Tuesday, August 10, 2010

Persiapan menyambut Hari Raya awal-awal dah siap. Bagaimana dengan persiapan menyambut Ramadhan?

Tak perlu nak countdown lagi hari kita berpuasa sbb dah dekat sgt dah kan? Suka! Tapi bila terfikir akan miss berterawih kat masjid, rasa sedih la jugak. Suka terawih kat masjid. Mengimbau kenangan terawih beramai-ramai kat dewan sekolah. Hehee…

Paling best, sebab dapat jumpa org baru. Kat masjid, kita akan jumpa ramai org. Tapi yg tak best nya, jemaah wanita akan mula berkurangan sekitar malam ke 15. Mungkin sibuk buat preparation raya kot. Last time aku terawih di masjid, sblm malam ke-15 tu, saf wanita hanyalah 1 ½ saf!

Masih belum buat preparation utk berpuasa lagi nie. Belum blend bawang dan cili lagi sbb last weekend sgt busy. Takde kat rumah pun. Sampai kat rumah pun dah mlm. Penat so xde la nak blend segala benda tu.

Jadi bila nak buat? Hehehe.. MALAM NI. Wowwie.. lambat la tidur nampaknya. Takpe, biar lambat tidur malam ni asalkan hari lain nanti, senang nak masak. Tinggal campak-campak je.

Malam ni nak blend bawang-bawang, cili kering dan cili api. Then, nak kena siang ikan dan ayam siap-siap. Sayur pun nak beli stock sampai hari Jumaat. Fresh milk wajib ada 2-3 kotak. Gula sirap dah lama siap. Kuih boleh beli kat pasar ramadhan sebab sana ada banyak gerai kuih yg sedap-sedap.

Beli sikit je sebab Jumaat nanti nak beli barang basah kat pasar malam. Sana lg fresh.

Mancet, jealous dgn ko sebab dah siap semua!

Nak menyambut Ramadhan bukan setakat siapkan barang dapur tapi boleh juga letak azam utk cuba buat pelbagai amal di bulan Ramadhan. Asyik buat azam tahun baru je. Apa kata, Ramadhan nie tetapkan azam utk khatam Al-Quran. Cuba utk berterawih selagi tak uzur. Kurangkan pembaziran makanan dan minuman. Berbuka secara bersederhana.

Sama-sama la kita menghayati erti Ramadhan yg sebenar. Selalunya, kita excited sambut Ramadhan di minggu pertama dan kedua. Masuk minggu ketiga dan keempat, ramai yg excited nak sambut raya. Apa kata dlm kita excited nak sambut raya tu, kita teruskan keterujaan kita habiskan Ramadhan? Ni peringatan utk diri sendiri jugak.

I got one tip from a dear friend. Kalau taknak terlalu excited buat preparation raya dlm bulan Ramadhan, buat preparation tu sebelum Ramadhan. Maksudnya, tempah baju raya 2-3 bulan before puasa. Beli/tempah langsir raya sebelum puasa. Semuanya dah settled sebelum Ramadhan. Mungkin tinggal nak beli/buat kuih raya je. Betul jugak apa yg dia ckp tu kan?

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

2 scribble(s):

MarDiah said...

Persiapan ramadhan? Aku beli bawang dah siap kopek semua... senang sikit nak masak... haha...

Liz Rohaizat said...

nadia> wah wah. aku tgh buat entry baru nie. nanti aku letak point ko ni kat sana

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.