Wednesday, August 25, 2010

Sama-sama buta tapi perasaan tak sama

Sekejap je dah setengah bulan kita berpuasa. Cantik betul bulan penuh malam tadi kan? Terang benderang. Batrisyia pun asyik sebut, "Bulan.. cantikkk".

Dah setengah bulan nie, agaknya perut pun dah bosan nak mkn nasi dan lauk-lauk sampaikan hari ni hubby ckp dia nak mkn Cheeseburger Chili Mac & Cheese for iftar and sahur. I pulak, sebab dah lama x breakfast, terasa nak mkn nasi lemak dengan sambal sotong. Over tak?

Mood raya belum mari. Agaknya bila dah ada rendang depan mata, baru nak ada mood kot. Tak terasa excited. Mungkin sebab tak buat apa-apa pun utk raya. Semuanya dah siap. Tinggal nak kemas rumah je la kot. Will be done by this weekend. Dlm bulan Ramadhan nie, minggu ni je kitorang ada kat rumah. Apa-apa pun, kena pastikan rumah tersedia dlm minggu nie.

Tuan tanah dah pasang lampu kelip-kelip malam tadi. Wah, semangat! Ni yg tiba-tiba terasa nak pasang pelita.

Semalam, kami dapat jemputan berbuka puasa bersama warga buta, pekak dan bisu. Macam-macam ragam yang kami nampak. Tidak perlu la diceritakan di sini. Cuma tersentuh apabila melihat warga buta yang kecil hati apabila bangsa yg tidak berpuasa mengetepikan mereka dan berebut-rebut mengambil makanan sedangkan sepatutnya yg berpuasa patut didahulukan. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terus hilang selera nak menjamah apa-apa. Mcm mana nak mkn kalau tgk diorg tak mkn? Seriously, terputus selera.

Mcm hubby ckp, ni dah bukan majlis berbuka puasa tapi majlis hari raya sebab org bukan Islam lebih ramai dari org Islam dan mereka pulak yg berebut nak 'berbuka puasa'.

Sudahnya, aku tolong ambilkan nasi utk mereka. Nak ambil nasi pun terpaksa berebut dengan yg bukan Islam. Mampu bersabar je time tu. AJK pun dah tak menang tgn. Semuanya gara-gara kehadiran tetamu yg terlebih kuota.

Aku tgkkan seorang nenek tua yg mkn di kerusi. Dia tak dpt duduk kat meja sebab dua buah meja berdekatan dipenuhi dengan bangsa yg tak berpuasa. Dgn mata tak nampak, susah nak mkn kan? Aku tolong suakan air mineral. Pegangkan air dia sementara dia jamah kuih. Then, aku ambilkan roti jala. Kan susah nak mkn kan? Aku offered nak suapkan. Dia geleng aje. Perlahan-lahan dia raba dan koyakkan roti jala tu. Lps tu, baru dia mkn nasi. Habis nenek tu mkn. Suka tgk. Alhamdulillah.

I think Batrisyia pun mcm tahu dia berada bersama kelompok manusia yg istimewa. Masa mula-mula sampai, mata dia liar memandang semua org. Berkepit je, taknak turun langsung. Nak berdukung. Dia tgk je orang kat sekeliling dia. Agaknya dia nampak mata mereka tertutup. Kalau buta celik pun, mata tak pandang dia. Masa nak balik tu, baru la Batrisyia sibuk mkn lengkong.

Kami balik awal. Begitu juga warna buta yg kecil hati. Ada yang hanya minum air mineral seteguk. Kemudian, mereka angkat kaki utk berbuka puasa di luar.

Orang buta pun ada perasaan kan? Apa perasaan ko.. mata tak nampak, nak ambil makanan pun susah. Warga yg tak berpuasa berebut nak duduk kat meja. Ko terpaksa duduk kat kerusi saja. Lps tu, warga yg tak berpuasa suruh ko ambilkan makanan utk dia. Terasa tak? Sama-sama buta tapi perasaan tak sama.

Perkara tu membuka mata kami yg celik ni. Tak sanggup utk berada lama, kami pun angkat kaki setelah memastikan org-org buta yg nak berbuka puasa tu mendapat nasi seorang sepinggan. Bukan melarikan diri. Sebaliknya mereka berkumpul di office.

Takpe la.. apa yg dah berlaku tu jadikan pengajaran.

Ada satu lagi invitation utk berbuka puasa hari Jumaat nie. Sgt dinanti-nantikan sejak hari pertama puasa. Thankfully, orang yg belanja tu memilih tempat yg aku teringin nak cuba. Bulan jatuh ke riba.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.