Friday, August 27, 2010

Feeling insecure

Last week kot, aku dan hubby tertengok sebabak drama Embun Mutiara. Scene tu masa Norman Hakim kena harrass dengan secretary dia. Hahah..

Kiranya camni la.. Norman Hakim dah ada girlfriend. Dilakonkan oleh Kuza. Tapi dia belum nak kahwin lg walaupun dah lama bercinta dan umur dah lanjut sebab dia nak make sure 2 org anak buah dia kahwin dulu. Norman Hakim dan Kuza nie satu office. Satu hari, Kuza ternampak secretary tu cuba goda Norman Hakim. Ala, dia tolong butangkan baju Norman Hakim. Norman Hakim pulak biarkan je. Kuza nampak. Dia marah la. Dia pk patut la laki tu taknak kahwin dengan dia. Scene yg Kuza x nampak ialah lepas dia berlalu, Norman Hakim tepis tgn secretary tu dah tegur dia agar pergi buat kerja office je. Tak payah buat kerja lain.

Tiba-tiba hubby ckp, "Tu la perempuan. Jealous tak bertempat"

As perempuan, mestilah cepat je aku jwb.

"Ape pulak tak bertempat?"
"Dia bkn buat ape pun"
"Yer la, mesti la jealous kan sbb dah buat camtu? Laki suka la. Kalau betul tak suka, kenapa masa awal2 dia tak tepis? Biar je perempuan tu belai-belai"

Lebih kurang gitu la ayat kitorang. Kahkahkah.. perdebatan hangat yer.

Betul la kan.. kalau dah x suka, apsal x tepis awal-awal? As a girlfriend, mesti la jealous.

Sorang kwn lelaki pernah tanya "Kenapa women cepat rasa jealous?". Ok, setelah difikirkan masak-masak, here is my explanation. Pandangan nie dr kaca mata aku sbb aku pun perempuan juga.

Kenapa ye? Bg aku, jealous tu normal tp kalau dah jealous yg teramat sgt tanpa sbb kukuh, tu br la jealous tak bertempat. Why?Why?Why?

FEELING INSECURE!

Why? Want more explanation?

Women cepat rasa jealous sbb dia rasa insecure. Dia rasa insecure sbb lelaki boleh cari perempuan lain bila-bila masa. Perempuan kan ramai dlm dunia nie. Lebih-lebih lg kat KL di mana nisbah lelaki:perempuan bersamaan dgn 1:14 (Itu nisbah pada tahun 2006)

Oh, ye ke? Tapi perempuan pun boleh cari lelaki lain kan?

Betul, boleh sgt sgt. Tapi kebanyakannya malas nak cari lain. Setia la konon. Alasan lain.. 'sayang la sbb dah lama couple dgn dia'. Kalau yg cari lain tu pun, bile dah broke up. Tak ramai nak pasang lebih dari satu. Kalau ada pun, setakat menyimpan perasaan je. Bila ye lelaki akan rasa insecure dlm hal mcm nie?

Aku tanya kawan yg sama dan dia kata, dia akan rasa insecure kalau perempuan tu ramai peminat atau kalau taraf pendidikan/hidup tak setaraf.

Kalau difikirkan sedalam-dalamnya, rasa insecure tu takkan hilang selama-lamanya. Bila bercouple, rasa insecure sbb takut dia dump kita. Bila dah bertunang, rasa insecure sbb takut tak jadi kahwin. Bila dah kahwin, rasa insecure sbb takut rumahtangga tak bahagia, divorce, bermadu or pasangan kita main kayu tiga. Tgk tu, tak ke mana perasaan insecure tu. Kita akan sentiasa berhadapan dgn perasaan takut ditinggalkan, betul?

Kalau mcm tu, ape yg perlu dilakukan?

Senang, deal with it. Jangan jadikan perasaan jealous tu racun dlm hidup. Berhadapan dengan pasangan dan tanya terang-terang. Dptkan explanation.

Ahaks, ckp je lebih tp aku pun kuat jealous. Tapi setakat hal sms je la. Hehehe..

6 scribble(s):

WanYgBest said...

aku penah baca article ustaz zaharudin, jeles tu perlu dlm Islam. jeles seorg suami perlu supaya dia x jd lelaki yg dayus (membenarkan maksiat dilakukan oleh isteri & anak2 tejadi dpn mata)...cthnya x rasa jeles bila wife p keje bedua ngan kwn lelaki

jeles seorg isteri pulak supaya dia amik berat ttg suami, sentiasa berkehendakkan pd suami (feeling insecure - so that dia berusaha jaga hubby dia), dan sort of mcm mencegah suami dia dr bebuat maksiat la...suami kan manusia gak, x sedar pbuatan dia tu salah, so bila isteri mcm marah2 jeles tu, hrpnya dia akan tesedar...

tp setuju ngan ko, cemburu buta x bagus utk kesihatan...hehee

Liz Rohaizat said...

wan> ahaks, sgt betul apa yg ustaz zaharudin tu ckp. aku suka juga masuk blog dia tu. byk ilmu boleh dpt.

maisy said...

aku pun jeles tk bertempat..cannot get rid of the feeling lah...sampaikan...husband aku nak gi out stat..if tumpang kete..pompuan yg dah kawin..boleh...If tak kawin lg...tak boleh...(slalu aku ckp y org tu tk drive sendiri?)...Out stat tuh..bukan dekat2..tp yg cam dekat pon aku query gak...

Tp yg best nya..utk aku,boleh je..kekdg sampai penang pon okey je..and he juz okay with it..sebab die almost kenal with the staff kat office aku ,aku pon kenal gak sume opis mate die...

Ye la..hati org kita tak percaya sgt..and bleh je aku berharap die confident ngan aku sebab aku sendiri confident with myself..tak adil kan??

Liz Rohaizat said...

maybe sbb perempuan jarang nak menggatal? hahha.. just kidding.

Ely Hasrul said...

hahaha papi kan kalu tertgk cite2 cmtu yg ade scene2 cmtu.. dia sure ckp smbil mengerut kan muka 'ekelehh ntah ape2 ntah' hahahhaa bukan ntah ape2 psl pompan jeles ke ape.. ntah ape2 kt pompan yg nk butangkn baju tuh. hahaha..

jeles?

err.. er.. aku penah tau amik jelesi test nih.. er.. er.. cth la kan 1 xjeles, 5 jeles yg ok.. 10 jeles yg xok.. aku punye rate xsmpai satu tau! melampau xpatut sbb xdek perasaan jeles lgsg kahkahakhakhakha..

xtau napa.. tp aku jenis xcpt melompat.. kire aku prefer explaination dari terus buat tuduhan.. tapi aku rasa tak bagus gak gitu.. kena sekali skala jeles hihihi

Liz Rohaizat said...

ely> hahaha, ko mmg x ambil pusing bab jeles ni eh? aku jarang nak jeles tp kalau ada masa tertentu yg nampak dia lebihkan org lain berbanding aku, wah.. harus la jeles kan? kan? kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.