan soh tgu 2 weeks utk recover secara natural (mcm minum air msk byk2, mkn natural antibiotic mcm increase garlic intake, mkn food yg contain high vitamin C)...if problem tu still ada, baru diorg prescribe, tp diorg akan buat test alergy dulu

Liz Rohaizat said...

wan> betul. kalau nak antobiotik, mmg kena habiskan. seperti yg aku tulis di point no. 5.

aku tau ada org alergi dgn antibiotik. aku still ingat arwah mazura. dia alergi dgn antibiotik tetracycline. so bila jumpa doctor, mmg kena bgtau.

IHSAN KHAIRIR said...

wah, baru aku tau. thanks for the info, Liz.

recently memang everytime aku demam dr tak bagi antibiotik. cuma ubat mcm panadol utk kurangkan selsema dan ubat batuk utk cairkan kahak.

Liz Rohaizat said...

ihsan> oh, ye ke? ingatkan ko tau. psl tu elok berkongsi ilmu kan? org yg xtau pun boleh jadi tau akhirnya.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.