Friday, August 13, 2010

Lagu Nenek Hujan

Wow, tak sangka entry Bagaimana Memasak Dengan Mudah Di Bulan Ramadhan yg aku buat semalam telah dijawab dengan panjang oleh Wan. Boleh lihat jawapan Wan di blog dia. Thanks Wan kerana sudi berkongsi tips di dapur. Korang yg lain takde tips menarik ke?

Malam tadi, hubby hanya solat terawih di rumah. Dah siap-siap berbaju melayu biru. Bila anak kesayangan dia nampak abi dia pakai baju smart, terus mata dia mengikut je mana abi dia pergi. Nampak abi dia nak keluar, dia terus melalak dengan jayanya. Terpaksa abi dia masuk rumah balik. Sudahnya solat di rumah.

Sebolehnya, taknak dia menangis. Sebab malam kelmarin, abi dia tinggalkan dia dlm keadaan menangis. Terpaksa aku pujuk. Dia minum susu dengan mata berair. Lepas tu terus tertidur. Kesannya dia byk kali terbangun malam dalam keadaan menangis. Letih sgt la malam tu sebab nak pujuk dia.

Malam tadi, aman sikit. Bgn 2 kali je. Sampai nursery, dia terbangun. Terus ajak main.

Seronok dengar pengalaman ibu-ibu lain yg bawa anak ke masjid. Insya Allah kitorang akan berterawih di masjid di Pandan Indah esok. Masjid tu besar dan lapang. Boleh la bawa Batrisyia. Masa pergi last year, aku tgk ramai juga yg bawa anak-anak kecil. Kebanyakan yg beranak kecil ni, diorg solat di tingkat bawah. Harapnya Batrisyia boleh behave malam esok. Kalau tak, solat berdukung dia la nampaknya. Nasib baik dah ada pengalaman solat sambil dukung. Tapi tu dulu. Skrg larat ke nak dukung dia sampai berbelas rakaat? Kita cuba dulu!


Kiss kiss!

Minah ni dah byk sgt ckp.. dah suka nyanyi ikut suka hati dia je. Baru-baru ni dia nyanyi lagu "Nenek.. hujan". Aku letak title tu sebab masa dia tgh nyanyi.. tiba-tiba sampai "bridge", dia sebut "Nenek.. hujannnn". Pastu dia sambung nyanyi. Suka tgk video yg tu. Tak dpt nak share kat sini sebab guna phone dan tiada cabel utk transfer.

Ada beberapa perkataan yg dia sebut tp abi dia tak faham. Kelakar aku tgk bila abi dia cuba teka apa anak dia ckp. Baru-baru nie, abi dia tlg basuhkan tgn Batrisyia.

Basuh tgn kanan.. basuh tgn kiri.. basuh mulut.. basuh kaki (sebab ada nasi terlekat).. Tiba-tiba..

Batrisyia: Abi, suh ulaaa...

Boleh tak abi dia ingat anak dia nak sebut "ular"? Sabar je la.

Setelah anak dia puas ckp byk kali, baru la abi dia faham apa yg anak dia nak ckp. Sebenarnya, Batrisyia nak sebut "Abi, SEBELAH". Maksudnya, dia minta kaki dia yg sebelah lagi tu pun dicuci.

Anak org lain pun pandai bercakap jugak tapi tak la over mcm aku eh? Hahaha... biarlah apa org nak kata.

Tujuan blog ni wujud bkn setakat tulis kosong. Aku nak bila Batrisyia dah tau membaca, dia boleh baca blog nie. Dia boleh tahu apa yg dia buat masa kecil-kecil dulu. Lagipun, my family kat Seremban yg aku jumpa sebulan sekali tu boleh la tau cerita pasal kami, pasal Batrisyia. Biar jauh di mata tapi dekat di blog :p

2 scribble(s):

WanYgBest said...

ala liza, blog kan ibarat diary, kalau orang lain bleh menceceh pasal boyfren masing2 yg xde kaitan lgi tuh, apa lah salahnya ko cerita development milestones anak ko, bukan saja bleh buat rujukan ko esp bila nak compare anak sulung dgn anak ke-2, 3, 4 etc, tp aku or org lain pun boleh dpt the same benefit.

aku suka je baca entry2 ko psl milestone Batrisyia, aku mmg blaja & kena hafal normal dev. milestones nih masa degree dulu, so apa yg ko buat adalah yg sepatutnya ibu2 lain buat. dgn cara ni bleh kesan apa2 speech/hearing problem or other behaviour/psychological problem lebih awal.

plus, pengalaman orang lain2. tak salah nak cerita pengalaman ko.

btw, nnti share lah mcmne bwk anak kecil ke masjid, teringin gak nak tau, demi masa hadapan yg gemilang...ahakksss

Liz Rohaizat said...

"demi masa hadapan yg gemilang"? hahaha.. x tahan baca ayat ko! actually, aku x bawa batrisyia ke masjid lagi. Ingat nak bwk last weekend tp ada halangan kecil pulak :(

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.