Tuesday, August 17, 2010

Famous nya Salleh Gregor Samsa

Dia famous bukan sebab dia berjaya menemui penemuan baru dlm bidang sains.

Dia famous bukan sebab dia masuk Akademi Fantasia atau Jangan Lupa Lirik.

Dia famous bukan sebab menjadi antara individu terkaya di Malaysia.


TAPI..

Dia famous sebab dia mengaku yang dia tak berpuasa.

Dia famous sebab dia rasa berpuasa tu menyeksa diri dan tidak perlu buat sesuatu amalan jika rasa terpaksa.

Dia famous sebab dia mempertikai kewujudan Allah. He has his own god!

Dia famous sebab dia sedang berura-ura utk buat bicycle-punk cult movement.

Dia famous sebab dia yakin boleh buat kitab sendiri, kumpulkan pengikut seramai 30,000 pengikut dlm 3-4 tahun dan akhirnya membunuh diri beramai-ramai di depan padang Amcorp Mall.

Click gambar di atas utk membaca

Boleh lihat blog link dia melalui gambar di atas. Tapi tak perlu susah-susah nak pergi ke blog dia sebab dia dah delete blogs tersebut.

Terang-terang telah menidakkan kewujudan Allah. Semoga Allah memberi hidayah agar dia bertaubat.

Salleh Gregor Samsa, aku pasti mak ayah kau tak bagi nama tu kat kau. Nama kau mesti kedengaran Islamic. Tapi sebab kau tak percaya akan kewujudan Allah, mungkin kau gunakan nama Salleh Gregor Samsa.. ye la, nak kena sesuaikan dengan bicycle-cult punk movement la katakan.

Kalau tak puasa, tak payah canang dan ajak org lain tak berpuasa. Kan sekarang 'dah famous'.

Kepada ibu-ibu yg berpuasa, masak ape petang nie? Hari ni ingat nak masak simple aje sebab taknak penat-penat masak.

- Ayam goreng
- Sup fucuk dan kentang
- Sambal telur hancur

Lauk simple camni senang kan? Kalau tak habis, aku pun boleh habiskan. Nak mkn ayam cicah air asam yg pedas menyengat tu!

6 scribble(s):

WanYgBest said...

astagfirullahul'azim....

WanYgBest said...

btw liz, aku try la search kat facebook, xde dah blog dia, yg ajaibnya, kawan2 dia pun hilang dah...diorg ni gaya mcm brani sgt, tp pengecut gak

Liz Rohaizat said...

wan> ala, ckp je berani. mmg la. bila dah tersebar luas, semua nak lari. takut kena tangkap kot. akidah bukan boleh dibuat main, dipandang ringan. sedangkan org kafir yg mempermainkan islam pun kena kutuk, apatah lagi umat islam yg mempermainkan islam itu sendiri.

ala, ko pegi kat sini:

ricecooker.kerbau.com

diorg lepak kat situ. aku masuk situ, terus pening kepala. meh aku tepek komen SGS (Salleh Gregor Samsa) kat satu entry: http://ricecooker.kerbau.com/2008/07/05/sunday-6th-july-2008-penghimpunan-aman-sejuta-rakyat/

ni komen dia:


Salleh Gregor Samsa

Sejak dulu, aku rasa, aku hanya mampu mendengar atau membaca, “Making Punk A Threat Again”. Jujur.

Tapi di dalam sebuah stadium, seorang lelaki berambut panjang, membuktikan kepada aku, yang dia telah “making punk a threat again” dan mereka membuktikan yang Punk Rock, tak perlu slow down untuk diterima (Pijan).

Cuma, mungkin silapnya, dengan siapa kita deal.

Pada aku, ahli politik, akan tetap berkelakuan seperti ahli politik. Macam tu jugak dengan parti politik. Apa yang mereka lakukan adalah untuk parti mereka. Kepentingan mereka. Kalau mereka kata BN jaga kroni mereka, mereka pun sama. Sebab tu, dari awal lagi persembahan ni dikatakan sebagai tak wajar ada sekali dalam atur cara majlis.

Kenapa? Sebab kita tak punya pendapat yang sama dalam kebanyakkan hal dan kita, tak punya apa-apa maksud bagi mereka. Dan, itu menjadikan kita ni, bukanlah sebahagian dari mereka. Dan bila kita bukan sebahagian dari mereka, maka kita akan dianggap kurang atau tidak sesempurna mereka.

Itulah manusia. Kuasa lebih penting dari segalanya. Kuasa buat mereka lupa bahawa manusia, adalah manusia. Mereka tak mampu nak butakan mata mereka dari memandang beza yang ada pada diri setiap manusia.

Itu semua, kuasa si Kuasa.

Lagipun, sebelum acara diadakan, ada pihak yang menganggap protes dari golongan underground ni, macam tak serius dan macam-macam lagi. Dan, mereka dari mula memang tak percaya kepada sesiapa pun di antara kita. Mereka menganggap yang kita ni semua, hanyalah kaki mabuk yang senang membeli vodka murah di Brikfield, atau menyelinap masuk ke parti persendirian di acara seni. Mereka hanya mengggap kita semua ni, pelucah, pencarut, dan hanyalah sekelompok manusia yang tak ada arah tuju (baca: rumah ibadat). Dan, pastinya mereka menganggap kita semua ni, memang tak guna langsung.

Jadi, dari situ kita lihat bagaimana mereka menilai seseorang manusia tu. Mereka hanya menilai dari luar, bukan apa yang ada di dalam. Aku rasa, diorang judge kita semua macam tu, sebab diorang semua dah terbiasa dengan cara hidup yang tak boleh dedah tu, tak boleh bukak ni, Jadi, apa yang ada di kepala mereka terbatas. Mereka selalu hanya akan nampak yang luar (sebab kesemua bahagian dalam dah kemas ditutup dengan kain). Jadi, dengan kebiasaan tu, mereka menilai kita- dari luar sahaja.

Jadi, orang yang berpolitik parti, akan terus seperti itu. Mereka menentang kronisme, nepotisme, tapi aku yakin, kalau mereka memerintah, perkara sama akan terjadi.

Jadi, buat apa nak cooperate?

Lain kali, kita buat band nasyid-core dengan influence penulisan Dylan atau Morrisey, tapi penuh dengan kata-kata carutan. Kita nyanyi la laju2, mesti diorang tak faham sangat. Suruh diorang halaf korus sudah la, part lain, kita maki mereka.

cure32 said...

sambal telur hancur! nak jugak!

Liz Rohaizat said...

syiefa> sambal telur hancur pun nak juga ke? simple je

MarDiah said...

Akidah ramai yang dah terpesong.. yang bersongkok berserban pun belum tentu akidahnya betul... Jangan sibuk denga fiqah jek. Periksa akidah kita... sekian...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.