Tuesday, August 24, 2010

Resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis yg diminta

Aktif juga pihak Jakim adakan serbuan di hotel-hotel dan restoran-restoran seluruh Malaysia terutamanya Selangor dan Kuala Lumpur. Nak-nak bulan Ramadhan kan? Sana sini buat bufet Ramadhan. Even yg ada bar arak pun tetap taknak kalah, nak buat bufet Ramadhan jugak. Kan kena serbu!

- Daging halal dan daging haram berada dlm tempat simpanan beku yg sama.. yucks!!
- Arak digunakan dlm masakan berasaskan sos
- Penggunaan bahan berasaskan alkohol di dapur
- Gunakan perkakas yg sama utk memasak makanan halal dan tidak halal

Loya tekak orang yg tak pregnant ni!

Hari ni hari ke 14 umat Islam berpuasa. Berbuka petang nie, kami berbuka di luar. First time tak masak utk berbuka tahun nie. But balik mlm nanti, still kena masak utk sahur. Serious tak minat dgn lauk kat bazaar Ramadhan sbb rasa mahal. Mcm tahun lepas, minta extra kuah pun dia nak charge lebih. Isk, menyampah. Masak sendiri lg murah. Boleh jugak kawal penggunaan garam dan gula.

Petang nie kami dijemput berbuka puasa di YMCA. Insya Allah, Jumaat ni kami akan berbuka di luar juga. So 2 hari ni je la kot tak masak. Hari-hari lain, akan diusahakan. Insya Allah.

Ok, sape nak resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis, boleh click link tu yer. Resipi utk setengah ekor ayam. Kalau nak tambah ayam, tambahkan juga bahan-bahan. Mcm hari tu, aku buat utk 2 ekor ayam, so semua bahan aku multiply by 4. Kalau nak guna certain part mcm peha sahaja atau kepak sahaja pun boleh. Sedap rasanya kalau guna peha ayam. Yum yum..

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.