Monday, August 30, 2010

Sesi mengemas rumah

Lega hati sebab 70% rumah telah siap dikemas minggu lepas. Tinggal nak settle kan satu almari simpanan kat dlm bilik, nak cantas pokok pandan, nak tukar susunan perabot, nak gantung hiasan dinding dan nak cat luar rumah kot. Sebab tuan tanah cat rumah, kami pun nak cat rumah. Dah la cat yg dia pilih sama dengan baki cat yg kami ada. Haha, sedondon la warna rumah nampaknya. Semuanya nak buat hari Selasa ni. Sempat ke? Fuh, minta-minta sempat.

Yeah, tulisan tangan di waktu santai

Inilah rupa pokok kacip fatimah.
Ada beberapa batang pokok tp x pernah try minum airnya.

Pokok pandan yg 'beranak' dengan jayanya sampai nampak bersemak.
Siap ko, aku nak cantas.

Langsir bilik yg dibeli urm.. 4-5 bulan lepas kot. Ahaks.
Simpan utk raya.

Hubby requested buat Honey Panna Cotta. Siap ungkit tu, ckp dah lama aku tak buat. Yer la, kali terakhir aku buat pun bulan August 2009. Patut la dia terbayang-bayang je kesedapan panna cotta tu.

Besar, gemuks dan berlemaks..

Rasa dia ni bkn mcm puding biasa. Rasa dia sgt lemak sebab pakai 1 liter whipping cream. Kalau org tak biasa mkn, mmg rasa tak sedap la kot. Pernah dpt komen dari orang yg ckp panna cotta yg aku buat tu "tak sedap". Takpe la, deria rasa masing-masing. Sejak dari hari tu, aku buat utk orang yg suka rasa dia je.

Kalau korang nak cuba, maybe boleh buat half dari resipi asal. Kalau rasa sedap, next time boleh buat banyak.

4 scribble(s):

LoveZahra said...

dah tengok resipi pannacota..mcm senang..blehla nti nak try..btw whipping cream biasa u guna cap ape ye..

CikLilyPutih said...

nampak sedap je.. tapi susah nak sebutlah..

Liz Rohaizat said...

lovezahra> whipping cream tu ada byk jenis. jgn beli yg jenis foam tp beli jenis liquid. dlm kotak. jenama x perasan la sbb byk dari overseas.

Liz Rohaizat said...

cikLilyPutih> mmg sedap. lemak2 gitu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.