Thursday, August 19, 2010

Melentur buluh biarlah dari rebungnya tapi uniform kena make sure betul

Dear Tokwan dan Nekwan,

Batrisyia malu masa tokwan tepon Batrisyia mlm tadi. Pasal tu Batrisyia senyap je. Tokwan nie nak rindu-rindu dengar suara pulak. Minggu ni Batrisyia balik la.

Pagi tadi Batrisyia bangun awal. Pukul 5.30 pagi dah bgn. Terus join umi dan abi bersahur. Tapi Batrisyia tak mkn nasi la sebab Batrisyia sahur yang yok aje. Abi suapkan kitorang kuih tepung pelita. Sedap!

Lps tu, abi dan umi terus bersiap nak pergi keje. Umi ajak sembahyang sama-sama tapi Batrisyia taknak. Batrisyia pergi main sapu losyen kat meja solek. Lepas umi siap, baru la Batrisyia sembahyang pulak.

Solat Subuh kena baca doa Qunut kan?

Nak sujud tapi kopiah tertanggal pulak sebab kepala lagi kecik dari kopiah

Ish, kena mula sembahyang balik

Haaa, baru la 'perfect' sujud... kopiah tak tertanggal

Umi ckp, alang-alang tulis entry nie.. umi suruh ckp, "Tokwan... telekung kanak-kanak nak SATU!!!"

Babai.

6 scribble(s):

p!nkerton said...

kihkih comell! tu la aku pon nak cari telekung budak2 ni. mana ada jual aa? ke nak tempah?

Liz Rohaizat said...

fatih> check nie:

http://muslimcomel.blogspot.com/

aku tgh pk2 nak beli ni. tp tgk stok mcm nak abes. tp S saiz pun agak besar la jugak sbb muat utk budak dari 2 hingga 4 tahun.

maisy said...

he he..comelkan Batrisyia...Dina pun dah ade satu..aku beli thn lepas...dekat beg luar telekung tuh ade pic mickey mouse..tu yg Dina suke...murah tu aku jumpe,tak smpai 10 hinggit.. :)

Tp penat gak,duk melipat je pas Dina solat..he he he..

Liz Rohaizat said...

maisya> aku baru ingat nak beli kat link tu. tp penjual tu ckp, x sesuai kalau anak bwh 2 tahun. saiz S tu sesuai utk around 2 tahun setengah ke atas. so x jadi la beli. hehe..

MarDiah said...

Kena jahit sendirik laa...

Liz Rohaizat said...

nadia> i'm not good at it

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.