Tuesday, August 10, 2010

Back to reality or still in Limbo?


"Dreams feel real while we're in them. It's only when we wake up that we realize something was actually strange" ~ Cobb

Akhirnya, setelah 3 minggu mencuba utk pergi menonton Inception dan hampa sebab kekurangan masa lapang/tiket sold out/tiket ada tp tinggal seat depan aje, aku berjaya menonton Inception seorang diri. Kenapa seorang diri? Hehe.. sebab hubby taknak ikut. Kenapa hubby taknak ikut? Aku rasa sbb aku bg warning kat dia agar jgn tertidur walaupun 30 saat. Cerita tu kena berfikir so takde ruang utk dia terlepas pandang. Agaknya dia takut dgn pernyataan itu jadi dia suruh aku pergi tgk sorang-sorang. Huhu.

Aku duduk seat paling belakang, paling tepi. Sebelah aku, pasangan dari negara Padang Pasir. Masa tayangan, yg lelaki sibuk berckp dgn wanita itu.. seolah-olah cuba explain apa yg wanita tu kurang faham. Agaknya dia dah tgk movie tu kot.

Frankly speaking, pada mulanya aku nak tgk Inception sbb ada Leonardo DiCaprio. Masa tu tak tau pun Inception ni pasal apa. Aku suka tgk dia berlakon sejak Catch Me If You Can dan The Aviator. Bila trailer keluar, baru la aku tau storyline dia. Dan keinginan nak tgk tu membuak-buak. Ditambah pulak bila org lain dah tgk dan masing-masing ada interpretation sendiri, aku suka! Aku suka cerita yg memerlukan kita berfikir.

Inilah kali pertama, aku jumpa movie yg membuatkan aku berfikir di sepanjang tayangan, berfikir sejurus selepas tayangan habis dan terus berfikir hingga ke dlm mimpi! Serious, aku mimpikan Inception. Dlm mimpi, aku argue dengan seseorang (samar-samar, tak sure sape) tentang Inception. Tgh berdiskas, tiba-tiba ada org kejut bgn Subuh. Hehehe..

Malah, aku terus sketch back mimpi-mimpi mereka hingga ke Level 4. Dan ingat balik sape tembak sape, sape kena 'kick', sape punya mimpi.. yer, sila gelakkan! Aku tau masa aku buat benda ni, hubby aku berkata dlm hati "Apehal pulak la ni. Tak abes-abes lagi? Gilak... " hehehe... (Abang ada fikir apa-apa ke time Liza sketch tu?).

Aku perlu cari pirate copy la sementara nak tunggu DVD keluar nie. Tak tahan rasanya nak cuba faham movie ni betul-betul walaupun aku rasa it's pointless.

Ending part dia mmg samar-samar. Aku rasa mmg sengaja dibuat begitu agar penonton fikirkan kesudahannya. Adakah Cobb dah kembali ke realiti atau masih dlm mimpi? Back to reality or still in Limbo is not a question for Cobb. Dia just accept yg dia dah back to reality dan dpt jumpa anak-anak dia blk.

Kalau tanya aku, jawapan aku ialah "Cobb is still in Limbo!"

Baca ini utk lebih pening kepala. Hehehe.

Tapi lps baca jawapan FAQ tu, rasa mcm Cobb dah kembali ke realiti. Adoi!!

4 scribble(s):

imee said...

haha liz, sorila masa ko sms smlm aku tgh dok nak tidokan aafiyah, pastu terus lupa nk reply.

best kan best kan inception? :D :D :D aku pun masa tgk haritu, sampai esok dok still pikir2 n analyze2..and yes, aku pun sampai termimpi2! tu yg pantang tgk org diskas je mesti nak nyampuk haha..

Liz Rohaizat said...

imee> wah, ko pun mimpi jugak ke? aku ingat aku sorang je yg over sampai nak termimpi-mimpi. aku lps tgk, rasa mcm dia masih kat limbo. tp lps baca FAQ, rasa mcm ada kemungkinan dia dah blk ke realiti. haha.. tp masih nak anggap dia kat limbo. kesian cobb.

Drama Mama said...

teringin nak tengok cerita nih! tapi skang dah nak ramadhan tak sempat la tengok wayang. tunggu keluar DVD ja lah huhuhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Liz Rohaizat said...

baizurah> boleh je tunggu DVD. rasanya hujung thn keluar la kot. ada DVD nanti senang tgk byk kali. paling penting, jgn baca sebarang spoiler dari org lain. kalau x, x best

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.