Thursday, August 19, 2010

Peristaltic Teat for breastfeed babies

Apabila terbaca komen dari seorang pembaca tentang dia hanya mampu menyusukan anak hingga usia 6 bulan kerana anak lebih prefer minum dari botol, aku rasa aku nak share tentang ni. Anak mmg akan prefer sesuatu yg mudah. Kalau minum direct, dia kena berusaha keluarkan susu. Kalau minum dari botol, hisap sikit je dah laju susu tu keluar. Tak payah susah payah.

Jadi, terjadilah "nipple confusion" yg membawa kepada anak reject utk direct bf dengan ibunya. Apabila ini berlaku, si ibu yg lebih mementingkan perut si anak akhirnya mengalah dengan memberi botol.

Alangkah bagus kalau bila anak bersama kita, dia terus direct feed dengan kita. Tidak perlu ada perantara botol susu :)

Masa nak mula hantar Batrisyia ke nursery, risau jugak kalau dia kena nipple confusion. Jadi, fikir punya fikir, teringat yg kami dpt hadiah botol susu Pigeon. Terus punggah hadiah-hadiah yg kami dpt. Tertarik dengan botol susu Pigeon sebab Pigeon ni kira support breastfeeding jugak. Kalau pergi website dia pun, kalau korang nak semak bottle range dia, akan keluar box ala-ala diorg memberi nasihat agar meneruskan penyusuan susu ibu. Suka!!!

Ok la, atas pemahaman bahawa susu ibu adalah yg terbaik, Pigeon sedaya upaya cuba menyokong penyusuan susu ibu. Maka lahirlah PERISTALTIC TEAT.

Ok, tak tau la kalau brand lain ada keluarkan peristaltic teats. Aku hanya tau Pigeon sebab pakai yg tu je sejak dulu. Tak tukar brand pun. Apa yg aku suka tentang peristaltic teats?

- Very soft and designed just to be like mother's nipple. This unique design allows the nipple to stretch in response to the natural peristaltic movement of the baby's tongue, just like natural breastfeeding.
- Promotes natural oral and jaw development
- Prevents nipple confusion between breast and bottle
- Helps to reduce colic

Masa baca kat kotak botol tu, aku hanya faham yg baby takkan dpt flow yg laju. Dia kena berusaha mcm bf jugak. (Aku sendiri telah cuba minum guna peristaltic nipple dan mmg kena sedut betul-betul.. minum air kosong eh.. ape korang pk).

Alhamdulillah, dengan menggunakan peristaltic teat dan beberapa tips yang lain, tiada nipple confusion.

Bagaimana dengan anda? Apa yg korang lakukan utk mengelakkan nipple confusion?

11 scribble(s):

Moments to Remember said...

anak saya tak confused nipple lansung sampai sume teat botol susu direjectnya. sanggup berhaus kat nursery asalkan tak guna botol. botol tommee tippee je die ok sket. itupun minum 1 oz je. liz, bole buat entry camane nak kasi budak breastfeed x reject botol x?

Liz Rohaizat said...

zuera> entry camne nak kasi budak breastfeed x reject botol? insya Allah, bg saya kumpul point penting dulu ye. akan diusahakan

WanYgBest said...

another great tips from you, thanks! mmg gemilanglah la masa hadapan aku nnti...hehehe ;p

Liz Rohaizat said...

wan> yer la wan. slowly, aku akan menghasilkan wan syafira yg gemilang :p

maisy said...

Anak aku okey je..bf DF nagn botol..tak confuse lagi la so far...cumanya bile die ngan aku ,die reject botol,nk DF je..pelik pulak,sebab sumtime bile bersesak2 kat kenduri ke,aku prfer bg botol..

Tp bila anto kat bbsitter,elok je die minum botol..yg kat umah aku,he refuse MAM teat ngan biasa pon di reject..kat umah makcik,aku anto medela punya..bentuk same je ngan yg biase...boleh je..ade tu tertinggal yg medela tu,Dina punya pon leh je Dani hisap..

Aku plak yg confuse,sebab gi mana2,kene balik cepat coz nak df..aku kan fail df kat public..mungkin Dani bau mama die kot..or aku yg tak mencube paksa die..sebab aku tgk 2/3 kali die refuse,aku cam kesian so DF je la...

Liz Rohaizat said...

maisya> aku rasa benda tu biasa. mmg bila anak nampak mak, automatik dia nak yg original. hahaha... dia nak manja2 kena peluk. xpe, bf di public memerlukan latihan. haha.. i mean, melatih diri rasa benda tu normal. kalau x yakin, berlatih depan cermin. bila dah yakin, cubalah. tp make sure tutup aurat. lg senang bf bila kat luar sebab tak payah bwk susu dan botol susu. x perlu balik cepat. kalau kat shopping complex, ko pegi bilik bayi. kalau kat tmpt yg xde bilik bayi, ko pergi ke kat kereta ko. itu yg aku buat.

Fid said...

salam
sebab itu kalau nak breastfeed anak kita tak galakkan guna puting tiruan sebab tu digalakan guna cawan atau sudu untuk bagi ebm not bottle and teats
dan juga FYI
teats and bottle adalah brg yang tersenarai di dalam code of ethics barang barang tersenarai kementerian Kesihatan Malaysia
kalau pihak teats atau botol mengaku mereka boleh setanding dgn 'ibu' maka adalah salah di sisi etika...

Liz Rohaizat said...

kak fid> betul. seeloknya guna cup atau sudu utk bagi susu. tp ye la, tak semua nursery sanggup nak layan. diakui juga kan? nasib baik batrisyia jenis x kesah. kalau kena mcm anak yg confuse, susah sikit.

xde yg setanding dengan original. tu paling penting. boleh imitate saje

Fid said...

Liz
x danya depa support breastfeeding
itu wajib depa tulis kalau nak meniaga itu yg KKM wajibkan

depa ni cakap a lebih
mana ada teats setanding ibu punya... gimik untuk lariskan product jeee...

IHSAN KHAIRIR said...

aku tak tau nak komen apa laa liz... aku takde pengalaman... heheh

Liz Rohaizat said...

ihsan> lawak la ko nie!!! aku pun terkejut. ingat ko nak komen apa2 :p

raya ketiga (mlm je sbb siang pegi beraya rumah sedara) dan raya keempat aku ada kat sban tau. jemput la dtg beraya. wah, awal2 dah jemput. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.