Monday, August 09, 2010

Ikan Bakar Hulu Langat

A few years ago, hubby pernah berjanji yg one day, dia akan masakkan nasi goreng sebab dia kata gerenti sedap. Huhu, pantang kalau dah berjanji, akan ku ungkit sampai dpt. Hehehe..

Jadi selalu jugak la aku ingatkan janji tu tatkala terasa malas nak masak. Last week, saja tanya dia nak masak ape eh utk dinner? Jawapan biasa yg keluar dari mulut lelaki itu ialah, "Masak je apa-apa. Abang tak kesah". Senang je jawab kan? Kita nie pecah kepala nak fikir menu baru :p

Jadi time camni, saja je ckp psl nasi goreng yg dia kata dia nak masak. Tiba-tiba dia ckp, "Okay la.. pagi esok abg masak nasi goreng".

Pagi Sabtu tu, merasa la kami sekeluarga mkn Nasi Goreng Seafood Special Kekanda. Mati laa... tajuk menu x hengat nye!

Dlm nasi goreng tu ada udang, sotong dan mix vege. Sedap! Thanks abang, lain boleh masak lagi.

Hari Sabtu tu kami agak busy sebab ada acara barbeque malam tu. Organized by "Atun" aka anak tuan tanah. Hehe.. Dia dan rakan-rakan ada duit terkumpul hasil dari projek-projek mereka yg lepas. Selalunya diorg pergi bercuti. But utk peruntukan tahun nie, mereka buat acara ikan bakar. Peruntukkan yg dipersetujui ialah 1k. Makan sampai kenyang! Hohoho..

Disebabkan mereka ramai, maka lelaki ditugaskan utk prepare ikan, ayam, kambing yg hendak dibakar. Perempuan yg 3 org ni ditugaskan utk siapkan nasi goreng, telur dadar dan air asam.

Pagi tu, hujan sgt lebat. Siap angin kuat. Mereka menyiapkan ikan dlm keadaan basah sebab buat kat pangkin luar.

Menjelang petang, cuaca mendung saja. Nasib baik tak hujan. Disebabkan tak jadi buka khemah, diorg buka tables je kat laman. Dah mcm nak buat restoran lak.

Anak tuan tanah bertopi biru

Tembikai dan tembikai susu sebagai starter

Ikan tilapia in action!

Malam tu, ada la 2 family yg bawa anak kecil. Satu baby tu baru lepas hari. Satu lagi dah berumur 9 bulan. Yang 9 bulan tu tidur. Jadi letak la kat dlm rumah. Kitorang yg dah siap mkn ni tlg la tgk-tgkkan sementara parents dia mkn kat luar. Awal-awal lagi mak dia dah serba salah nak tinggalkan anak sebab dia kata, anak dia taknak kat org. Kalau x suka, dia nangis.

Sedang lepak-lepak, terjaga la budak tu. Risau gak nak dukung kot2 dia teriak kuat. Aku angkat, terus dia diam pandang tak berkelip mata. Orang lain yg nangis. Sape? Batrisyia la. Minah tu jealous sbb aku dukung budak lain.

Budak tu sgt comel tau! Semua orang ckp camtu. Dgn kopiah di kepala. Eii, geram!

Pastu hubby la nak feeling-feeling dukung baby boy. So dia dukung. Menangis la anak kesayangan dia bila tgk abi dia dukung org lain. Mmg la ko takleh ada adik lg skrg Batrisyia oii.

Hubby dukung 2-2. Aku ambilkan gambar. Konon anak sepasang.

Sekali ko nak tau ape jadi? Masa borak-borak dgn mak baby kat dlm rumah, baru la tau rupanya baby tu berjantina perempuan! Cis, patut la muka babyface sgt! Kesian hubby aku feeling-feeling tadi :p

Mengapakah ko pakai kopiah baby? Ke sebab topi tu bulat semacam, maka nampak mcm kopiah?

Acara mkn-mkn berakhir jam 2 pagi. Kekenyangan dan keletihan!

Esoknya, kami ke Shah Alam utk menghadiri majlis akikah dan majlis pertunangan yg diadakan pada hari yg sama.

Amir Firdaus *kes mak atau bapak layan cite Aliff Firdaus kot*

Cik adik yg bertunang pada hari tu

Suka tgk hantaran dari pihak perempuan. Cantik!

Sesuatu berlaku malam tadi. Later la eh aku cerita. Tunggu selesai. Kalau selesai, baru aku share kat sini.

3 scribble(s):

nieda said...

eh...nasi grg tu nampak menarik..pandai cik abang awak masak

Faizah said...

comel batrisyia jeles2 haahah

Liz Rohaizat said...

nieda> paling penting, mmg sedap. nak ambil gambar dia tumbuk bwg tp "tak sampai hati". Hehehe

faizah> dia jarang nak jealous. tp mlm tu agaknya dia jealous sbb aku dukung, pastu sibuk nak dodoi2 bg tidur. marah la kot. kuat giler dia nangis sampaikan mak budak tu ingat anak dia yg nangis.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.