Monday, August 16, 2010

Rezeki Ramadhan dan Syawal

Kalau kami bg Batrisyia mkn sesuatu, dia mesti nak share dgn kitorang. Dia akan ambil sikit makanan tu dan bg abi dan umi dia. Wajib mkn/minum! Tak boleh pura-pura sebab dia akan pastikan mata dia nampak makanan tu masuk ke mulut.

Jadi bila tiba Ramadhan, agak susah la jugak. At first, tak bagi dia makanan sejurus balik dari nursery. Masa awal-awal dulu, beriye-iye dia suruh kitorang mkn roti dan minum air. Yer la, budak kecil mana la tau erti "puasa". Bila ckp "Umi tak boleh mkn. Puasa", dia tak faham dan dia paksa aku mkn gak. Tak ke geram dibuatnya.

Tapi sekarang dah ok. Bila dia nak suapkan makanan dan kami ckp, "Tak boleh.. puasa", dia terus sebut "Puasa..." sambil kerutkan muka tanda faham ala-ala marah diri sendiri sebab terlupa yg abi dan umi dia puasa. Tak boleh tahan tgk muka dia. Mcm budak dah besar! Padahal entah faham ntah tidak akan maksud puasa tu.

Alhamdulillah, masih memasak. Hanya beli kuih kat pasar ramadhan. Jumaat ni hubby dijemput berbuka puasa di hotel. Kena la tinggalkan anak dan isteri dia nie. Mula-mula rasa mcm kena beli lauk la sebab confirm tak sempat nak masak sebab takde orang nak jagakan Batrisyia. Lagipun, mcm letih je memasak sebab sorang je mkn. But then, rasa mcm bukan lalu sgt pun nak mkn nasi sorang2. Baik aku masak mee goreng aje. Boleh mkn dgn Batrisyia. Yum yum!

Alhamdulillah juga sebab pagi-pagi nie dpt tahu cuti raya telah diluluskan. Ala, tak byk pun. Dlm seminggu tu, ada la total 2.5 hari. Sikit je kan? Terpaksa catu cuti sebab nursery Batrisyia akan tutup 4 hari masa raya haji nanti. 0.5 hari tu pun bknnya cuti utk raya tp minta keje setengah hari sbb ptg tu nak travel ke tempat lain.

Last week, 2nd big boss ada telefon. Ingat nak ape la. Sekali dia nak tawarkan percutian utk aku sekeluarga. Dia kata pilih je bila nak pergi. Paling banyak dia boleh bagi 4 hari 3 malam. Dan dan tu jugak dia suruh aku pilih tempat dan tarikh. Aku dah la catu cuti kan? Kalau pergi 3 hari 2 malam pun, aku still kena ambil cuti sehari (jika check in hari sabtu). So aku ckp, apa-apa pun, aku kena tanya big boss samada dia boleh bg cuti kat aku tak. Memandai-mandai je aku minta kan? Dup dap jantung aku bila nak tanya tentang benda ni. Ingat company tu company ko, senang-senang je nak cuti.

Sekali big boss benarkan aku cuti 2 hari. Dpt la pegi 4 hari 3 malam. Ni kira rezeki juga la kan? Tak terfikir pun nak pergi bercuti sebab dah tau annual leave tinggal ngam-ngam je. Tak pergi jauh pun, dlm Malaysia jugak. Tapi cukup menggembirakan sebab aku dan Batrisyia tak pernah ke sana.

Semoga tahun ni ada rezeki Syawal mcm tahun lepas. Amin.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.