Tuesday, July 27, 2010

Tradisional ketika di tempat kerja?

Malam kelmarin, secara tak sengaja menonton drama 8 Bulan. Dibintangi oleh pasangan Vaneeda Imran dan Rashidi Ishak. Cute ok sebab suami isteri berlakon dlm drama yg sama. Sekurang-kurangnya, tidak la dpt dosa bila ada adegan loving2 kan?

Episod mlm kelmarin mmg comel tgk si suami yg sibuk dengan robot dan si isteri yg baru dpt naik pangkat. Dah la boss dia naikkan pangkat dia sbb boss dia ingat dia yg jenis taknak anak buat masa tu. Hidup lebih tertumpu pada karier. Senang nak outstation sebab tak perlu fikir tentang anak. Sekali, pregnant! Dan si isteri mula serba salah dan takut dengan penerimaan boss.

Teringat masa aku mula-mula kerja kat company sekarang nie. Masa interview, isi borang. Siap tick "Not pregnant". Awal-awal boss dah beritahu yg bila dah ada anak, dia taknak ada problem remeh-remeh. Asyik cuti nak jaga anak (melainkan anak sakit teruk). Masa tu aku "Aye aye" aje sbb apa yg dia ckp tu ada betul dan logiknya bagi aku. Masih boleh diterima berbanding syarat-syarat yg aku pernah dgr di company lain sebelum tu (seperti dilarang pregnant dlm masa setahun bekerja, dilarang pergi medical check up ketika waktu bekerja).

2 hari kemudian, aku terima offer dari company skrg nie. Alhamdulillah.

Seminggu kemudian, aku dpt tahu yg aku pregnant. Bayangkan apa perasaan aku time tu. Mesti la happy. Dlm masa yg sama, cuak giler. Tak tau nak ckp apa dgn boss aku. Tak sangka pulak dlm pada aku tick "Not Pregnant" tu, rupa-rupanya baru nak jadi.

Berdebar-debar masa bgtau boss. Siap ckp tu yg aku baru pregnant 2 minggu. Kira mcm alasan logik la aku xtau yg aku dah pregnant. Kwang kwang kwang. Nasib baik la boss aku ok.

Satu lagi peraturan yg boss aku wujudkan. Dia x suka kalau aku berbaju kurung. Dia ckp "agak tradisional". Bkn aku sorang tp semua orang. Boleh pakai tapi tak boleh selalu. Masa mula-mula kerja, aku pakai di hari Jumaat je. Bila dah pregnant dlm 7 bulan kot, aku mula pakai hari Khamis dan Jumaat. Ianya berlarutan sampai la skrg. Tapi akhir-akhir ni dah otai sikit la. Hari-hari aku pakai baju kurung. Ala, boss pun bknnya tiap-tiap hari ada kat office. Kalau dia tegur, aku ckp je la aku dah pakai kemeja masa hari dia tak datang tu. Hehehe...

Sebab dia dah mcm pandang sebelah mata je, ingat nak kena tempah baju kurung byk-byk la sbb sejak keje sini, mmg aku buat baju kurung time raya je. Jadi, baju sgt terhad. Senang nak pakai baju kurung nie. Balik je, senang nak nyusukan Batrisyia.

Boss aku tak kesah kot. Yang penting, kerja siap. Prestasi tak menurun. Cuti pulak kena plan dengan baik. Last minute mmg dia tak suka sebab takde orang lain yg boleh ganti tempat aku. Paling lewat pun, kena apply sebulan sblm nak cuti. Kalau aku cuti, mmg dia sanggup letak semua kerja atas meja dan tunggu aku datang keje. Betul ni. Masa aku pregnant 8 bulan, dia sibuk suruh aku buat note utk semua kerja aku. Siap suruh list down semua files sebab nak bg pengganti aku uruskan kerja. Sekali, dia tak buat apa. Keje selama aku cuti bersalin tu elok 'terperap' atas meja, disimpan khas utk diuruskan oleh aku. Letih daku nak siapkan time tu. Dah la pengganti tu mmg tak membantu apa-apa yer. Siap sepahkan filing. Tension je time tu.

Entry ni menuju ke mana ntah. Ahaks. Rasanya aku mmg taknak tukar keje lagi dah. Gaji pun ok la utk kami bertiga. Kalau berempat, mungkin leh minta boss tambah gaji lagi. Eh tak, minta tambah gaji dulu, lps tu baru tambah ahli keluarga. Hahaha.. Kalau aku tukar kerja pun, maybe buat business. Kalau setakat kerja kat office, aku suka kat sini.

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

huyuh seb beik boss ok.. kalu ikut perangai boss nih mmg mcm2..tp ko bleh tahan situ makna mmg ok la boss ko hihihi

Liz Rohaizat said...

aku rasa, maybe sbb aku penah ada pengalaman keje dgn Dato'. paham2 la kan. standard Dato' kan tinggi. sebulan kena pressure dgn Dato', maka dan tau tang mana nak kena perfect. psl tu kat company baru ni, boss mcm ngam je dgn aku.

supervisor ckp, utk position aku ni, aku la orang yg paling lama bertahan. haha.. 2nd place, org tu keje dlm 2 thn setengah. yg lain, semuanya dlm 2-3 bln aje sbb boss aku x gemar cara diorg. xtau la ape yg dia x gemar.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.