Thursday, July 29, 2010

Udin, Topi, Axe, Remote, Moon

Sebab dah bad mood, nak happy kan diri dengan cerita tentang Batrisyia.

SELAIN DARWISY, DIA JUGA ADA UDIN

Selama ni, dia berkawan rapat dengan Darwisy yg dia kenal sejak dia jejakkan diri di taska tu. Darwisy tua 2 bulan dan badan gagah. Tapi masa sama-sama main kat playground hari tu, selamba je minah ni debik Darwisy dari belakang. Darwisy lak senyum-senyum. Adoi, tak melawan langsung. Tu dikira gurauan manja ke?

Masa ambil dia pada suatu petang, Batrisyia pandang seorang budak lelaki dan sebut “Udin” byk kali. So we assumed that his name must be “Udin”. Tanya cikgu dia keesokan harinya, mmg confirm la budak tu namanya “Udin”.

Umi: Abi?
Batrisyia: Hensem
Umi: Udin?
Batrisyia: Hensem

Hubby terpaksa terima kenyataan yang Udin bakal menjadi saingan dia.

TOPI PERLU DIPAKAI KETIKA HUJAN

Hujan baru lepas berhenti. Tapi mcm renyai-renyai sikit la. Nak turun dari kereta. Jadi, kami pakaikan Batrisyia topi dan keluar berjalan masuk ke rumah. Batrisyia pulak dah terbiasa main kat kawasan rumah di waktu petang. So ptg tu, dia nak keluar main juga.

Batrisyia: Abi, jom
Abi: Nak pegi mana?
Batrisyia: Main luar (a-men luar)
Abi: Tak boleh la. Hujan.
Batrisyia: (dia ambil topi yg dia pakai tadi dan bg abi dia) Jom. Main luar.

BATRISYIA ON AXE COMMERCIAL

Mata dia akan terpaku setiap kali iklan Axe keluar. Habis je iklan tu, dia pandang kitorang dan buat sign language “Call Me” seperti dlm iklan tu.

I hate that commercial but I love my daughter.


BATRISYIA ON REMOTE CONTROL

Kejadian berlaku di Seremban.

Batrisyia: Atok, remote (e-mot)
Atok: Oh, telefon.. aa, nak telefon sapa?
Batrisyia: Remote!
Umi: Apa la papa ni. Dia sebut "remote" la.

Now, sape yg confuse dan salah sebenarnya??? Batrisyia yg berkata benar atau atok dia yg x sedar cucu dia dah tau sebut “remote”?

BATRISYIA ON THE BEATIFUL FULL MOON

Dlm kereta, nampak bulan di langit yg terang bercahaya.

Batrisyia: Bulan.. cantik.

Beberapa ketika, bulan terlindung dengan awan

Umi: Mana bulan?
Batrisyia: Takde. Bye bulan. See you.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

hahahaha siap ckp udin hensem tu hahahaha.. comel la budak kecik nih..

p!nkerton said...

batrisyia so clever la! hhehe kecik2 dah pandai ckp org ensem ye :)

Liz Rohaizat said...

ely> aku rasa dia xtau maksud hensem tu. haha.. sbb bagi aku, darwisy tu lg comel.

fatih> aku rasa, agak x aci bila dia ckp abi dia hensem. why? sebab abi dia yg ajar dia ckp camtu. kiranya unfair la kan? budak tu pun bkn faham maksud hensem lg. huhuh

weed said...

amboi...kecik2 dah pandai ye..ahhaha...patutnye saingan antara darwisy n udin la liz....hehehe

Liz Rohaizat said...

weed> mmg boleh dikira darwisy dan udin bersaing la tp bestfriend dia darwisy.

tp kalau aku tanya "Darwisy?", dia x jwb "hensem" tapi dia jawab "tajam" sbb dia akan ingat, aku tanya pasal darwisy sepupu dia yg berambut tajam.

darwisy nursery mmg comel. smalam mak dia ckp, selalu usik anak dia kat rumah dengan cara bertanya, "mana batrisyia?". pastu darwisy terus tersipu-sipu malu. kelakar aku dgr mak dia bercerita

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.