Wednesday, August 11, 2010

Kuih raya online.. cepat, hari ni last order!!!

Tahun ni, kami ingat taknak beli kuih raya. Sebab duduk kat hulu (bak kata tuan tanah), kwn-kwn takde yg datang sebab jauh dari tempat mereka. Eh, aku tak kecil hati pun. Hehehe.. korang jgn la salah sangka di bulan Ramadhan ni ye. Kalau ada pun, families dan jiran terdekat dari 5 buah rumah di sekeliling kami aje.

So tahun ni, hubby ckp tak perlu kuih raya. Tapi sebab kempunan nak mkn kuih raya kak Nani sejak tahun lepas, cuba jaya lagi. Tanya hubby samada dia sanggup pergi ambil kuih raya nun jauh di Bukit Jelutong atau tidak. Dlm masa yg sama, minta hubby tanya kwn2 office dia kot-kot ada yg nak order. So kira mcm ambil byk balang sikit. Tak la rasa membazir minyak je pegi jauh-jauh :D

Ahaks, kami sudah order 12 balang!

Sape teringin nak order, boleh ke sini. Kak Nani ni kira famous la jugak dengan kek coklat dan trifle dia. Sampai skrg tak dpt nak merasa kek coklat strawberry dia tuh lagi. Lagi-lagi pulak bila anak dia; model Hanis Zalikha tu selalu puji masakan mak dia. Tak terliur ko tgk! Hehe.. Maksud aku, jgn risau utk order kuih raya dari kak Nani sebab gerenti sedap. Kalau tak sedap, dia tak berani nak jual. Reputasi kena jaga. Susah-susah, biar je kak Nani yg pilihkan utk korang.

The bad news is, ORDER AKAN DITUTUP HARI INI! So cepat call kalau nak order!

2 scribble(s):

CuppyCakeMommy said...

i pun order ala kadar je..
takmo jadi cam last year..banyak membazir.takde org makan

Liz Rohaizat said...

cuppycakemommy> tu la,x baik membazir kan? saya punya order yg 12 balang tu.. 7 balang kawan punya, 2 balang in laws punya, tinggal la kami punya 3 balang aje. lgpun, bila family dtg rumah, kita mesti masak berat2. ended up kuih raya x bersentuh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.