Friday, August 27, 2010

Apekah lembab sgt??

Puas call sorang client. Tak berangkat. Selalunya cepat je angkat. Aku cuba call lagi tp kali nie, aku dail no salah seorang pekerja kat situ. Pun tak berangkat. Apehal lak diorg nie? Office dekat je dgn my office tp malas giler nak menapak pegi sana semata-mata nak tanya satu soalan yg tak berapa penting.

Another story is hari ni reply la email dari Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia. Semalam dia ada ckp, once dah siap, sila reply email dia. So aku reply la tgh hari tadi. Sampai skrg jugak dia tak ckp apa2 pun. Sedikit geram sebab tak tau ape status.

Cuba balik call client yg no. 1 tadi. Tgh dail, tiba-tiba teringat...

SELANGOR CUTI SEMPENA NUZUL QURAN

Aaaa.. rasa nak ketuk kepala sendiri! Patut la serba serbi lembab hari nie. Aku kena kerja sebab kitorang ikut KL punya cuti. Kat area ni mmg pelik sikit tau. No menapak sikit selang 2-3 blok, dah jadi kawasan Selangor. So aku yg keje ni tak sedar client yg dekat tu rupanya tutup.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.