Tuesday, August 24, 2010

Engkau ni tak lawa la. Hitam mcm keling!

Bulan Ramadhan nie, aku lebih senang pergi kerja naik motor dengan hubby. Malas nak bawa kereta sebab petang mesti sesak teruk. Masing-masing nak balik awal utk berbuka puasa. Petang aku akan balik naik LRT. Pun sesak! Ditambah pula dengan tren yg lalu selang 10-15 minit. Orang makin ramai berkumpul dlm masa 10-15 minit tu. Sudahnya, tren lagi sesak daripada ikan sardin dlm tin. At least, kita beli sardin pun, ada juga ruang utk sos tomato berada dlm tin tu.

Udara dlm tu tak payah nak cerita la kan? Ada yg tengit.. ada yg wangi sgt. Wangi sgt pun boleh mengundang sakit kepala. Agaknya org tu risau dengan body odor dia maka dia sembur minyak wangi byk-byk sebelum naik tren. Dengan keadaan yg penuh dengan manusia, bau wangi pun boleh menyebabkan orang marah.

Petang semalam, sesak seperti biasa. 20 minit tunggu tren. Nasib baik. Eventhough dah terang-terang tertulis di lantai landasan, meminta agar org yg nak masuk harus beri laluan kepada org yg nak keluar, masih ada pengguna yg selfish dan tak faham bahasa Melayu. Dia terpacak berdiri depan pintu tren sampai org yg nak keluar dari tren berjalan dengan muka bengang. Tak baik menimbulkan kemarahan org lain kan? Apa salahnya anda berdiri di tempat yg disediakan dan beri laluan kepada mereka yg ingin keluar.

Petang semalam juga, aku berkongsi palang tren dengan seorang perempuan India. Sama-sama memegang palang yg sama agar tidak terjatuh ketika tren brek mengejut. Aku lihat tgn dia. Aku lihat tgn aku. Hmm.. tak sama warna. Kulitnya sedikit gelap, sesuai dengan jumlah melanin yg terdapat dlm kulit dia. Jauh beza dengan warna kulit aku. Walaupun tak putih melepak tapi jauh lebih cerah dari kulit dia. Hmm.. tak sama.

Tapi kenapa masa aku kecil sampai la sekolah menengah, orang akan ckp "Kulit ko hitam mcm keling!".

Kenapa asal hitam je, nak samakan dengan keling? Asal hitam je, nak ckp mcm bontot kuali. Asal hitam je, nak ckp org tu kuat mkn kicap. Wth?

Hitam itu buruk, putih tu baru la cantik mata memandang.

Hitam itu tak perlu hantaran tinggi, putih tu baru la boleh letak berbelas ribu.

You get the idea.

Why?

Mungkin dari dulu kita dah ditanamkan dengan idea "putih itu cantik". So yg hitam itu harus diejek, harus diketepikan.

Or mungkin harus dinasihatkan sebegini, "make sure ko pakai bedak byk-byk" atau "ko tak boleh pakai baju terang-terang sbb ko hitam. tak sesuai".

Ada aku kesah?

Aku ada baju berwarna terang dan gelap. Usually, yg terang aku simpan dlm almari, buat pakai masa nak keluar dengan kawan-kawan. Haha.. tatau kenapa.

Mcm mak aku pernah ckp, "Korang (merujuk kepada kami 5 beradik) mama lahirkan semuanya putih. Takde sorang pun yg hitam. Dah besar nie baru la tak putih".

Seingat aku, yg paling putih melepak dulu ialah Irfan. Giler mamat tu. Dah la putih melepak, debab pulak tu. Paling gemuk! Dengan t-shirt pastu pakai seluar 3 suku. Mmg debab. Pastu berposing kat telefon.. hahaha. Sekarang? Tidak putih melepak lagi. Kitorang semua tak putih. Keskeskes.

Aku tak heran la sbb bukan semulajadi hitam pun. Orang je yg suka mengutuk.

Dengan jumlah melanin yg lebih kurang dengan manusia yg 100% Melayu, biasa la kan kalau kulit terbakar. Lebih-lebih lagi bila tiap-tiap hari balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Lepas tu rajin pulak main voleyball la, badminton la (kes sekolah kat kampung so badminton court tak berbumbung), netball la, olahraga la. Tu belum lagi main rounders, main guli, main konda kondi.. Sah-sah la warna kulit dah garing terbakar.

"Liza, ni awak baru balik dari main ape?" Pernah cikgu Sains aku tanya soalan ni bila dia tgk muka aku yg confirm takkan nampak warna hijau andai kata tiba-tiba bertukar jadi Incredible Hulk versi perempuan. Aku sengih aje. Ada pulak mamat dari rumah sukan yg sama tolong menjawab, "Owh, dia tgh training lari la cikgu". Ish, nyibuk je tau.

Bila masuk U, tiba-tiba jadi malas nak bersukan. Yerla, kalau dah padang penuh dengan lelaki main bola, court pulak penuh dengan Chinese bersukan, aku pergi gym aje la. Paling gempak pun, pergi panjat bukit aje. (Owh, I miss that moments). Hehehe. Tinggal pulak dengan budak-budak yg beauty conscious (aaa..larikkk), nak pergi campus, kena pakai payung sambil pegang tisu muka utk lap peluh yg menitik. Eh, aku pun dah terjebak. Cis!

Baru setahun kat U, tiba-tiba ex-classmate kat high school dulu tegur dan tanya aku pakai produk ape sebab muka dah cerah sedikit. *Owh, aku rasa Weed pun tak ingat sapekah org yg tanya tu

Apa korang ingat aku ni hitam semulajadi ke? Cuma tak dpt aa nak kembali ke putih mcm masa baby. Melampau sgt la kan.

Yer la, aku camni pun.. aku bersyukur. At least, aku masih ada muka. Aku ada family aku sendiri.

Cuma persepsi sesetengah orang mmg sukar nak diubah kan? Kecil-kecil anak dah ditanam dengan pendapat "tak cantik la kalau hitam". So kanak-kanak yg suka mengusik akan ejek kawan yg tak berapa putih. Yang tak berapa putih pulak akan terasa, mungkin akan menjadikan dia seorang kanak-kanak yg low self-esteem.

Cuba ko letak budak yg ko kata hitam tu bersebelahan kanak-kanak India yg semujadi berkulit gelap. Adakah ko rasa budak tu hitam mcm keling?

Satu persepsi yg perlu diubah tetapi amat sukar utk mengubahnya.

Uniform kerja hari ni. Baju kurung hijau pucuk pisang dan bertudung hijau terang.
Sapa yg kata tak boleh pakai warna terang?

13 scribble(s):

~ As ~ said...

zaman dah berubah, skrang kulit hitam org suka ambik jadi model, sbb senang nak mekap...sekata...ahaha...
takde dah kaler ni tak match sbb kulit gelap, semua sesuai yg penting kena gaya, laki aku suka aku sikulit hitam ni sbb lain dari wanita kulit cerah yg banyak diluar sana tu... (-pendapat dari aku yg hitam, ahahaha-)

Ely Hasrul said...

ok aku tak paham. bila masa ko hitam????? ko putih laaa.. ko kategori PUTIH tau dak!!!.. pengsan! kalu ko hitam aku legam la gamaknye.. hahahhaha

Liz Rohaizat said...

as> bab mekap tu aku xtau knp tp ada sorang mak andam kat seremban pun ckp camtu. dia kata dia prefer pengantin yg sawo matang dan berkulit gelap daripada pengantin yg putih kulitnya.

yep, yg penting.. sesuai!

ely> uik, ni lg aku x paham. sejak bila aku putih? ko ni biar betul. hahaha, kelakar la ko. kalau mcm dib tu, boleh la kategori kulit putih. aku paling arang masa zaman sekolah sebab asyik berjemur bwh panas. ko je yg x jumpa aku time tu. kuikuikui

WanYgBest said...

1. sadin...kalau dah pack sgt tu liza, aku x panggil mcm sadin, aku pnggil mcm tuna...hancus...hahaha

2. aku pun slalu kena ejek masa skolah dulu...smpaikan masa U, org siap perli2 aku lg sbb aku kwn dgn bdk lelaki yg putih mcm cina.

3. org mesia suka associate putih = lawa, hitam = huduh...kat UK nih, belambak org p buat fake tan...sume nak kulit hangus...diorg kata kat aku "u have a lovely cocoa skin!" hahaha

btw Liza, mcmne nak buat blog template yg ada "you might also like" kat bwh setiap entry?

Liz Rohaizat said...

wan>
1. sedapnya tuna. aku suka!
2. dah besar pun still kena ejek kan? sadis!
3. org mesia nak kulit putih mcm org putih. org putih nak kulit tanned. x pernah puas dgn apa yg ada ke? hehe.. ahah, kira best la kan ada org puji kulit ko.

owh, "you might also like" tu.. ko boleh guna Link Within. pegi kat http://www.linkwithin.com

WanYgBest said...

liza..thanks for the link...aku dah buat kat blog masak aku, dah dpt dah pun, tp kan...link yg keluar tu, xde pulak dlm post aku, bile aku click, terus link ke blog orang lain...aku pun x paham kenapa... :( sorry la menyusahkan ko jer...heheh...nnti aku godek lgi...

thanks ye!

WanYgBest said...

eh...rasanya dah ok dah...yahoooo!!! thanks a lot!

CIK NANA said...

Liza, Na gelap. Pelik tul kalau org takleh terima/x suka/jelik ngan org gelap nie? Nape? Gelap itu jahat ke? Tak, dalam agama sendiri tak boleh membeza-bezakan. So, tepuk dada tanya Iman...

Liz Rohaizat said...

wan> cuma keburukan Link Within ni ialah kalau ko dah delete post tu, dia still boleh keluarkan thumbnail post tersebut. tp bila click, dia kata la page cannot be found.

nana> diorg sukar nak terima sebab gelap tu tak lawa kot. ckp psl kulit gelap, teringat Bilal bin Rabah.

maisy said...

kalo idung penyek itam vs idung penyek tp putih...surelah org akan pilih yg putih...

No matter what we said..we still prefer kulit yg lebih cerah drp yg lebih hitam...kan?kan?

Samela jugak jika kita nak dpt newborn baby..mesti tertanya2 anak kita sihat tak?bla+bla..hmm agaknya putih ke gelap??

Akupun kulit tak cerah..but honestly aku mmg prefer yg berkulit cerah sebab sendiri pon tak cerah...aku mmg suke tgk org kulit nya putih..

Org putih nak tanned,sebab nampak can bersinar,goldish..bukan nk nampak itam legam..itu trend..

Tp tak bolehla diskriminasi ttg kulit2 ni....mmg org melayu,ade gelap ade cerah....yg gelap-ramainya manis dgn senyuman...

Sesetengah..ditgk tgn and kaki..putih..bile tgk seluruhnya kita rase die agak kurang putih...kalo aku..tgn n kaki sume itam manis je..tp sib baik org tak kate depan aku ,aku ni itam....mungkin blakang ade ah kot...

kaki ko putih pade aku..so kirenye aku masuk team same ngan ko ah.. :)

Liz Rohaizat said...

maisya> hoh, apa tiba2 cite psl kaki aku pulak nie? LOL.

Farah said...

hitam itu menawan ahaks!

saya dulu memang ade orang tegur itam cam keling..dah besor ntah mane datang cerah lak tetiba hahaha

Liz Rohaizat said...

farah> agaknya sbb kita dah x ligat mcm dulu2. tu yg dtg cerah kot. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.